Pernah dengar tentang Alternate Ending di akhirat?
Alkisahnya, Hidup buat dosa, mati masuk neraka.
Lepas tu?
Kekal dalam neraka selamanya? Atau ada Alternate ending?
Tahukah korang? dalam dunia perfileman, lepas kita tengok satu filem, dan bila filem tamat, maka ada penonton yang suka dan ada yang tak suka, maka untuk hiburkan gembirakan semua penonton, rupa-rupanyanya, ada filem,yang dah buat alternate ending.
Korang boleh pilih nak berdamai dengan ending yang mana satu.
Zaman saya muda dulu, tengok filem 28 Days Later: Cerita Zombie yang boleh lari laju, dan lepas kena gigit, 20 saat dah ubah orang jadi Zombie, dalam wayang, kisahnya berakhir dengan hero selamat. Tapi dalam alternative endings, hero mati kat hospital selepas cedera selamatkan budak perempuan.
Satu lagi filem polular zaman saya, Army of Darkness: Kisah hantu paling Rare di tahun 80-an, dalam wayang, lepas hero kembali dari zaman dulu lawan hantu, tiba-tiba ada hantu serang pasaraya dan hero kalahkannya dengan penuh bergaya, tapi dalam alternative ending, selepas hero minum ubat tidur di zaman dahulu untuk terjaga di zaman sekarang, (ala-ala kisah pemuda kahfi) sekali hero terlebih minum dan terjaga di hari kiamat. Lalu menjerit: "I slept too long!"-Woha!
Satu lagi kejutan, Filem Rambo pertama, ada alternative ending jugak, Rambo tak nak menyerah, dan akhirnya bunuh diri.
Filem Puntainak, I Am Legend lakonan will Smith: dalam wayang, hero mati letupkan diri bila dikepung oleh Zombie, dalam Alternate ending, hero berjaya berdamai dengan puntianak, dan selamat pulang ke Kem tentera.
Filem aksi terbaik zaman saya budak budak, Terminator 2: Judgment Day: alternative ending menunjukkan Sarah Connor masih hidup walaupun sudah tua pada umur 2029. Skynet tidak pernah wujud, dan Anaknya John Connor pula menjadi Senator yang senjatanya adalah “common sense” dan “hope”.
Filem cinta polular zaman saya Titanic: orang lelaki tengok wayang sebab nak tengok kapal berlanggar dengan ais, orang perempuan tengok wayang sebab nak tengok orang bercinta, Alternate ending, rantai yang di cari cari, itu rupanya ada pada Rose yang sudah tua dan selamba buang rantai leher ke dalam lautan.
Filem Die Hard lakonan Bruce Wills pun ada Alternate Ending sebab orang jahat berjaya larikan diri, llau hero pergi letupkan orang jahat dirumahnya...
Okey, dah banyak sangat saya bagi contoh alternate ending dalam filem, Balik kepada kisah alternate ending di akhirat, orang masuk neraka selamanya kah?
Rasulullah s.a.w bersabda, "Akan keluar dari Neraka sesiapa yang berkata La Ilaha illallah sedangkan dalam hatinya ada kebaikan sebesar biji kacang." (HR Bukhari)
Tengok! Awal awal Allah dah nak bagi happy ending walapun untuk mereka yang masuk Nereka.
Hadis lain, Dari Abu Said Al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Setelah penduduk syurga masuk ke syurga dan penduduk neraka masuk ke neraka, maka Allah Ta'ala pun berfirman, 'Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi.' Mereka pun dikeluarkan dari neraka. Hanya saja tubuh mereka telah hitam legam bagaikan arang. Oleh kerana itu, mereka dilemparkan ke sungai hayat. Kemudian tubuh mereka tumbuh bagaikan benih yang tumbuh setelah banjir. (Sahih Bukhari)
Wow, hanya kerana dalam dada iman sebesar bijik sawi, walau sudah masuk neraka, akhirnya, ada alternate ending, masuk syurga jua, subhanAllah.
Ehem-ehem! tapi janganlah pulak korang fikir kalau camtu, takpelah, aku buat dosa banyak-banyak, bila aku masuk neraka, sebab aku ada iman sebesar biji sawi, nanti keluar balik masuk syurga!, apa? Korang ingat iman dalam dada tu betul ke sebesar biji sawi? Takut besar habuk pun tadak! Adohai…
Okey jom dengar hadis ini pulak, sabda Nabi:
“Ketika orang-orang mukmin selamat dari neraka, Demi jiwaku yang ada di Tangan-Nya, ada seorang di antara kalian yang paling semangat menuntut kepada Allah mendatangkan kebenaran dari kalangan orang mukmin yang masih di neraka.
Mereka mengatakan, ‘Wahai Tuhan kami, mereka dahulu berpuasa, solat dan haji bersama kami. Dikatakan kepada mereka, ‘Keluarkan orang yang anda kenal. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan dari neraka.
Kemudian mereka mengatakan: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang telah Anda perintahkan kepada kami. Lalu Allah berfirman: “Siapa saja yang kamu dapatkan di hatinya seberat dinar dari kebaikan, maka keluarkan dia. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.
Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang telah Anda perintahkan. Allah berfirman: “Siapa saja yang kamu dapatkan di hatinya seberat setengah dinar dari kebaikan, maka keluarkan dia. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.
Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang telah Anda perintahkan. Allah berfirman: “Siapa saja yang kamu dapatkan di hatinya seberat zarah dari kebaikan, maka keluarkan dia. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.
Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang berbuat kebaikan.”
Dan Abu Said Al-Khudri mengatakan, ‘Kalau sekiranya kamu semua tidak mempercayaiku dengan hadis ini, maka kalau mau bacalah ayat ‘Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar. (QS. An-Nisaa: 40)
Maka Allah Azza Wajallah berfirman, ‘Para malaikat telah memberikan syafaat, para Nabi telah memberikan syafaat, orang-orang mukmin telah memberikan syafaat. Tidak tersisa kecuali Yang Maha memberikan kasih sayang kepada orang-orang yang dikasihani. Maka Allah ‘menggenggam’ satu genggaman dari neraka dan mengeluarkan suatu kaum yang belum pernah sama sekali melakukan kebaikan.
Maka dilemparkan ke sungai syurga yang disebut ‘Sungai kehidupan (Nahrul Hayah). Maka mereka keluar bagaikan biji-bijian yang cepat tumbuh di tanah. Mereka keluar bagaikan mutiara di leher mereka dan tanda yang penduduk ahli syurga mengetahuinya. Mereka adalah yang dimerdekakan oleh Allah.
Lalu Allah masukkan mereka ke dalam syurga tanpa amalan yang mereka lakukan dan kebaikan yang mereka persembahkan.”
Wow, baik punya alternative ending dari Allah yang MAha Pengampun., hadis lain pulak:
Dalam kitab Mutakhab Hadis karangan Maulana Yusof, saya pernah jumpa hadis yang mana Allah akan keluarkan dari Neraka walaupun seorang yang tak ada pahalapun, yang ada hanya dosa dengan hujah: cukuplah sekali di dunia ia berkata: Tiada Tuhan melainkan Allah.
SubhanAllah…
Alternate ending yang manakah lagi kamu dustakan?
So MORAL of the STORY: Walau masuk Neraka tetap ada peluang untuk masuk Syurga, tapi janganlah anggap siksa neraka ini ringan, Tak masuk Neraka itu jauh lebih untung, Tapi jika dan masuk neraka, tetap BerSangka baiklah pada Allah, dan jangan putus asa dengan Rahmatnya!
Senang, waktu baca artikel ini, baik bertaubat terus! Tak payah nak masuk neraka sebab Pintu Taubat masih terbuka.
Sesungguhnya, Pintu Taubat kita, tak ada siapa siapapun di dunia ini yang boleh tutup, gunakan HAK pintu itu sepenuhnya sebelum saya tutup pintu kereta mayat!
Woha!
Ps: Tahukah korang, Buku saya NGETEH DI KUBUR AYAH, ada Alternate Ending, lepas tamat buku itu, cuba selak muka surat akhir, ada POST KREDIT tau!, apa? Korang ingat Marvel jer ada Post Credit, jeritan wilhelm scream, dan “Chekhov's gun” pun ada tau, Woha!
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過175萬的網紅MeleTOP,也在其Youtube影片中提到,Rasa tenang sangat bila Hafiz Hamidun menyanyi secara LIVE di MeleTOP dengan lagu 'Karimu Antallah' Saksikan MeleTOP, setiap Selasa, 10 malam di Astr...
la ilaha illallah 在 Facebook 的精選貼文
Sempena kempen kibarkan bendera warna putih jika perlukan bantuan kecemasan. Jom kita belajar tentang Fakta disebalik Warna Putih, sebab ada kata putih tanda kalah.. islam tak ajar kalah?
Baik.. Tahukah anda?
Bendera Islam bewarna putih dan tertulis kalimah LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH (HR Ibnu Majah)
Lagi fakta warna putih..
• Warna putih adalah warna yang digemari Nabi. Petikan Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin
• Pakaian ehram untuk mereka yang pergi haji, adalah bewarna putih dan ini adalah sunnah Nabi.
• Daripada Samurah r.a ,Rasulullah S.A.W bersabda ,: " Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci (bersih) dan baik.." (Hadis riwayat Nasa'i)
• Dari Ibnu Majah, Nabi S.A.W bersabda,: " Sebaik-baik pakaian untuk mengunjungi masjid atau menziarahi kubur ialah berwarna putih.
• Kain kafan yang di gunakan untuk membungkus mayat orang islam adalah bewarna putih, tidak kira korang dari parti warna apa apapun.
• Orang bukan islam, kereta mayat mereka bewarna hitam, tapi di Malaysia, keratamayat warna putih.
• Nama sebenar P Ramlee adalah Zakaria Puteh.
• Pasir Putih ada Di Kelantan.
• Dalam sukan UFC, apabila jurulatih membaling kain putih ke tengah gelanggang, pengadil haruslah memberhentikan perlawanan.
• Mambang Putih merujuk kepada sejenis makhluk halus yang mewakili semangat putih matahari dan langsung tak boleh bagi manfaat atau mudarat.
• Jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Ada pepatah mengatakan, penjenayah miskin tempatnya dalam penjara, penjenayah kaya tempatnya dalam politik.Woha!
• Krim yang sedap korang makan pada kueh kek, adalah Putih telur campur air gula-Now you know
• Jika bermain catur, buah putih jalan dulu.
• Orang yang malu nak mengorat tiba tiba aweknya kahwin dengan orang lain di kenali sebagai “berputih mata”.
• Bawang putih baik, bawang merah jahat, tapi saya pernah minat Nia Ramadhani.
• Sel darah putih berfungsi untuk membantu tubuh melawan berbagai penyakit berjangkit dan bendasing, kekurangan sel darah putih akan – jangan ponteng kelas sains.
• Biar Putih Tulang bermaksud bermaksud berusaha habis habisan.
• Rumah Putih ialah rumah untuk Presiden Amerika Syarikat. Sudah beberapa kali rumah ini dimusnahkan dalam filem seperti 'die hard 4.0', 'independence days' dan lain lain.
• Tahukah kamu kenapa warna tahi cicak putih dan hitam? Menurut kajian sains, ianya adalah atas dasar safety, yang mana jika tahi cicak jatuh dalam susu, orang nampak, jatuh dalam kopi pun orang Nampak.
• Bawah putih adalah kelemahan puntianak barat.
• Darah Mahsuri bewarna putih. Mungkin ada penyakit varian dalam darah.
• Rumah yang ada masalah stress. Kelaparan di waktu PKP di Malaysia akan dikibarkan bendera putih. Usaha dan doa semuanya perintah Allah. Kibar bila perlu. Bantu jika mampu.
• Okey. Ada lagi tak fakta yang baik baik tentang warna putih? Sila share di ruamg komen.
Ps: Di tulis oleh keretamayat warna putih- Woha!
la ilaha illallah 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
5 ZIKIR HARIAN YANG PALING DICINTAI ALLAH
● Pertama, berzikir dengan kalimah “Laa Ilaaha Illallahu Wahdahu La Syarikalah Lahul Mulku Walahul Hamdu Wa Huwa Alaa Kulli Syaiin Qadir,” sebanyak seratus kali dalam sehari.
“Sesiapa mengucapkan LAA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYARIKA LAH LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIR (tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dialah Yang Mahakuasa atas segala sesuatunya) sebanyak sepuluh kali, maka ia seperti orang yang telah memerdekakan empat jiwa dari anak keturunan Isma’il.” (Hadis Bukhari, no. 6404 dan Muslim, no. 2693)
● Kedua, membaca subhanallah wa bihamdihi setiap hari sebanyak 100 kali.
“Dan, sesiapa yang membaca subhanallah wabihamdihi setiap hari sebanyak 100 kali, maka baginya akan dihapuskan segala dosa walaupun dosanya bagaikan buih di lautan.'' (Muttafaq alaih).
● Ketiga, ucapkan laa haula wa laa quwwata illaa billaah.
"Tidakkah kamu mahu aku tunjuki salah satu harta simpanan di syurga? Laa haula wa laa quwwata illaa billaah.” (Hadis Al-Bukhari dan Muslim).
● Keempat, beristighfar.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya benar-benar terhalang atas hatiku dan sungguh aku benar-benar beristighfar kepada Allah di dalam sehari sebanyak 100 kali.” (Hadis Muslim).
● Kelima, berdzikir dengan Kalimah, subhanallah walhamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar.
Dari Abu Hurairah, dia berkata, “Rasulullah saw bersabda, 'Sesungguhnya membaca subhanallah walhamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu adalah lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang terkena sinar matahari.” (Hadis Muslim).
Kredit: Dato Dr Hasan bin Mohamed Ali
la ilaha illallah 在 MeleTOP Youtube 的最佳解答
Rasa tenang sangat bila Hafiz Hamidun menyanyi secara LIVE di MeleTOP dengan lagu 'Karimu Antallah'
Saksikan MeleTOP, setiap Selasa, 10 malam di Astro Ria (104) & Maya HD (135)
www.meletop.com.my
www.facebook.com/MyMeleTOP
www.twitter.com/MyMeleTOP
www.instagram.com/meletop
www.keek.com/MeleTOP
la ilaha illallah 在 MeleTOP Youtube 的最佳解答
Jom tengok Hafiz Hamidun bagi nasihat sempena bulan Ramadhan ni untuk peminat MeleTOP!
Saksikan MeleTOP, setiap Selasa, 10 malam di Astro Ria (104) & Maya HD (135)
www.meletop.com.my
www.facebook.com/MyMeleTOP
www.twitter.com/MyMeleTOP
www.instagram.com/meletop
www.keek.com/MeleTOP