Nah Ini Trend Terkini Penjenamaan Dan Pemasaran Untuk Resolusi 2019!
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,
Selamat Tahun Baru 2019!
Persoalan yang ada pada pemikiran setiap usahawan dan pemilik perniagaan adalah:
Bagaimana saya boleh membezakan diri saya dari pesaing dalam ruang yang jenuh dengan kandungan, yang kita panggil Internet? Tahun 2019 – jika anda berjaya membezakan diri anda dengan mewujudkan kredibiliti anda sebagai jenama yang menghasilkan kandungan yang bersifat ‘relatable’ (berkaitan) dan menarik, anda pasti akan berjaya mendahului pesaing anda.
Terdapat hanya segelintir orang sahaja selain daripada saya yang tahu trend dan kepentingan media sosial dan strategi zero kos marketing untuk bina dan kembangkan bisnes hari ini. Selama 10 tahun saya membina profil saya sendiri dan RichWorks menggunakan media sosial, saya telah cuba pelbagai kaedah dan teknik untuk sentiasa engage dengan followers kami.
Ini sebahagian daripada pencapaian media sosial terkini saya:
• 1,015,254 followers di Facebook Azizan Osman
• 113, 128 ahli di Facebook Group Nak Ubah Hidup
• 283,930 followers di Instagram
Dan lebih 40 juta views untuk video dan FB Live saya di Facebook Page Azizan Osman Official termasuk di YouTube!
Jadi adakah anda masih ragu-ragu nak gunakan media sosial untuk tingkatkan jenama dan jualan bisnes anda?
Pemasaran media sosial adalah cara terbaik bagi setiap perniagaan untuk tingkatkan kesedaran dan minat pelanggan tentang produk atau perkhidmatan anda hari ini. Jika anda masih tiada satu pun akaun media sosial, kiranya anda usahawan yang sudah jauh ketinggalan zaman dalam pemasaran digital.
Malangnya. . .
RAMAI PENIAGA DAN BANYAK BISNES GAGAL GUNAKAN PEMASARAN MEDIA SOSIAL DENGAN SEBAIKNYA HARI INI
Bagi kebanyakan perniagaan, menjaga perkembangan terkini dalam media sosial memerlukan terlalu banyak masa. Sebabnya masa adalah aset yang terlalu bernilai untuk perniagaan, jadi pemasaran media sosial sering diabaikan.
Selama 10 tahun ini, saya berjaya memulakan puluhan perniagaan baru dan tingkatkan skala perniagaan saya yang sedia ada hanya kerana media sosial. Dan media sosial juga memerlukan masa untuk dibina. Ia tidak boleh dibina dalam masa sehari. Jika anda tidak bermula hari ini, jangan harapkan orang nak kenal produk atau servis anda kerana semakin hari berlalu, pemasaran digital semakin cepat berkembang dan berubah.
Salah satu sebab mengapa media sosial sangat penting hari ini adalah kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita, dan ia akan terus mempengaruhi bagaimana kita berkomunikasi di masa akan datang. Tidak ada sehari pun yang berlalu di mana anda, atau orang di sekeliling anda, tidak memeriksa akaun media sosial mereka, betul? Jadi anda sebagai pemilik perniagaan perlu wujudkan jenama yang kuat menggunakan platform ini.
Setiap tahun, saya sering ditanya apakah ramalan saya untuk tahun akan datang. Dan untuk tahun 2019, saya telah kaji dan menjejaki beberapa trend semasa yang saya percaya boleh bantu anda sebagai usahawan untuk tingkatkan bisnes anda.
Jika anda masih tidak sedar lagi, saya telah lancarkan seminar pertama saya untuk tahun 2019 iaitu Zero Kos Marketing dengan memberi 10,000 tiket percuma minggu lalu semasa program Millionaire Marketing Mastery dan hanya dalam masa kurang 3 jam semua tiket telah habis.
Saya sebenarnya tidak sabar nak buktikan kepada anda bagaimana untuk gunakan strategi zero kos marketing dan langkah demi langkah yang anda boleh gunakan untuk mulakan bisnes anda yang akan memberikan anda pendapatan berulang-ulang kali, sehingga beribu-ribu atau puluh ribu ringgit setiap bulan.
Dan berikut adalah beberapa perkara yang akan saya nak sampaikan sempena Tahun Baru 2019 bagi anda untuk belajar menguasai media sosial dan tingkatkan jenama dan jualan bisnes anda.
1. Sedari Semua Trend Dalam Industri
Untuk berjaya dalam pemasaran, anda perlu kreatif dan sedar tentang semua trend yang ada dalam industri. Kadang-kadang anda perlu bijak 'bertindak' atau 'menyembunyikan' karakter sebenar anda hanya untuk memenuhi dan menyesuaikan keperluan dan kemahuan pelanggan anda. Sesuaikan produk atau perkhidmatan anda hari ini, dan lakukan persediaan awal dengan apa yang akan anda hadapi dan harapkan dalam pemasaran digital untuk tahun 2019.
2. Kualiti Iklan Adalah Keutamaan
Melakukan pemasaran hari ini adalah lebih mudah jika nak dibandingkan dengan 10 tahun yang lalu. Terlalu banyak iklan yang kita lihat dan tonton setiap hari adalah dari produk yang sama. Kebanyakan pelanggan kita ‘menderita’ dan letih menonton iklan yang sama. Dan lama kelamaan, mereka akan mula bosan dan benci dengan iklan yang ditayangkan kepada mereka.
Jadi, trend fokus utama pada tahun 2019 adalah mengurangkan pengiklanan tapi meningkatkan kualiti iklan dari segi penulisan atau copywriting dengan cara yang lebih kreatif.
3. Algoritma Kurang Penting
Ramai pemilik bisnes hari ini menjual di posting Facebook, Instagram atau blog mereka hanya untuk mendapatkan perhatian pelanggan. Malah mereka ‘mengorbankan’ idea asal kandungan posting mereka semata-mata untuk meletakkan kata kunci (keywords) yang tidak perlu bagi mengoptimumkan enjin pencarian di web. Ianya bagus untuk ranking web anda, tetapi kualiti untuk posting tersebut akan kurang menarik dan boleh menyebabkan anda hilang kewujudan anda dalam pasaran. Anda sebenarnya perlu mencari atau melantik copywriter atau penulis yang bagus untuk menjadikan posting anda lebih berkualiti dan menarik perhatian pelanggan anda.
4. Tetapkan Matlamat Anda
Kadang kala kita dapati posting oleh pengiklan yang cuba melakukan gimik, kontroversi, atau sesuatu posting yang mampu beri keseronokan kepada pelanggan dengan pelbagai kempen pintar dan kreatif semata-mata untuk menarik perhatian pelanggan untuk membaca posting mereka sehingga habis.
Tapi, pelanggan dah bosan dengan cara kempen ini dan mereka lebih menghargai konten posting yang memberikan maklumat berguna dan bernilai yang boleh memberi kesan kepada kehidupan mereka.
5. Fahami Pandangan Pelanggan Anda
Apabila anda membuat posting, fahami pelanggan anda terlebih dahulu. Geografi, demografi, tingkah laku dan psikografi mereka. Cuba kaitkan dengan isu semasa seperti ICERD (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination), PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), politik atau lain-lain perkara yang boleh menarik perhatian mereka, terutamanya politik yang merupakan pencarian paling popular dalam carian Trend Google Search Malaysia untuk 2018.
6. Mesti Gunakan Instagram!
Pelanggan kadang-kadang letih dan bosan dengan penggunaan terlalu banyak teks. Mereka lebih suka melihat visual daripada teks. Mereka ini adalah jenis pelanggan yang suka menggunakan Instagram untuk membeli produk atau perkhidmatan. Dan pengiklanan melalui visual ini akan bantu menerajui pemasaran anda di tahun akan datang.
7. Target Semula
Dengan lebih ramai pesaing di luar sana yang turut targetkan segmen pasaran pelanggan yang sama, ia menjadi satu cabaran bagi anda untuk mendapatkan pelanggan baru. Cara terbaik adalah menggunakan data atau analisis semasa untuk target prospek dan pelanggan yang sudah membeli dengan anda. Retargeting atau target semula adalah salah satu cara untuk tingkatkan jualan anda dengan kos pemasaran yang jauh lebih murah.
8. Berkomunikasi Dengan Pelanggan Anda
Pemasaran online akan sentiasa kekal sebagai pemasaran online. Ramai usahawan hari ini tidak suka mendengar atau bercakap dengan prospek mereka secara offline. Ini sebenarnya boleh membuatkan pelanggan lebih yakin dan mempunyai sebab untuk membeli kerana mereka yakin dengan produk atau servis anda. Mereka masih mahu berinteraksi dengan jenama yang mesra sebagai ‘manusia’ bukan robot. Anda perlu sentiasa bercakap dan bertemu dengan pelanggan anda secara offline juga sebagai salah satu strategi pemasaran anda.
9. Gunakan Video Live
Alat yang paling kurang digunakan hari ini, tetapi antara alat yang paling berguna adalah video live. Pelanggan sukakan ketulenan. Gunakan video live untuk perkenalkan produk, servis, aktivit dan juga testimoni anda. Alat ini akan dapat meningkatkan kesedaran jenama dan juga pengikut anda.
Ini antara beberapa trend yang saya jangkakan akan dapat bantu tingkatkan bisnes dan kewangan anda pada tahun 2019, tapi, ia tidak bermakna anda harus meninggalkan strategi pemasaran yang telah anda gunakan dengan berjaya. Anda tetap harus terus bangunkan apa yang anda sudah sedia ada atau gunakan selama ini dan gunakan ramalan trend ini sebagai rujukan semasa anda membentuk strategi pemasaran anda untuk 2019 dengan menyesuaikan kepada perniagaan anda.
Bisnes atau perniagaan yang mempunyai asas kukuh untuk pelanggan mencari mereka dengan hasil usaha pemasaran yang mengagumkan akan membuatkan pelanggan anda sangat berpuas hati dan terus membeli dengan anda di tahun akan datang.
Jadi pastikan anda tidak terlepas untuk bina jenama dan pemasaran anda dalam resolusi 2019 bermula hari ini!
Sekali lagi- Selamat Tahun Baru 2019!
#AzizanOsman
#MentorUsahawan
#ZeroKosMarketing
「jualan online yang laku setiap hari」的推薦目錄:
- 關於jualan online yang laku setiap hari 在 Azizan Osman Facebook 的最佳解答
- 關於jualan online yang laku setiap hari 在 Azizan Osman Facebook 的最讚貼文
- 關於jualan online yang laku setiap hari 在 Cocok untuk Pemula, ini 8 Ide Jualan Online yang Laku ... 的評價
- 關於jualan online yang laku setiap hari 在 9 Ide Jualan Online yang Laku Setiap Hari untuk Pemula 的評價
- 關於jualan online yang laku setiap hari 在 7 Cara Jualan Online Laris di Facebook dengan Mudah dan ... 的評價
jualan online yang laku setiap hari 在 Azizan Osman Facebook 的最讚貼文
Sumpahan Ilmu! Berhenti Datang Belajar Mungkin Punca Bisnes Merudum.
(Eddie Asuan Kongsi Kisah Dari Budak Diploma Jual Monopod Hingga Jadi Founder Produk.)
-------------
Takkan terbina Jambatan Pulau Pinang jika tanpa ilmu. Tak kan kukuh tegaknya berdiri hampir 4 dekad jika tak ada mentor dan penasihat di sepanjang proses pembinaannya.
Macam tu juga dengan kisah Tuan Eddie Assuan. Ketika beliau mula berniaga di zaman belajar di peringkat diploma, banyak cabaran dan tentangan yang di hadapi. Juga kata-kata sinis yang boleh saja meruntuhkan cita-cita dan impiannya.
Tapi, setiap kali terkenangkan kesusahan yang ditanggung oleh ibu bapa yang terpaksa bekerja sehingga lewat malam demi nak mencari sesuap nasi, Tuan Eddie terus kuat. Demi untuk nak menampung belanja ketika belajar dan nak bantu keluarga, Tuan Eddie mula menjadi agen dropship menjual gadget seperti power bank dan monopod secara online.
Perniagaan tak menyebabkan beliau lupa untuk belajar. Beliau terus fokus sehinggalah selesai tamat pengajian Diploma kemudian Tuan Eddie mula aktif berniaga dan mula hadir ke Program Richworks. Ketika itu beliau sangat komited! Sehinggakan pernah satu hari beliau mengalami kemalangan dalam perjalanan menghadiri program, tapi beliau tetap hadir.
Bermula dengan menghadiri Program Klinik Usahawan Dr Azizan Osman, Tuan Eddie terus tekun menuntut ilmu sehingga mampu membina rangkaian perniagaan gadjet dan mempunyai 450 dropship.
Tuan Eddie kemudian tercari-cari peluang perniagaan lain dan terjebak dengan produk Fat Burner. Alhamdulillah, dengan ilmu dari Program Richworks dan InsyaAllah berkat usahanya konsisten belajar belia berjaya menjadi 10 stokis terbaik produk tersebut. Sibuk dengan urusan bisnes dan kehidupan yang berbeza selepas membina rumahtangga, wajah Tuan Eddie tak lagi kelihatan di mana-mana program Richworks.
Tuan Eddie dan isteri kemudiannya berhasrat untuk ada produk sendiri. Beliau rasa, dengan ilmu dulu yang kononya masih kekal dalam ingatan, dia yakin dapat menghasilkan jualan yang tinggi. Lagipun, beliau yakin dengan ramuan terbaik dalam produknya, pasti ada permintaan tinggi dan senang nak dipasarkan.
Malangnya! Pasangan ini tersilap langkah. Bisnes mereka mengalami kerugian dan stok tak laku. Dalam 3 bulan hanya 1000 botol terjual. Banyak perkara yang mereka terlepas pandang seperting costing, marketing, operasi dan yang paling penting tidak konsisten menuntut ilmu.
Tekanan datang bertubi-tubi. Cahaya mata yang baru lahir menyebabkan dia terpaksa terus kuat dan bertahan. Selepas dia kaji di mana kesilapannya, Tuan Eddie akur! Berhenti menuntut ilmu dari mentor yang telah terbukti menghasilkan banyak kejayaan dan tidak fokus dalam perniagaan adalah punca kejatuhan bisnesnya. Syukurlah, beliau dah kenal Dr Azizan Osman lebih awal.
Mudah sahaja untuk dia kembali mencari jalan yang betul. Baru menyertai Titanium, beliau telah menerima nasihat penting dari Dr Azizan Osman untuk dia fokus dalam bisnes dan fokus untuk bina agen dan stokis.
Ikut kata guru. Tuan Eddie fokus untuk melatih agen dan stokisnya dan dalam masa sekejap sahaja beliau telah mampu membina agen dan stokis yang boleh membuat jualan sehingga mencecah RM100,000 hingga RM150,000 sebulan sedangkan kebanyakan mereka adalah surirumah.
Beliau rasa bangga kerana dapat membantu agen dan stokisnya jana lebih income. Dan, tak mahu mengulangi kesilapannya yang tidak fokus dalam menuntut ilmu, beliau juga membawa agen dan stokisnya untuk hadir ke Program Richworks untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah, hujun tahun 2018 ini, belaiu sekeluarga akan menunaikan umrah.
Siapa sangka dari budak diploma yang jual gadget, kini dah mampu anda jenama sendiri dan bantu orang ramai untuk bina tahap pendapatan, yang penting menuntut ilmu mesti berterusan.
———
Sedang berlangsung sekarang Inner Circle Meeting di mana berhimpunnya lebih 200 orang #AnakDidikDrAzizan yang berada dalam group Titanium di mana mereka mendapat coaching dan mentoring secara direct dengan Dr Azizan Osman.
Jika anda mahu memulakan langkah mencari ilmu kejayaan dan mahu kami bantu untuk hidup lebih berjaya dan capai tahap kewangan yang diinginkan, anda boleh komen ‘Nak Ilmu’ dan team kami akan bantu.
#TeamRichworks
#ICMPenangMay2018
#NakUbahHidup
jualan online yang laku setiap hari 在 9 Ide Jualan Online yang Laku Setiap Hari untuk Pemula 的推薦與評價
2020 Des 4 - 9 ide jualan online yang laku setiap hari saat ini, cocok untuk pemula yang sedang mencari usaha yang bisa menghasilkan uang di rumah atau ... ... <看更多>
jualan online yang laku setiap hari 在 7 Cara Jualan Online Laris di Facebook dengan Mudah dan ... 的推薦與評價
Pasalnya, berjualan online sangat berbeda dengan jualan di toko atau secara ... Isi setiap data yang dibutuhkan, termasuk halaman fanspage. ... <看更多>
jualan online yang laku setiap hari 在 Cocok untuk Pemula, ini 8 Ide Jualan Online yang Laku ... 的推薦與評價
Sedang mencari ide jualan online yang laku setiap hari ? Anda akan menemukannya di sini. Jualan online kini memang jadi sangat mudah ... ... <看更多>