Kembara di London (Bahagian Pertama)
Misi utama ke London kali ini hanyalah satu...untuk berjumpa dan berbincang dengan pihak perunding dalam menubuhkan satu bentuk perbankan Islam yang baru. Para penaja sudah ada dan tugas saya hanyalah untuk memberi maklum balas Syariah dan bisnes kepada projek baru ini.
Tetapi alangkah rugi datang ke London untuk sekadar satu program sahaja. Di London terdapat ramai kawan dan rakan yang boleh diambil mutiara akal dan minda mereka.
Selepas tiba sahaja di London dari Dublin pada hari Khamis, saya terus membelah kota London yang sesak jam 6 petang untuk sesi makan malam di Restoran Lebanese Noura di Mayfair bersama rakan2 lama. Iqbal Khan dari Fajar Capital dan Omar dari Arabes adalah antara yang datang ke sesi makan malam santai. Isu utama perbincangan ialah Islamphobia di Barat.
Keesokan harinya saya (Jumaat), selepas berjalan pagi di Hyde Park, saya terus menuju ke tempat mesyuarat resmi pertama. Selepas 3 jam bertukar2 pandangan, saya dan beberapa rakan menikmati juadah makanan Turkish pula. Salah seorang rakan baru saya dari Hungary banyak bercerita tentang sejarah England. Menariknya, England adalah negara di Eropah yang pertama yang mewujudkan sekolah untuk orang awam di awal kurum 11 Masihi. Sebelum ini, sekolah hanyalah untuk golongan Raja dan pembesar Istana dan juga paderi gereja. Sehubungan itu, England paling ramai mengeluarkan sarjana.
Soalam dalam kepala saya; bila sekolah umum di buka dalam sejarah Islam? Anda ada jawapan? Saya tertarik dengan pengetahuan beiau tentang sejarah. Terbocor rahsia bahawa isterinya adalah pengajar sejarah Eropah.
Selepas itu, saya menuju ke Selffridges di Oxford Street untuk membeli hadiah kepada cucunda2. Terserempak dengam dengan Dr Adli dari Mesir dan rakan2 beliau. Mereka belanja Latte. Saya sempat berbicara dengan beliau kenapa projek Universiti Al Azhar di Malaysia gagal beberapa tahun yang lepas. Saya kata "We have to relook into the matter".
Sebelah petang, saya berjumpa dengan Kamran. Beliau adalah CEO syarikat pengurus hartanah di London dan Dubai. Banyak cerita menarik. Anak beliau Zainab adalah berdarah NGO membantu isu refugee di seluruh Eropah....sambung.
MDB
「kata mutiara tentang anak」的推薦目錄:
- 關於kata mutiara tentang anak 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
- 關於kata mutiara tentang anak 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
- 關於kata mutiara tentang anak 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
- 關於kata mutiara tentang anak 在 Kata Kata Mutiara untuk Anak Perempuan yang Indah dan ... 的評價
- 關於kata mutiara tentang anak 在 Photos of KATA KATA MUTIARA ANAK METAL ... - Facebook 的評價
- 關於kata mutiara tentang anak 在 Pin on Video Kata-Kata Mutiara Kehidupan - Pinterest 的評價
kata mutiara tentang anak 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
Bab bersara umur 65 tahun ni, pada pendapat aku, jika korang seronok dengan kerja korang, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi, maka eloklah ambil skim pencen umur 65 tahun, sebab orang macam korang,
(Baca: yang seronok dengan kerja, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi,)SANGAT di perlukan dalam perkhidmatan awam, maka, jika kerajaan bagi skim penven umur 70 tahunpun, korang ambiklah.
Tapi jika korang bosan dengan kerja, pergi kerja lambat tapi balik awal, lepas tu buat kerja lembab nak mampus, selalu bermuka bosan, ponteng kerja tu selalu, mengular usah cakap, dan pergi kerja asyik bincang tentang isu politik sempit... maka...
Nasihat aku, korang tak payah ambik pencen umur 65 tahun, korang akan menyusahkan rakyat, ambil pencen awal pun tak payah, 40 tahun ke, 55 tahun ke, jangan!, aku nasihat, korang elok berhenti terus!
Buat bazir duit kerajaan jer bagi korang kerja, tapi pergi kerja, buat kerjanya sikit, tapi sibuk ‘mengeteh’ sambil bincang isu politik taik tak sudah sudah, buang current jer...
So, nasihat aku kepada semua kakitangan awam:
SUKAILAH KERJA ANDA, DAN JIKA TIDAK SUKA, CUBALAH UNTUK SUKA, DAN JIKA TIDAK SUKA JUGA, ELOKLAH BERSARA TERUS, KERANA, SESIAPA YANG SUKA DENGAN KERJA DIA, MAKA DIA TELAH BERSARA PADA HARI PERTAMA DIA BEKERJA.
(nota bagi pekerja yang slow: ‘Bersara’ sebab seronok bekerja sehingga tak terasa bekerja, tapi rasa sedang bersara, tak paham lagi memang lembab, elok berhenti terus)
Jadi, bila korang dah ‘pencen’, tak payah risau lagi tentang bersara awal, bersara umur 60 tahun ke, 80 tahun ke, kerana korang sudah seronok dengan kerja, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi, tahniah!
Jika korang rasa nak menulis, nak beribadat, nak berdakwah, nak daki gunung, nak menyelam cari mutiara, jangan tunggu pencen, korang bukan kerja 24 jam, dan hujung minggu ada cuti lagi, lepas tu banyak cuti umum yang bercantum cantum, dan andai korang ada projek besar, boleh apply cuti panjang, jangan tunggu pencen, buat sekarang. Hidup terlalu singkat untuk bertangguh.
Korang tahu tak? Nabi berdakwah umur 40 tahun, umur 53 tahun Hijrah ke Madinah, dua tiga tahun lepas tu, bermulalah zaman perang, bermakna perang badar, perang uhud, perang hunain, perang khandak ni berlaku di zaman nabi umur pencen jika kerja kerajaan, bermakna, semakin tua, makin bersungguh nabi dalam mengembangkan agama.
Tapi di mana kita diumur pencen? Sibuk kembangkan agama? Atau hanyut dalam dunia sepi orang tua tua, menangis bila anak anak tak balik ziarah, bimbang harta berkurang atau terlantar sakit jiwa yang merebak kepada jasad, waktu tu nak pergi masjid pun tak larat.
Maka sekarang, waktu sihat dan masih bekerja, janganlah lupa tanggung jawab pada agama, jangan tunggu waktu pencen untuk ubah dunia, jangan bertangguh tunggu pencen, sebab Hidup terlalu singkat untuk bertangguh.
Untuk itu Jika aku diberi peluang, aku akan ambik pencen paling maximum, jika bersara 80 tahun pun aku ambik, sebab aku memang akan suka dengan kerja aku, so aku dah ‘bersara’ dah, dan andai kata, aku rasa tension dengan ‘aktiviti bersara’, aku akan ambik cuti tanpa gaji untuk mengembara, atau berniaga, dan apabila dah penat mengembara atau berniaga, aku akan masuk pejabat balik, eh, silap?, aku akan ‘bersara’ balik.
Bila dah 'bersara' maka banyaklah masa mengeteh.
Jom mengeteh! Banyak lagi boleh kita sembang mambang!
Woha!
Ps: Tanda ekonomi negara itu bagus, banyak peluang kerja untuk orang muda dan orang tua dilambatkan pencen, lebih maju lagi, pencen awal dan bergaji penuh. Tapi negara kita kerja makin sukar tapi pencen dinaikkan.. hmmm, kita sambung bincang bab ni sambil mengeteh.. huhuhu.
Ps2: Beribadat kuat di bawah langit dunia, lalu berehat di bawah arash di padang mahsyar, dan menikmati pencen ibadat selamanya di syurga, jumpa di sana, tingkat lapan, umur 30-an. Woha,!
kata mutiara tentang anak 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
Ada anak Darjah 1 tahun 2018? Ini persiapan kau sebagai ibu bapa.
1) Pastikan anak kenal huruf dan boleh membaca dan mengeja walau sedikit. Operasi asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 dia dah kuasai.
Silibus KSSR Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan 'zero', pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.
Bahasa Malaysia tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun.
Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR. KSSR ni lain macam dia punya pergi.
Bayangkan kalau anak kita masuk dengan 'zero'. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.
2) Bimbing anak di rumah. Ini sangat penting. Berhenti merungut kata silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT.
Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah.
Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik.
Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah.
Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.
3) Ajar anak kenali wang. Ajar anak guna wang. Ajar anak tunggu terima baki. Ajar anak jangan bagi wang jika murid lain minta. Ajar anak maklumkan pada cikgu kalau murid lain minta wang dari mereka.
Semua asas ini perlu diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu nak ajar beratus murid cara guna wang dan cara jaga duit poket mereka.
Fakta : Ramai murid tahun 1 tidak tahu guna wang.
4) Ajar anak guna tandas awam/sekolah. Jangan buat macam di rumah. Ajar anak minta izin untuk ke tandas.
Fakta : Ada murid buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.
5) Jangan takutkan murid dengan bagitahu mereka cikgu garang. JANGAN!
Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat,
" Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan."
Akibatnya, murid takut nak minta izin ke tandas.
Fakta : Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.
6) Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri.
Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia.
Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi, tapi sila pastikan mereka ambil dan simpan semula.
Fakta : Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan di bawah meja.
7) Jangan bagi murid pakai kasut bertali jika mereka tak pandai ikat. Ajar juga anak buka dan pasang tali pinggang.
Ramai murid tahun 1 pakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di sekolah. Mak ayah yang pakaikan di rumah.
Fakta : Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.
8) Ajar anak susun jadual ikut hari. Jangan bawa semua buku. Bawa buku mengikut jadual sahaja. Baru beg tak berat.
Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Ini pun penting!
Fakta : Biasa murid bawa buku ikut jadual dan beg tak berat. Suatu hari semua buku murid itu bawa. Rupanya ibu dia 'out station' dan ayah tukang susun buku.
Semua buku ayah dia sumbat. Banana punya ayah. Kesian kat anak.
9) Jika ada group wasap kelas, jangan wasap tengah-tengah malam buta dan mengharap balasan segera. Cikgu bukan kedai 7-Eleven yang setiap masa tunggu nak reply mesej anda.
Hormati group wasap tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas.
Nak sangat post isu semasa, hadis, kata nasihat, mutiara kata, mutiara naga, kau buka group wasap lain dan add lah semua parent. Post lah semua benda sesuka hati kamu.
Paling penting, jangan promote barang anda berniaga dalam group tu. Menyampah dan mengganggu tahu tak?
10) Usah lagi diratib tentang sukarnya silibus baru dan payahnya soalan KBAT.
BERHENTI MERUNGUT!
Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa. Orang lain yang bertindak anak mereka dah maju ke depan.
Kita yang sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus sehingga anak pun set dalam kepala 'payahnya belajar'.
******
Sesi persekolahan untuk tahun 2018 akan bermula sekitar 12 hari sahaja lagi. Masih ada masa untuk ibu bapa ajar anak sebagai persiapan mereka melangkah ke alam persekolahan nanti.
Banyak lagi tips yang aku nak tulis. Tapi dah penat. Cukup la dulu 10 tips ini ya. Kalau aku rajin aku tulis lagi.
Oh ya, kau yang ada tips penting silalah kongsi diruangan komen. Nanti kawan-kawan boleh pakat baca.
#MFS
- Cikgu Tahun Satu.
kata mutiara tentang anak 在 Photos of KATA KATA MUTIARA ANAK METAL ... - Facebook 的推薦與評價
2. 5. 12. 9. 2. 1. 3. 1. 40. 1. 43. 1. 10. Photos of KATA KATA MUTIARA ANAK METAL UNDERGROUND \m/ Pati 666. Loading... Try Again. Cancel. Loading... Loading... ... <看更多>
kata mutiara tentang anak 在 Pin on Video Kata-Kata Mutiara Kehidupan - Pinterest 的推薦與評價
Kata Kata Bijak Mutiara Kehidupan Tentang Anak dan Orang Tua - YouTube Abc, ... Kata kata di dalam video ini adalah:Anak adalah cermin diri seperti ap. ... <看更多>
kata mutiara tentang anak 在 Kata Kata Mutiara untuk Anak Perempuan yang Indah dan ... 的推薦與評價
Kata Kata Mutiara Bijak Orang Tua buat Anaknya yang Wajib Didengar ... Kata Kata Bijak untuk Orang Tua dalam Mendidik Anak ... ... <看更多>