Kita ini siput ke ......
=================
Ting..ting.. ting whatssap saya berbunyi. Satu-satu message masuk di group whatssap dari boss saya yang sedang menuntut ilmu nun jauh di tanah Donald Trump. Balik dari office tadi, saya sengaja pilih jalan yang banyak traffic light supaya ada masa nak jeling whatsapp.
Bila baca whatsapp Dr Azizan yang kini berada di San Francisco dan tadi melawat Sillicon Valley, saya rasa seram sejuk.. nak marah pun ada!
Dr Azizan berkongsi dengan kami tentang perkembangan teknologi yang bakal membawa banyak inovasi ke atas banyak perkara kat dunia ni. Ada sebahagian teknologi tu negara barat dah gunakan.
Saya rasa seram sebab saya takut tak terkejar dengan teknologi dan perubahan. Nak bertukar dari Note 3 ke iPhone, dari HP ke MacBook Air pun terkemut-kemut, inikan pula teknologi yang bakal ubah aspek kehidupan yang lebih besar.
Sedangkan nak tonton movie futuristik pun saya takut sebab saya risau ianya akan jadi kenyataan dan berlaku dalam real life. Saya seram dengan teknologi baru dan perubahan yang akan dihadapi.
Tapi bila saya baca berulang kali dan saya fikirkan keadaan kita sekarang, saya rasa geram pun ada. Geram mengenangkan speed level tindakan yang kita buat. Di saat orang barat dah bercakap tentang teknologi yang sangat dahsyat, kita kat sini masih terhegeh-hegeh nak buat tindakan.
Sebut pasal teknologi, pasti akan libatkan bisnes. Kalau dah buat produk yang sangat berteknologi tinggi, cara marketingnya takkanlah nak gunakan flyers yang kita photostate atas kertas je.
Tapi, hakikatnya kita di sini sangat jauh dari teknologi. Dari segi pemikiran, komunikasi, kehidupan seharian, kita jauh ketinggalan. Kita masih bercakap tentang nak berbisnes sesama kawan, marketing ala-ala, asalkan ada, masih nak bergaduh tentang tiang letrik ni, untuk bunting aku, kau cari tiang lain, kita masih bercakap tentang nak guna fb ke atau nak guna instagram, nak guna online ke atau guna offline, nak pasang bunting 10 cukup ke?
Itu semua dah dikira masalah kecil je di barat tapi kita di sini masih anggapnya perkara besar.Bukan salah teknik marketing tu, tapi kita perlu tinggikan tahap pemikiran dan tindakan kita supaya jauh lebih baik..
Sebagai contoh, minggu lepas suami saya cerita tentang restoran baru di buka di hadapan ofisnya, yang pasang signboard dengan ejaan salah - ayam jadi 'aysm'. Macam mana boleh buat kesilapan yang macam tu? Signboard bisnes ialah sesuatu yang penting. Faham tak, kita masih berada di tahap bawah, buat kesilapan pun kesilapan yang di tahap bawah, rendah. Itu menunjukkan fikiran dan tindakan kita masih di tahap tu.
Saya bercakap ni untuk diri saya dan saya kongsi dengan semua. Kita ini juga bertindak pada tahap yang sangat perlahan. Kita takkan terkejar dengan teknologi dan innovasi yang bakal di bawa masuk.Tengok saja peniaga di sekeliling kita, ramai masih berbisnes dengan cara lama. Nak ambik order pun dah makan tahun!
Beruntunglah kepada sesiapa yang bakal hadir ke Program MMM dalam masa terdekat. Saya yakin Dr Azizan akan cerita sedikit pengalamannya di San Francisco dan Sillicon Valley. InsyaAllah..
Kita ini memang siput. Siput tu lambat sebab bawa cengkerangnya yang berat. Tapi kita ni lambat sebab bawa beban, beban bertindak tanpa ilmu yang cukup besar, beban kerana bertindak tanpa ilmu terkini, dan beban kerana fikiran dan sikap kita yang masih terhegeh-hegeh dan tak suka berinovasi.
Jom tanya diri, secepat mana kita mahu perniagaan jadi besar, cukupkah ilmu yang kita ada sekarang, pantaskah kita bertindak, atau kita lebih selesa dgn pace yang terkini? Kononnya slow and steady
Fikirkan...
#IMKKBORNEOMAC2017
#IMKKFEB2017
#TeamRichworks
www.marketingmastery.com.my
imkkfeb2017 在 Azizan Osman Facebook 的最佳貼文
Bekerja di Richworks Buatkan Bulu Roma Meremang!
=================
Semalam saya balik agak lewat kerana menyiapkan beberapa perkara. Sesampai saja di parking rumah, saya terjumpa jiran saya.
"Lewat balik hari ni?" Lelaki cina itu memulakan kata-kata. Kami bercerita sekejap, tentang sekolah anak, tentang trafik jam dan perkara-perkara biasa. Dia akhiri perbualan dengan menegur saya "you mesti sangat cintakan office you, dah malam-malam pun you pakai tag nama lagi."
Hehehehe....
Baru saya sedar, dah hampir 9 malam dan saya masih pakai tag nama. Dan bukan pada waktu event!
Gilalah kalau tak cintakan Richworks!
Saya cakap ni bukan sebab nak mengampu bos-bos saya. Saya pun pernah bekerja di pejabat korporat yang lagi gah, lagi besar, lagi canggih dengan beribu-ribu staff, saya pun pernah rasa seronok bekerja dengan mereka, tapi kerja di Richworks ini lain macam sikit perasaannya.
Kami di sini pelik. Kalau di pejabat lain, bila tak diasign untuk sesuatu projek mungkin ada yang bergembira dan kata legaaaa...tapi kami di Richworks, ada yang berkecil hati kerana nama tak naik untuk bantu dalam mana-mana projek. Di tempat lain, mungkin ada yang bersyukur kerana tak payah bekerja weekend untuk event tapi kami di sini ada yang rasa dipinggirkan kerana nama tak naik bertugas untuk event. Bukan allowance yang dikejarkan, tapi keseronokan berbakti sebagai part of the Team itu yang mengujakan.
Setiap dari kami di sini, ada kisah kami sendiri. Ada antara kami cancer survivor, bekas budak jahat dan gangster, tak habis belajar university, school dropout, pernah berhutang keliling pinggang, pernah mengalami kesukaran hidup, kegagalan, kegelapan...
Of course, ramai juga yang hebat-hebat di sini. Tapi kami semua blend di bawah satu nama, Richworks!
Personally, ada banyak perkara berlaku dalam hidup saya. Saya pernah alami zaman gelap, zaman kesusahan, hilang pekerjaan, penganiayaan, jaja kerepek untuk sara hidup pun pernah saya lakukan dan macam-macam lagi sehingga saya pernah bertanya Tuhan. Ya Allah, aku ni bukan orang jahat, bukan perompak, bukan penjenayah tapi kenapa Kau timpakan aku dengan banyak kesusahan? Soalan-soalan ini saya padamkan dengan keyakinan, Tuhan Maha Mengetahui segalanya, ada hikmah di setiap kejadian. Alhamdulillah, Program IMKK dan RKMJ bantu saya buang dendam atas segala penganiayaan..
Semalam, saya telah diberikan satu tugas yang sangat interesting dan mengujakan. Saat saya dibrief tentang tugas tersebut, hampir gugur air mata saya dan meremang bulu roma bila tiba-tiba, saat itu saya dapat jawapan atas segala persoalan yang saya tanyakan Tuhan selama ini...
Rupa-rupanya, semua kesusahan dan kegagalan dan zaman hitam pekat yang saya lalui adalah kerana Allah nak bagi saya rasainya dan fahaminya supaya saya tahu bagaimana mereka yang lain, yang kurang bernasib baik merasai dan mengalaminya, dan saya dapat bantu mereka dengan terlibat dalam projek-projek office kecil di Jalan Badminton 'ni.
Kami Team Richworks ini mungkin kecil, tapi membantu membahagiakan orang lain dan membantu membuatkan orang lain lebih berjaya adalah sesuatu kegembiraan besar bagi kami semua.
Sesuatu yang hebat akan berlaku minggu hadapan, di musim cuti sekolah nanti. Kami sedang usahakan sesuatu untuk bantu lebih ramai insan menikmati kehidupan sebaiknya, kerana ramai antara kami sangat faham, betapa sunyi dan sedihnya hidup penuh gelap dan derita.
Doakankan kami sentiasa.
#TeamRichworks
#Richwell
#IMKKBorneoMac2017
#IMKKFeb2017
Kredir Tulisan: Nani Yaacob
imkkfeb2017 在 Azizan Osman Facebook 的精選貼文
Nasi lemak aku lebih sedap dari nasi lemak kau!
===========================
Bisnes is about teamwork, bisnes is about helping others, bisnes is about berkongsi manfaat dengan seramai manusia.
Perasan tak? Orang yang mampu bina bisnes besar-besaran, dia tak bisnes sensorang diri dia. Dia ada team, ada franchise, ada stokist dan agen, ada branch, ada outlet.
Insiden di gerai nasi lemak pagi tadi membuatkan saya sedikit lagi nak tanya makcik tu "makcik tak pernah pergi MMM ke?" Tapi, nasib baik saya waras lagi.
Al kisahnya, ada gerai nasi lemak baru dibuka beberapa meter dari gerai makcik ni. Dan, isu makcik ni pulak, bila berniaga pagi-pagi proses nak membungkus nasi lemaknya adalah sangat perlahan. Saya, selaku pelanggan tetap setia menunggu sebab kesian dan takpe lah bagi chance...selain dari tu, sambal nasik lemaknya agak best dengan rasa masam manis dan warna yang merah pekat. Jadi, saya bagi markah lebih dan tak padang sangat slow motionnya. Bila saya ke gerai makcik tu pagi tadi, saya terkejut tengok mukanya yang muncung, sambil membebel-bebel. Cara dia cedokkan nasi lemak tu pun macam agak kasar.
So saya pun lihat dan cari punca kemuncungan makcik tu. Ooo...rupanya ada pesaing baru kat simpang sana, tak jauh dan hanya beberapa meter. Ramai pula orang beratur nak beli dari pesaing baru. Patutlah muncung.
Saya tak jadi beli. Tak tergamak tengok muncung dan nasi yang dicedok sambil merengus. Tu yang saya cakap, sikit lagi nak ajak dia pergi MMM. Tapi biarlah dulu..kita ajak dia ke IMKK dulu sepatutnya.
Saya terfikir, adakah peserta program Richworks dan anak didik Dr Azizan yang dah berjaya buat sales 5,6,7 angka sebulan tak gentarkan persaingan? Adakah mereka berniaga sorang diri dan boleh buat sehingga 6-7 angka sebulan? Merekalah keluarkan produk, merekalah ambik order, merekalah bungkus, merekalah pos...Gilalah kalau mampu, melainkan jika anda memang jual satu barang harga mencecah jutaan, mungkin boleh.
Orang yang ada ilmu pemasaran tak gentar dengan persaingan. Makin wujud pesaing, makin pesaing jadi hebat...dia akan buat lagi hebat. Mereka akan sentiasa cari jalan untuk jadi lebih baik, mereka bina team yang lebih kuat, mereka jelajah wilayah yang lebih besar. Anda rasa, kalau berniaga nasik lemak sensorang, dengan muncung tu dapat buat sales besar ke? Apa kata dia team up je dengan kedai nasi lemak baru, plan untuk promosi, tambah servis penghantaran, lajukan servis membungkus, dan macam-macam lagi boleh buat dengan skala lebih besar...
Kalau kita tengok bangsa lain, mereka boleh je buka kedai tayar sebelah kedai servis kereta, kedai komputer sebelah kedai repair komputer, saloon rambut sebelah kedai pedicure manicure, dan kita masih lagi di tahap nak buka kedai nasi lemak sebelah kedai nasi lemak. Sehingga mencetuskan peperangan kecil dia antara 2 jiwa penjual nasi lemak..kan stress hidup macam tu!
Dr Azizan kata pagi tadi kat kami " Mana ada orang main bola, semua nak jadi stricker, nak pergi perang kena ada bala tentera." Begitu juga nak berbisnes, kena ada team yang tahu halatuju bisnes, apa angka yang nak dicapainya, somebody must responsible to something!
Berniaga di tahap sekarang bukan setakat nasi lemak aku lebih sedap dari nasi lemak kau...Game plannya mesti lebih berstruktur, bersistem dan lebih besar. Angka dan nombor jadi target harian.
Saya ulang sekali lagi, bukan setakat nasi lemak aku lebih sedap dari nasi lemak kau...
Camon' semua! Anda dah tahu 101 Impian anda, anda dah tahu dengan berniaga boleh bantu anda capai kesemuanya, dan dah tahu anda perlu dan boleh bina bisnes sehingga jadi jutawan..
Jadi, adakah cukup setakat berbisnes dengan mindset nasik lemak aku lebih sedap dari nasi lemak kau...? It is all about bijaknya anda dalam pemasaran. Tepuk dahi dan fikirkan..
P/S: Gambar takde kena mengena dengan nasi lemak makcik tu...
#KauDahKenapa
#IMKKBORNEOMAC2017
#IMKKFEB2017
#TeamRichworks
www.marketingmastery.com.my
Kredit tulisan: Nani Yaacob
imkkfeb2017 在 #imkkfeb2017 – Explore | Facebook 的推薦與評價
explore #imkkfeb2017 at Facebook. ... <看更多>