"Kisah Yang Menghidupkan"
Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan lagi untuk join Program MDB With Youths "Heal & Grow" anjuran 5pages1day. Dan seperti biasa Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB) akan membuat lontaran minda kepada peserta dalam lebih kurang 15 minit. Penulisan pada minggu ini agak panjang sikit kerana saya hanya memindahkan apa yang telah dikongsikan oleh MDB. Mudah-mudahan semua dapat melihat bahawa tugas MENULIS ini bukan tugas biasa-biasa, tugas orang yang luar biasa. Kerana ramai orang suka membaca mungkin, tetapi kalau tidak ada bahan bacaan, bagaimana manusia boleh membaca? Kata orang-orang motivasi, "tanpa buku ditulis, dunia akan sepi."
Dalam konteks kita kalau tidak ada ilmu dan buku yang ditulis, ilmu juga akan beku. Kita akan melihat suatu kejumudan, suatu kelesuan pemikiran sebab buku itu melambangkan pemikiran, melambangkan suatu gelombang pemikiran yang tinggi di kalangan penulis dan pembaca. Malah kadang-kadang pembaca lebih banyak berfikir daripada penulis dengan lontaran yang kita lontarkan.
Apatah lagi kalau buku itu adalah sebuah kitab yang suci seperti al-Quran yang pastinya sarat dan padat dengan mesej yang boleh ditafsirkan, yang boleh dikembang-kembangkan, boleh dianjal-anjalkan supaya menjadi makna dan gelombang yang sentiasa hidup dalam pelbagai lapisan dan dimensi kehidupan. Pada hari ini, MDB berkongsi berkenaan Surah Yusuf ayat 3:
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ اَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَآ اَوْحَيْنَآ اِلَيْكَ هٰذَا الْقُرْاٰنَۖ وَاِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهٖ لَمِنَ الْغٰفِلِيْنَ
Terjemahan: Kami menceritakan kepadamu (Muhammad) kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al-Qur'an ini kepadamu, dan sesungguhnya engkau sebelum itu termasuk orang yang tidak mengetahui.
Apa yang menarik perhatian MDB, bagaimana Allah S.W.T. mengibaratkan atau memberi suatu kualiti deskripsi yang menarik iaitu "Kami akan menceritakan ke atas kamu sebaik-baik Kisah." Maknanya dalam al-Quran ini, cerita ini suatu benda yang penting. Malah tidak keterlaluan jika disebut secara rambangnya 1/3 daripada al-Quran adalah cerita. Cerita itu merupakan satu keperluan kemanusian dan tidak ada manusia yang boleh menafikan bahawa cerita itu hanya relevan pada zaman dahulu. Cerita bukanlah bermaksud konten itu, tetapi cara pengceritaan itu. Manusia sentiasa suka untuk mendengar cerita, membaca cerita, malah difilemkan cerita kerana itu sifat manusia. Dan Allah S.W.T. menjadikan manusia ini pada pandangan MDB suka kepada pengceritaan.
Manusia ini adalah "the best story telling creatures". Manusia ini adalah sebaik-baik pengciptaan Allah untuk menceritakan dan mendengar cerita. Anak-anak kita kalau diceritakan, mereka suka mendengar cerita. Sebab itu di budaya Barat, mereka banyak melakukan cara Pendidikan melalui pengceritaan. Daripada kecil lagi cerita mimpi, cerita perjuangan, cerita visi, cerita masyarakat, cerita binatang telah diajarkan. Sebab itulah motivasi manusia untuk berfikir.
Dalam masyarakat kita di Malaysia, MDB bercerita tentang zamannya dahulu yang mana kita dilarang atau jangan bermimpi. Kita tidak digalakkan untuk melakukan satu imaginasi yang tinggi malah dijadikan dalam silibus Pendidikan, kisah angan-angan Mat Jenin. Tidak boleh angan-angan. Dianggap satu benda yang buruk dan negatif. Kalau kita angan-angan, kita ditegur oleh ibu bapa kita. "Hang ni kenapa duk berangan sangat, kenapa duk berkhayal sangat." Sedangkan angan-angan itu, khayalan itu adalah sifat manusia yang ada gelombang positifnya dalam masyarakat. Jadi, dalam konteks ini kita melihat bahawa cerita itu boleh disalurkan kepada membina mimpi dan impian. Kerana kalau nak bagi rasa semangat dengan fakta dan cerita biasa tidak boleh.
Jika kita nak buat buku motivasi, sekadar buku motivasi, tidak ada pengceritaan, ia tidak menarik. Malah dalam buku motivasi kesemuanya mesti ada case study, mesti ada clinical report, mesti ada pengalaman-pengalaman orang psikiatrik, orang psikologi, orang NGO, orang-orang Korporat yang membuat benda-benda yang luar biasa untuk memberikan motivasi kepada pembaca. Jadi dia punya "core focus" adalah sebuah cerita yang ingin dikongsikan bersama oleh Penulis kepada Pembaca.
Berbalik kepada Surah Yusuf, kenapa al-Quran ini cerita? Dan kadang-kadang kita rasa cerita dalam cerita, dalam bicara hukum-hakam yang serius dimasukkan cerita sekejap, kemudian keluar balik, kemudian masuk balik, mesti ada suatu mesej yang terlalu Agung, yang terlalu mulia yang mungkin frekuensi minda kita tidak boleh mendapat jawapan tersebut. "It's not the fault of the Quran, it's the fault of the Heaven, is the fault of ourself yang kita menggunakan frekuensi yang rendah untuk memahami suatu yang tinggi." Cerita Nabi Yusuf bukan biasa-biasa, sedangkan cerita ini "is the best story ever told in the Quran." Dari segi bahasanya, cara pengceritaannya, cara metaforanya, cara pemikiran futurisnya, cara pemikiran throwback/flashback, cara mesej dalam cerita, cara ketukan-ketukan hati dan minda semua ada dalam Surah ini.
Sebagai mengambil semangat ini, sudah tiba masanya kita "upgrade" ilmu al-Quran kita. Ada orang dia baru atau sedang belajar untuk membacanya. Baik dan teruskan. Ada orang pula dia sedang talaqqi dengan guru untuk memperelokkan bacaan. Bagus juga dan teruskan. Cuma saya nak mengajak diri saya dan pembaca sekalian untuk belajar ilmu Tadabbur al-Quran juga, mudah-mudahan kita bukan sekadar boleh baca tetapi memahami dan mengamalkannya. Tambahan lagi di Televisyen dan Media Sosial dah macam-macam Slot al-Quran ini. Sebagai contoh My Qurantime di TV Al-Hijrah, Pages Facebook Tadabbur Centre dan MDB sendiri ada Slot Tadabbur Al-Quran Secara Kognitif bersama Ustaz KAB setiap Sabtu jam 3 petang (hari ini). Tinggal mahu atau tidak sahaja. "Better late than never." 😃
Berbalik kepada Penulis Muda atau baru belajar menulis, jadi MDB melihat bahawa "Kisah" ini banyak faedah dan manfaatnya. Kalau nak menulis, jangan abaikan aspek ini walaupun kita mula dengan apa yang kita suka dahulu, bidang kita sama ada penulisan sastera, penulisan akademik, penulisan agama, penulisan saintifik, penulisan politik, kritikan dan sebagainya. Jangan lupakan aspek cerita-cerita dalam penulisan kita. Kerana al-Quran pun sarat dan padat dengan "Cerita". Jadi atas dasar itu, kita kena banyak baca buku-buku cerita dan novel. Ceritalah yang dapat merungkaikan segala-galanya.
Untuk menjadi penulis masa hadapan, kita mengambillah inspirasi daripada al-Quran, yang penuh dengan cerita dan kalau kita baca cerita al-Quran, buka minda kita. Kadang-kadang MDB rasa bahawa, (mungkin tidak betul), mesej yang tersirat di sebalik cerita itu, lebih hebat dan lebih berat daripada mesej yang disampaikan secara ayat yang berskala rendah, berfrekuensi rendah. Saya tidak katakan ada perbezaan antara ayat dengan ayat, tetapi dari segi cerita itu kita kena fikir dalam sikit. Contoh ayat berkenaan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. "Straight forward" dari segi pemahaman. Tetapi bila Allah bercerita mengenai Dzulkarnain, Teknologi Dzulkarnain, tentang tawaran kaum Dzulkarnain, jadi kita baca cerita ini, kita kena lebih fikir dalam sikit supaya dapat mesej daripada cerita.
Jadi "Cerita" ini bukan mudah. Nak tulis pun payah, nak faham pun payah. Itulah satu aspek penulisan yang kita rasa kita kena kembali semula membuat suatu penulisan untuk anak-anak kita yang kecil lagi, 3 tahun, 4 tahun sampailah mereka jadi dewasa dan peringkat zaman sekarang dengan kegawatan ekonomi, politik, sosial, kita kena banyakkan pengceritaan kepada masyarakat. Mereka ini tidak suka baca buku yang berat, buku-buku yang akademik, tetapi untuk masyarakat biasa, orang biasa tidak kira umur, pangkat dan kedudukan, mereka lebih suka membaca buku bertema tinggi tetapi dibuat dalam bentuk novel, buku-buku cerita yang pelbagai bentuk.
Sebagai akhirnya, mudah-mudahan dengan pengisian ini, kita jadilah skill untuk menulis sebuah cerita itu, suatu skill yang ada dalam semua penulisan kita. Dalam cerita itu ada pengajaran. Dalam semua buku motivasi yang kita baca mesti ada cerita tentang pengalaman, cerita pengkajian makmal, cerita pengkajian medan, pengkajian lapangan untuk menjadikan sebuah buku itu lebih lunak dibaca, lebih mencabar minda, dan boleh menjentik perasaan kita. Apa guna tulis buku kalau tidak dapat menjentik minda, perasaan, jiwa dan ruh pembaca kita. Jadi kita kena berusaha lebih kuat lagi, jangan give up, long way to go, banyakkan pembacaan buku-buku yang lebih berjaya daripada kita dan minta Allah S.W.T. ilhamkan kita dan berikan kita keseronokan membaca pagi, petang dan malam untuk kita menulis. Bukan untuk menjadi orang hebat, orang masyhur, tetapi menjadi seorang penulis yang memberikan impak kepada minda, ruh dan jiwa pembaca kita.
Itulah yang kita harapkan supaya setiap perkataan yang kita tulis itu menjadi wakaf untuk kita, sedekah jariah yang akan berterusan sampai bila-bila, sampai kita dibangunkan di Padang Mahsyar. Dengan syarat kita ikhlas menulis. Kita menulis kerana Allah S.W.T. Kita menulis kerana nak mengubah masyarakat. Penulis adalah Perubah Masyarakat. Saya kongsikan gambar Novel "Diari Seorang Amil" karya Ustaz Hamizul Abdul Hamid dalam penulisan ini kerana buku ini antara yang terawal saya baca semasa saya mula bekerja di PPZ-MAIWP. Bagi saya kisah pengalaman Ustaz Hamizul sebagai sebagai seorang "Amil Zakat" telah banyak menginspirasikan saya untuk terus berada dalam bidang ini dan mudah-mudahan sehingga hujung nyawa. Mungkin selepas ini akan diceritakan kisah-kisah Pembayar Zakat untuk inspirasi bersama. Nak rasa nikmatnya BERZAKAT? Bayarlah dahulu, KITA akan rasa sendiri. Sekian....
#5pages1day
#mdbwithyouths
-
Ditulis oleh Ahmad Zulfadzli
同時也有31部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,PENYANYI Wany Hasrita mengakui pengalaman membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu yang ke-32 pada 2018 menerusi lagu Menahan Rindu bukan sat...
「khayalan」的推薦目錄:
- 關於khayalan 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
- 關於khayalan 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
- 關於khayalan 在 Aqeef Anaqi Amyramarjr Facebook 的最讚貼文
- 關於khayalan 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
- 關於khayalan 在 Warner Music Malaysia Youtube 的最佳解答
- 關於khayalan 在 Apak channel Youtube 的最讚貼文
khayalan 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 1)
Sekitar Jun 1983, saya mendapat berita saya antara 3 orang pelajar Kolej Islam Klang mendapat tawaran belajar di Universiti Kuwait. Miinda jadi macam sewel sikit. Terlalu teruja. Terus datang angin & aura personaliti baru. Bila masuk sahaja dalam pejabat imigresyen untuk buat pasport antarabangsa, dah rasa macam sampai ke bulan.
Masa dah sampai untuk terbang. Penerbangan kali pertama dalam hidup. Kuala Lumpur-Bangkok-Kuwait. Akan berlepas dari Lapangan Terbang Subang. Rakan2 kami datang satu bas dari KIK. Mereka datang ramai2 mendoakan kami.
Bila naik kapal terbang, rasa jakun. Kena dibantu paramugari. Nak pakai tali pinggang keselamatan pun tak tahu. Saya dan Jamilah Saleh sampai awal. Kami dibantu guru2 kami untuk check in barang terus ke Kuwait. Mat Taib Pa datang lewat & terus check in barang sendiri.
Atas kapal terbang, saya teringat emak, abah dan adik2 saya. Tapi minda saya lebih cepat membuat khayalan di bumi Kuwait. Walaupun kaki belum menjejak sampai, minda dah sampai dahulu. Ini mungkin tanda minda kejayaan.
Bila sampai di Bangkok, baru perasaan luggage rakan saya Mat Taib hanya dicheck in sampai Bangkok sahaja. Boarding pass pun sama juga. Saya tidak tahu apa tu check in & boarding pass. Saya kena tolong Mat Taib keluar mendapat barang & masuk semula. Pengalaman di sini amat menakutkan. Kena marah oleh setiap pegawai. Kami tidak tahu SOP & hala tuju. Hati dah menangis. Susah hidup tanpa ilmu.Nasib baik ada seorang pegawai imigresyen menolong kami selepas marah2. Beliau juga terpaksa break the law untuk tolong kami.
Saya sambung penerbangan. Kapal terbang berhenti. Saya terus bangun nak keluar. Paramugari minta saya duduk. Dia kata, "Ini transit atas kapal terbang. Tak boleh turun. Ini Lapangan Terbang Saddam di Baghdad."
Saya tidak faham apa tu transit. Nasib baik saya tahu di mana Baghdad.
Hidup tidak bermula dengan kesempurnaan. Semuanya bermula dengan kekurangan. Marilah kita merayakan kekurangan kita untuk menapaki kejayaan.
Seronok naik kapal terbang tapi keterujaan pertama dah pun bermula di pejabat imigrsyen. Kejayaan ada eko-sistemnya. Pasport sebelum tiket.
(Foto hiasan sekitar tahun 1984/85)
MDB
khayalan 在 Aqeef Anaqi Amyramarjr Facebook 的最讚貼文
"Kau Jangan Kahwin Dengan Perempuan N9, Diorang Ni Susah Nanti Habis Hilang Semua"
khayalan 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
PENYANYI Wany Hasrita mengakui pengalaman membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu yang ke-32 pada 2018 menerusi lagu Menahan Rindu bukan satu kenangan yang indah buat dirinya. Selepas dua tahun belajar memperbaiki kelemahannya, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah akhirnya berjaya membuktikan kemampuan apabila berjaya melakukan persembahan terbaik di pentas AJL35. #AJL35 #WANYHASRITA
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
khayalan 在 Warner Music Malaysia Youtube 的最佳解答
#Kucaimars #MudahBagimu #Khayalan
Jom layan lagu Medley Khayalan & Mudah Bagimu dari Kucaimars!
Dengarkan Mudah Bagimu di: https://wmm.lnk.to/KMmudahbagimu
Dengarkan Khayalan di sini: http://wmm.lnk.to/Khayalan
Follow Kucaimars:
Instagram: https://www.instagram.com/kucaimars/
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCj9vr9PYo75caM0VHgFYtcQ
Twitter: https://twitter.com/kucaimarss
Facebook: https://www.facebook.com/kucaimarss/
SUBSCRIBE KE WARNER MUSIC MALAYSIA:
https://www.youtube.com/WarnerMusicMalaysia
Band: TNT Project
Music Director/Bassist: Suffren Gaffar
Drums: Abbas Munawwar
Guitar: Deo Karmawan
Keys: Jason Lim
Studio: Melodiya Recordings
khayalan 在 Apak channel Youtube 的最讚貼文
Terlena aku dalam khayalan
Sejarah silam dan pengorbanan
Kisah antara kasih yang hilang
Tak bisa ku melupakan nya...
Ingin ku sentuh bayangmu sayang
Di kala aku keseorangan
Jelmaan rindu kian melambai
Kasih sayangku tak pudar
Dalam ku meniti pencarian
Mencari kasihmu menghilang
Hatiku rasa hiba dan kata kata
Ku pohon dan terus berdoa...Ooo....Ooo...
Bisikan asmara di jiwa
Hingga ke hujung dunia
Seandai hatimu hatiku bersatu indahnya
Oh bahagia nya yang ku rasa
Mungkinkah tiada nokhtah nya
Mencari nilai setia
Di sini ku setia menunggu...
Lagu : Apak
Lirik : Shahrin Syarif