Hi, nama saya Iman. Saya Autisme boy.
Ini gambar waktu umur saya 6 tahun.
Gambar ini adalah kenangan bahawa ayah saya pernah membeli bekas air paling mahal pernah dibeli seumur hidupnya.
RM60 satu tau!
Semua ini disebabkan saya berlari dalam kedai mainan dan merempuh almari hingga bekas ini jatuh dan kemik sedikit.
Tauke kedai cakap ayah saya wajib beli.
Saya lihat ayah saya merayu dikurangkan harga dengan menunjukkan kad OKU saya.
Tapi tauke kedai suruh bayar harga full.
Ayah saya membayarnya dengan tabah dan memeluk saya sambil hadiahkan bekas air dan cakap ini hadiah hari jadi!
(Setiap bulan hari jadi saya, serentak dengan tarikh hari jadi semua orang disekeliling saya)
Terima kasih ayah belikan bekas air yang besar ini.
Saya sambung berlari lagi!
Woha!
Ps: Agaknya itulah yang anak saya cakap jika dia boleh bercerita. Sekarang sudah 8 tahun. Tak lama lagi kembali ke sekolah. Doakan yang baik baik buat semua.
#keranadiaanaksyurga
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,Anak syurga autism saya bawak pergi Pasar Payang, parking belakang Astaka (Hock Kee Seng) lepas tu jalan kaki, sampai depan Pasar Payang, naik bot per...
「keranadiaanaksyurga」的推薦目錄:
- 關於keranadiaanaksyurga 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於keranadiaanaksyurga 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於keranadiaanaksyurga 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於keranadiaanaksyurga 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳貼文
- 關於keranadiaanaksyurga 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳貼文
- 關於keranadiaanaksyurga 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳解答
- 關於keranadiaanaksyurga 在 #keranadiaanaksyurga - Explore | Facebook 的評價
- 關於keranadiaanaksyurga 在 Cara Terapi Pertuturan asas anak autisme - YouTube 的評價
keranadiaanaksyurga 在 Facebook 的最讚貼文
Ada orang tanya, dah lama tak dengar cerita anak syurga autisme abang mayat. Dia apa khabar? Sihat ke?
Terima kasih bertanya kbar. Ini Abang share gambar Iman Hamka autisme boy berlari atas Treadmill.
Dia bahagia dan kekal aktif. Treadmill jadi terapi sambil bukakan kartun di Youtube TV.
Terkini dia boleh pula makan roti sambil berlari di Treadmill... adohai..
Doakan anak terus sihat dan doakan juga abang mayat yang sihat ini jadi kurus.
Woha!
ps: Sebelum korang tanya Treadmill beli kat mana? Nah ini linknya https://invol.co/cl5gbmt
Dan Kenapa saya beli Treadmill ini? Ini kisah nya... kisah anak OKU selamatkan PKP saya..
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=382272766588135&id=100044162452807
#keranadiaanaksyurga
keranadiaanaksyurga 在 Facebook 的最佳貼文
Mendapat Khabar dukacita dari Autisme Malaysia yang mana salah seorang Penulis Jemputan dalam Buku KERANA DIA ANAK SYURA (rujuk ms230)
Pn Norzelawati Abdul Kadir yang mempunya tiga orang anak OKU, yang mana salah seorang anak OKU beliau, Normaya Diyana binti Zamaris, telah meninggal dunia asbab sakit pada 14 Jul 2021.
Al fatihah dan salam takziah
Bagi yang ingin salurkan sumbangan melalui Persatuan Autisme Muslim Malaysia, boleh klik pautan ini:
https://www.facebook.com/groups/autisme.malaysia/posts/10159629445888069/
Terima kasih atas segala doa dan sumbangan, semoga Allah memudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Al fatihah.
#keranadiaanaksyurga
keranadiaanaksyurga 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳貼文
Anak syurga autism saya bawak pergi Pasar Payang, parking belakang Astaka (Hock Kee Seng) lepas tu jalan kaki, sampai depan Pasar Payang, naik bot pergi ke Seberang Takir, dulu RM1 sahaja, sekarang RM2, takpe, bagi anak seronok naik bot.
Dah puas naik bot, bawa anak ke Padang I Love KT, terus anak syurga leka bermain batu kerikil, kemudian kami jalan kaki ke kampong cina, tengok lukisan dinding, jangan tak percaya antara celah celah bangunan kampong cina, ada orang jual keropok lekor.
Kemudian kami ke Pasar Payang, makan keropok dan Mee Sup Perut lembu, perghhh, kenangan betul makan mee kat situ.
Lepas tu sambung jalan kaki, di jalanan terjumpa dengan Supupu, mereka terkejut tengok kami sekeluarga jalan kaki dari Astaka ke Kampung Cina, saya cakap ini adalah terapi untuk anak autism.
Dan ini dekat sahaja, sebab sebelum ni kami parking kereta kat Seberang Takir, dan jalan kaki naik jambatan drawbridge ke kampong cina, lepas tu balik naik bot.
Pun masih dekat lagi, biasa dengan anak syurga ni kami naik bukit laluan hutan mencecah 7km dan kami semua penat, tapi anak syurga tenaganya belum habis.
Tengok video ini, lepas berjalan dua tiga kilometer anak syurga ajak saya main pusing pusing yang mana saya dah penat tapi dia selamba..
Itulah kelebihan anak syurga saya, semoga Iman dapat bawa ayah jalan jalan ke syurga pula.
Woha!
https://youtu.be/M3jBx8DOZx0
#keranadiaanaksyurga
keranadiaanaksyurga 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳貼文
Tergamak kau tuduh anak syurga itu anak haram!?
Alkisahnya...
Sewaktu pergi terapi anak autism, waktu menunggu giliran, borak dengan seorang ayah muda, anaknya baru disahkan autism dan saya seperti biasa nasihat bersabar dan cerita pengalaman saya.
Tapi beliau mempunyai sudut pandang yang paling mengejutkan saya.
Katanya anaknya anak haram?!
(Ikuti kisah benar lakonan semula olen anak autsime saya yang berumur 6 tahun, yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan)
#keranadiaanaksyurga
keranadiaanaksyurga 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳解答
Anak lambat bercakap?
Kita tanya dia tak jawab? Dia tak bisu tapi sangat pendiam.
Itulah namanya “masalah pertuturan”, dan kita sebagai ibu bapa kena buat sesuatu agar anak dapat di ajar sebelum masuk tujuh tahun.
Jadi ini anak autsime saya berumur 6 tahun, baru boleh cakap dalam tiga patah perkataan. Saya pun sedang ajar dia supaya lebih banyak bercakap.
Jadi bagaimana kita nak ajar dia supaya banyak bercakap? Nak tak nak, kita kena jadi DJ radio atau pengulas sukan di rumah agar banyak perkataan baru masuk dalam kepalanya seiring dengan tidakn visualnya.
Masih tak faham?
Sila tonton video sampai habis, cara ini bukan hanya untuk anak autisme sahaja, tapi untuk semua kanak kanak yang ada masalah pertuturan.
Namun bukan semua kanak kanak sesuai cara ini sebab tahap OKU adalah berbeza beza, video ini contoh untuk mild Autisme sahaja.
Ps: lepas tonton video ini barulah kita faham kenapa orang tua zaman dulu suka membebel, rupanya itulah cara terapi kepada anak supaya cepat bercakap macam orang dewasa- Woha!
#keranadiaanaksyurga
keranadiaanaksyurga 在 Cara Terapi Pertuturan asas anak autisme - YouTube 的推薦與評價
... rupanya itulah cara terapi kepada anak supaya cepat bercakap macam orang dewasa- Woha! # keranadiaanaksyurga. Show less Show more ... ... <看更多>
keranadiaanaksyurga 在 #keranadiaanaksyurga - Explore | Facebook 的推薦與評價
Sempena kisah parent kena bayar RM 20k akibat anak pecahkan patung mainan, maka saya nak share kisah ayah saya dengan gantian kos yang mahal, bertabahlah ayah! ... <看更多>