KEMBARA KERJAYA MDB (SIRI 5)
Saya dah buat segala2nya di Kuwait bagi cuba mendapat visa kepada isteri saya. Kerap saya berjumpa dengan rakan2 ahli parlimen & menteri Kuwait bagi meminta tolong.
"Maaf sahabatku. Urusan visa bukan lagi urusan kerajaan atau menteri. Ia adalah kuasa mutlak Raja." Kuwait dalam ancaman Iran. Ini jawapan yang 'tidak adil' kepada usaha, semangat & pengorbanan saya. Unfair.
Saya juga gagal mendapat tempat belajar di program Masters Syariah walaupun cukup semua syarat sebab saya bukan anak bumi Kuwait atau Negara Teluk. Saya hanya anak Kedah.
Saya mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Gembira sangat memijak kaki di bumi bertuah Malaysia di bulan Disember 1988. Lagi gembira dapat melihat wajah isteri yang sudah lama ditinggalkan. Remuk rasa hati. Ada yang pengalaman kena tinggalkan isteri kerana tugas & kerja?
Ahh...saya sudah bekeluarga. Saya kena bekerja. Bukan nak bergantung kepada abah & emak. Lagipun saya dah tamat belajar ijazah pertama. Saya terus mohon kerja guru sementara di Maktab Mahmud, Alor Star. Saya juga memohon bekerja sebagai pengajar di Akademi Islam, Universiti Malaysia.
Saya dapat kerja di Maktab Mahmud di awal tahun 1989. Gaji sekitar RM800 sebulan sambil menunggu keputusan dari UM. Saya diberikan amanah mengajar Nahu di Tingkatan 2 Maktab Mahmud (Banat @ Puteri) & juga Balaghah di Tingkatan 6 Rendah.
Saya amat seronok ajar anak2 muda bahasa Arab. Banyak ilmu & tips yang saya dapat sewaktu saya bekerja sebagai pengkaji bahasa Arab di Kuwait saya curahkan kepada pelajar2 saya. Saya dapat lihat di wajah mereka kegembiraan. Indah & mudahnya bahasa Arab.
Saya tinggal di rumah abah & emak (foto dikepilkan). Sebuah rumah papan di sebelah sawah padi. Saya tidak ada kenderaan ke tempat kerja. Ust Radhi, bekas pelajar Kuwait yang juga bekerja di Maktab Mahmud yang menyewa rumah di Teluk Chengai, datang jemput & hantar saya di rumah dengan motorsikal setiap hari bekerja. Hebat jasa beliau kepada saya. Tak akan saya lupa sampai bila2.
Hati berkocak setiap masa mendoakan supaya permohonan kerja saya di UM diterima. Saya ingin ambil cabaran baru. Cabaran menara gading.
(foto bersama isteri di Istanbul 2017).
MDB
同時也有613部Youtube影片,追蹤數超過72萬的網紅Warner Music Malaysia,也在其Youtube影片中提到,Bunga - Mereng [Audio Video] Jom layan Mereng sini: https://wmm.lnk.to/Mereng #Bunga #Mereng #Bmereng Komposer: Bunga, John Jeevasingham, Karim Kar...
「kembara」的推薦目錄:
- 關於kembara 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
- 關於kembara 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於kembara 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
- 關於kembara 在 Warner Music Malaysia Youtube 的最讚貼文
- 關於kembara 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
- 關於kembara 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
kembara 在 Facebook 的最佳貼文
Sebarkan keindahan Islam..
Alhamdulillah dengan kasih sayang Allah .. seorang lagi saudara kita telah kembali kepada fitrah pagi tadi.
.
Beliau memilih kembali kepada fitrah dengan rela hatinya sendiri tanpa paksaan.
.
Tadi beliau tanya, adakah perlu tukar nama setelah memeluk Islam?
.
Saya jawab tak wajib tukar nama jika nama tersebut bermaksud baik dan tidak mensyirikkan Allah.
Nak kekalkan nama asal pon boleh
.
Nama asal boleh bin kan nama bapa.
Contoh :
Nama asal - Bunga Anak Perempuan Kah
Tambah : Bunga Binti Kah
.
Nak Letak nama asal kemudian binkan nama bapa pon boleh .
Nak tukar nama pon boleh
Nak tambah nama pada nama asal pon boleh. Tiada masalah 😊
.
Beliau hanya tambah nama Islam di hadapan nama asal dengan nama Muhammad .
.
Semoga Allah merahmati kita semua. Hidayah itu milik Allah.
Kita hanya menyampaikan keindahan Islam sahaja.
.
Qanaah , asal punya rasa cukup
Hidup ini pasti indah
.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
P/s : bukan mudah syahadakan saudara baru. Setiap kali syahadahkan saudara baru.. saya mesti mengigil.
#sayaBukanUstaz
#adamcorrie #syahadah #mualaf #reverted
Kembara Iman Saudara Baru
www.adamcorrie.my
.
kembara 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
Anda dalam persimpangan dilemma kerjaya?
Mengejar cita-cita atau menurut desakan hidup?
Bagaimana nk ambil hati Boss garang?
Apakah tips-tips untuk menjadi pekerja atau usahawan contoh?
Ikuti siaran FB Live terbaru dari produksi Amanie Media iaitu “Kembara Kerjaya MDB”
Malam ini, 9.30pm di FB Page Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah
Jom sembang santai selama satu jam tapi cukup padu malam ini!
kembara 在 Warner Music Malaysia Youtube 的最讚貼文
Bunga - Mereng [Audio Video]
Jom layan Mereng sini: https://wmm.lnk.to/Mereng
#Bunga #Mereng #Bmereng
Komposer: Bunga, John Jeevasingham, Karim Karam, Romal Melvyn, Ezra
Lirik: Bunga, John Jeevasingham, Karim Karam, Romal Melvyn, Ezra
Produser: John Jeevasingham, Ezra
Jom follow Bunga:
Instagram: https://www.instagram.com/bungaisme/
Facebook: https://www.facebook.com/bungaismee
TikTok: https://www.tiktok.com/@bungaisme.1
Lirik lagu:
CHORUS
Kita geng geng geng
Jalan mengiring
Semuanye mereng
Gelak Tertonggeng
Kita geng geng geng
Jalan mengiring
Semuanye mereng
Bergendang dang deng
Bergendang dang deng
Bergendang dang deng
Bergendang dang deng
Bergendang dang deng
VERSE
Hidup tunggang langgang semua kelam kabut
Dah macam pecah tongkang seorang taufan seorang ribut
Yang sulung jadi suri cuma harap gaji bini
Yang lagi satu memang suka mintak kena maki
Ah dan walaupun dah lama hilang
Tapi dalam hati sayang
Tak kira tempat dan bila
Aku yang terpaling gila
Call me S O F I A
To the B U N G A
When i’m with my fam
It’s only me and my geng geng
PRECHO
Walau apa pun terjadi
Takkan kita berbelah bagi
VERSE 2
Nak pergi kembara
Dah macam ayam laga sekandang
Tapi tu benda yang biasa
Takkan putus air dicincang
No matter what
My homie’s in my blood
Tak perlukan permata
Kalau bersama lebih berharga
Yang pertama confirm keluarga
Walau berjumpa macam ikan laga
Tak kira mana tak kira bila
Kalau seorang jatuh pasti semua ada
Call me S O F I A
To the B U N G A
When i’m with my fam
It’s only me and my geng geng
Post-Chorus
Walau ribut atau taufun
Tetap kita berjalan jauh
jalan sehaluan
Bergendang-dang-deng
Bergendang-dang-deng
Terbitan & Rakaman: John Jeevasingham dan Ezra
Susunan dan Adunan: John Jeevasingham dan Ezra
Drums: Ezra
Bass: John Jeevasingham
Guitar: John Jeevasingham
Synths: John Jeevasingham
Backing Vocals: John Jeevasingham, Karim Karam, Romal Melvyn, Ezra
kembara 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
Selamat datang ke Jelajah Inspirasi Usahawan Selangor yang dibawakan khas oleh Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor. Dalam episod ini Rhys berada di Daerah Petaling untuk berjumpa dengan usahawan ZERO to HERO dan berkongsi cerita perjalanan perniagaan mereka.
Abdel Cuci merupakan perkhidmatan servis cucian "Deep Cleaning" yang professional. Jom tonton Rhys berjumpa dengan pemilik Abdel Cuci, Encik Najmuddin berkongsi mengenai kisah perniagaan beliau. Beliau juga menunjukkan cara-cara pembersihan karpet yang betul. Ikuti perjalanan Rhys bertemu beliau dan usahawan lain di Daerah Petaling ini.
Jom tonton untuk melihat keunikan produk usahawan tempatan.Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
kembara 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
Rasa nak makan gulai tempoyak? Ikan Patin? Nak rentas negeri masih lagi PKP. Jom beli ikan patin di Laziz Patin dan cuba 4 resepi mudah ni!
Menu 1: Ikan Patin Goreng Berlado
Menu 2: Patin Gulai Tempoyak
Menu 3: Udang Masak Gulai Tempoyak
Menu 4: Pais Tempoyak Ikan Pari
Dapatkan produk Laziz Patin di:
Shopee: www.lazizpatin.com/shopee
Ejen Laziz: www.lazizpatin.com/ejen
Website: www.lazizpatin.com
#destinasitv #laziz #ikanpatin
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.