TERBANG BERSAMA MDB (Siri 43)
Saya diminta kembali semula ke Cape Town sekitar tahun 2000 di musim sejuk. Ini lawatan kedua saya ke bumi Cape Town. Tahun 2000 cukup indah bagi saya. Kalau tahun 1998 menyaksikan saya dibuka lorong ke dunia kepenasihatan Syariah peringkat global, 2000 pula membuka minda saya berfikir cara baru.
Apa maksud saya?
Dalam lawatan kali ini, saya banyak turun ke padang bukan hanya di pejabat & mesyuarat. Pertamanya, saya banyak bersama Nazim Ebrahim dalam kereta, di pasar & di beberapa mesyuarat separuh resmi & sosial. Beliau adalah abang kepada pengasas Dana Oasis, Adam Ebrahim. Adam seorang pengurus dana & arif dalam bidang alokasi aset (asset allocation). Nazim adalah seorang peguam. Pernah menjadi pemimpin pelajar & aktif dalam perjuangan menentang aparthied.
Saya telah melihat bagaimana beliau memecat pegawainya yang tidak dapat dihubungi melalui mobile kerana lupa caj baterinya. Pegawai ini pegawai kanan. Disebabkan kecuaiannya, satu mesyuarat penting gagal diadakan.
Kemudian saya pergi ke pasar rakyat bersama beliau. Bila masuk saja di pasar, beliau ditegur hampir semua penjual di pasar rakyat. Mesra & mudah didekati sedangkan beliau seorang yang 'cenggie' (garang). Kenapa? Dana Oasis banyak membantu penjual2 ni secara CSR. Malah, segala cenderahati syarikat Oasis adalah barang2 dari penjual2 kampung & bukan dari syarikat2 besar. (Sekarang saya galakkan MAIWP gunakan barang2 asnaf sebagai cenderahati kepada tetamu).
Kemudian, kami lawat Pulau Robben di tempat Mandela dipenjarakan selama 18 tahun. Di sana Nazim & rakan2 beliau banyak menceritakan perjuangan Nelson. Saya terkedu. Melihat sel penjara Nelson & tempat tahanan politik berkerja mengetuk batu kapur, saya mengalamun jauh.
Buat pertama kali, hati saya terjentik. Saya mula tertarik dengan Nelson. Jauh sangat perbezaan antara beliau dengan kita.
Sebaik sahaja sampai di pelabuhan Cape Town dari Pulau Robben sebelum waktu senja, sambil menghirup Lattee membunuh kesejukan angin laut, saya terlihat sebuah buku 'Long Walk to Freedom' tentang Mandela. Saya terus membeli. Di hotel, saya mula membaca.
Buku inilah yang telah mengubah diri saya.
#terbangbersamamdb
MDB
同時也有5部Youtube影片,追蹤數超過38萬的網紅Bumi Ratu Channel,也在其Youtube影片中提到,Pengalaman yg terindah sebelum covid, bawa staf JRM ke Korea. Lihat full video di youtube Bumi Ratu Channel. . Odah sempat menyakat orang2 Korea, dia...
「kesejukan」的推薦目錄:
- 關於kesejukan 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
- 關於kesejukan 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
- 關於kesejukan 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
- 關於kesejukan 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最讚貼文
- 關於kesejukan 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的精選貼文
- 關於kesejukan 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳解答
kesejukan 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 24)
Tarikh 5 Januari 1994 sudah ditetapkan bagi viva kepada tesis PhD saya. Jam 5 petang. Musim sejuk. Jam 4 petang, hari sudah gelap. Hati berdebar2. Ini hari penentu. Adakah tesis saya berkualiti atau tidak?
Alhamdulillah, viva berjalan dengan baik. Saya lulus dengan pembetulan satu perkataan dalam abstrak. (Cerita detail telah dinukilkan dalam buku saya Kembara Ilmu).
Jam 6 petang saya pulang ke rumah. Perjalanan 5 minit daripada jabatan saya ke rumah dalam kegelapan & kesejukan malam adalah detik terindah. Teringat susah jerik emak & abah di kampung. Susah payah seorang isteri. Susah payah diri sendiri menjejak kaki ke bumi United Kingdom untuk belajar membuat kajian sendiri dalam bahasa asing yang belum ditekuni sebelum ini. PhD bukanlah tanda kemuncak keilmuan. Ia hanyalah latihan perwatakan seorang penyelidik.
Isteri & anak2 happy. Sedih juga sebab nak tinggalkan UK khususnya St. Andrews yang memang sweet.
Pada 19 Januari, ada majlis makan2 di kalangan komuniti masyarakat pelajar Malaysia. Ini memang tradisi di sini. Beberapa hari selepas itu, majlis makan2 bersama komuniti masyarakat Islam di St Andrews. Saya pernah menjadi Presiden komuniti (1992-1993). Kami berjaya mendapat sebuah surau pada penggal tersebut.
Pada 29 Januari saya & keluarga dah bersiap ke l/terbang Edinburgh untuk penerbangan ke London sebelum ke KL. Saya berumur 29 tahun 11 bulan ketika itu.
Di l/terbang Edinburgh, ramai rakan2 & keluarga mereka datang dari Dundee, St Andrews & juga Edinburgh. Rasa baru semalam sahaja sampai di sini. Masa berlalu dengan cepat seperti angin yang meniup wajah dengan lembut.
Sewaktu masuk dewan berlepas, tiba2 minda jadi kosong. Kosong dari tesis, St Andrews & UK. Ada gelombang pemikiran baru yang mula bertapak dalam seluruh sel2 lembut otak. Kaki berjalan tapi minda juga bergerak cerdas. Minda ini agak asing. Tidak pernah datang sebelum ini.
Pada 26 Disember 1990, kami sampai di UK empat beranak. Izzatie baru berumur 45 hari. Pada 29 Januari 1994, kami pulang berlima. Atiqie baru berumur 73 hari. Inilah putaran hidup manusia. Semuanya dalam surat ikatan takdir.
Apakah yang tersedia untuk saya besok?
MDB
kesejukan 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 4)
Hati berdebar2 beberapa hari sebelum sampai masa terbang pulang ke Malaysia. Memang hati berdebar2 menduduki peperiksaan akhir Semester II dalam cuaca panas. Berapa darjah kepanasan? Betul ke kau orang nak tahu? Ini Kuwait bukan Saudi atau Mesir. Paling kurang 43-45 C.
Keseronokan nak pulang ke kampung halaman memberikan kesejukan. Hebat betul cinta keluarga & negara. Di tahun pertama, hati saya masih ringan. Hati belum terpaut dengan mana2 bunga. Nanti saya cerita terbang di udara tinggi bila hati sudah terjahit dengan sekuntum bunga. Lagi tambah keseronokan terbang jauh untuk satu tujuan yang kita amat suka. Molek kalau ni juga ada dalam perasaan perjalanan kita menuju akhirat.
Ada sahaja masa lapang - tentunya di waktu malam kerana cuacanya lebih sejuk sekitar 40 C - saya akan ke pasar di Kuwait City membeli hadiah2 buat emak, abah & adik2 tersayang. Semua mereka dapat hadiah istimewa. Ini jarang berlaku dalam keluarga kami sebab kami miskin. Tapi di Kuwait, biasiswa saya lumayan kerana semua ditanggung percuma. Duit poket memang tak sentuh.
Setibanya saya di lapangan terbang al-Sabah, saya terasa macam pahlawan yang sudah berjaya di medan pertempuran. Setahun belajar di Kuwait jauh dari keluarga & dalam suasana padang pasir yang kering & keras, menjadikan saya sayu untuk pulang ke rumah saya di Sg Korok, Alor Star.
Atas kapal terbang, ramai2 kawan yang menaiki pesawat yang sama. Macam jadi club kami pula. Suka sangat. Tahu nak guna tali pinggang keselamatan? Kacang. Rasa ego & sedikit kesombongan mula menjalar. Ini sifat manusia. Bila dah pandai & kaya sikit, mula meninggi diri. Macam Iblis.
Sewaktu nak mendarat di Bangkok, ternampak pemandangan sawah yang menghijau dari tingkap pesawat. Tanpa disedari, air mata jernih merembes di pipi. Rindu sangat kepada kehijauan. Dah lama mata & minda berwarna padang pasir. Warna hijau amat menghiburkan. Rakan2 dari Thailand disembark kat sini. Sehingga berjumpa lagi di bulan September di Kuwait.
Dari Bangkok ke KL, dapat merasa kapal terbang MAS. Ya Allah..tak tahu nak gambar perasaan. Rasa bangga gila dengan negara & pesawat sendiri. Jati diri tiba2 meningkat secara mendadak.
MDB
kesejukan 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最讚貼文
Pengalaman yg terindah sebelum covid, bawa staf JRM ke Korea. Lihat full video di youtube Bumi Ratu Channel.
.
Odah sempat menyakat orang2 Korea, diajaknya menyanyi lagu Korea (Gangnam Style).
.
Yang supporting nya masyarakat di situ ikut meraikan permintaan si odah. Video ini sungguh menyeronokkan, terbayang wajah2 ceria staf kami bangun pd waktu pagi menggigil kesejukan, shopping duit dah tak cukup.
.
Mungkin itu rezeki yg terakhir pada 10 tahun yg akan datang, Tak tahu lagi macam mana rezeki sy dalam perniagaan kerana ekonomi sekarang sangat membimbangkan kepada semua usahawan dan semua rakyat Malaysia.
kesejukan 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的精選貼文
Lawatan pertama kami bila sampai ialah pergi kedai makan dgn x mandinya sungguh mengigil kesejukan , Sy dn suami mmg cuak first time nak makan sbb di ajak makan makanan tradisional org korea..( xnak kondem tak baik kan rezeki Allah)
.
Tapi disebabkan lapar kami cuba juga menelannya sbb rezeki depan mata..
kesejukan 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳解答
Setibanya kami di London utk 1st day terus ke Bicester Village center untuk shopping barang stokis dan staf.. tak tidur, tak mandi terus shopping.. nasib baik sejuk, tak mandi pun takpe sbb xberpeluh..
.
Adik dngn watak nya yg serba boleh seharian dia tolong pgg go pro.. suhu disana mencecah 4c paling tinggi.. kesejukan menggigil.. Dalam kedai2 tu tak boleh ambik video..!!
.
.
Sampai je dekat apartment aduhai nangis agen kasi rumah tingkat 4 yg tangganya kecik xda lift bayangkan lah kami bawa lugage beratnya 20 ke 30kg..!! Dgn stok makanan bermasak utk preheat di london paris..!!
.
Sy terlalu Penat,, malam nak mandi dan solat tapi air panas takde..!! Hadoi sejuk ais disiram ke badan..!! Kencing berak pun takut..!!
.
.
Bayangkan hazabnya mcm mana.. kisah hari pertama kami bermalam di london.. nantikan episod seterusnya sy akan upload pd hari esok.. haaa jangan lup turn on notification kalau nak tgok video yg kami bru upload..