Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia
Hari Kesedaran Autisme Sedunia merupakan satu langkah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dalam memahami penghidap autisme yang disambut pada 2 April setiap tahun.
Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan suatu gangguan neurologi di otak yang mempengaruhi perkembangan pemikiran kanak-kanak yang mengganggu komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku dalam menjalankan aktiviti seharian.
Menurut Centre for Disease Control (CDC) di Amerika Syarikat, keberangkalian kejadian autisme adalah 1 dari 68 kanak-kanak. Ini bermakna kira-kira 9 000 kanak-kanak di Malaysia dilahirkan dengan autisme setiap tahun. Dalam beberapa tahun akan datang, anak-anak yang mempunyai autisme akan mencari program intervensi autisme dan kemungkinan besar akan meningkat setiap tahun dengan jumlah yang sama. Ini akan menjadi cabaran bagi pihak berkuasa terutamanya bahagian pendidikan untuk memenuhi keperluan kumpulan rakyat Malaysia yang menghidap autisme ini. Jumlah NGO yang ada hari ini tidak dapat menangani lebih daripada 1500 kanak-kanak.
Jadi, negara kita perlu melipatgandakan usaha dan langkah-langkah terbaik untuk mengembangkan kemudahan dan program untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap program autisme.
Bulan April juga merupakan Bulan Autisme. Sepanjang bulan April ini, saya akan berkongsi beberapa projek berkenaan autisme di media sosial. Projek ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada kita semua berkenaan autisme dan memahami apa sebenarnya itu autisme. Nantikan!
Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia!
Ainie Haziqah
Ketua Wanita Muda Negara
#autismeawareness
#autismday
#hariautisme
#autismmonth
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...