Hidup ini bukan nak cari kereta mawah semata mata. Kejayaan hidup tak di ukur melalui berapa mahalnya kereta kita, tapi diukur melalui kebebasan serta kemampuan untuk pergi ke mana-mana distinasi yang terindah bersama orang yang kita sayang lalu mencipta kenangan yang hangat.
Pakai kereta mewah takut masuk neraka wang, sebab kos kereta sangat mahal berkadar dengan harga kereta, jika mampu tak apa, tapi jika buat buat mampu itu yang masalah…
Saya Pernah miliki kereta kancil dan kini Axia kompang. Tak kisah orang nak cakap apapun, nobody care, yang penting bagi saya bukan kereta, tapi distinasi.
Jika di malaysia saya dah pernah sampai ke puncak Kinabalu, dan pelbagai puncak gunung, pernah menyelam dalam lautan Cina Selatan, dah sampai hampir ke semua taman tema bersama anak anak, juga ke banyak pulau, kedai makan viral usah cerita, serta pelbagai lokasi pelancongan termasuk ke pesta buku bagi talk dan hotel hotel.
Pesan saya.. Hidup ini jangan fokus beli kereta mahal lepas tu pening kepala dengan kos maintenance dan minyak semua.
Beli jer kereta mampu milik sebab yang penting dalam hidup adalah mampu pergi ke pelbagai destinasi terindah bersama orang tersayang mencipta kenangan yang hangat.
Jika nak mewah sikit, beli rumah, dulu masa pakai kereta kancil saya duduk rumah teres, sekarang pakai axia kompang, duduk rumah banglo sederhana kecil, tak apa rumah mewah sedikit, sebab home sweet home, rumahku syurga ku, dan sungguh antara nikmat hidup adalah sejauh mana kita pergi, lepas tu balik rumah, ada orang tersayang sedang tunggu. Pheeeeweet!
Atau pergi bersama orang tersayang dan ada rumah yang terindah sedang tunggu… Perghhhhh!
Lepas tu ruang tamu biasa biasa jer deco, halaman pun biasa biasa jer, kita tak nak kagumkan jiran atau Tarik perhatian pencuri, tapi dalam bilik yang semua orang tak nampak, biar design macam bilik hotel, ada aircond, ada lampu membaca, ada tilam yang lembut, ada ruang solat tahajjud dan ada tandas personal beserta bilik mandi selesa, agar waktu nak tidur, itulah tempat terindah dalam dunia.
Jadi tips keretamayat, pakai kereta biar mampu milik, sebab yang penting dalam hidup adalah mampu pergi ke pelbagai destinasi terindah bersama orang tersayang mencipta kenangan yang hangat. Dan jika tidak ke mana mana, lepak rumah tetap best kerana rumahku syurgaku.
Waktu PKP awal tahun dahulu, semua kereta tak bergerak, maka rumahlah menjadi taman syurga kita semua.
Namun tak salah jika pakai kereta mewah, asal mampu milik, namun ingat? Apa guna kereta mahal, jika zirah ibu bapa di kampong sebulan sekali pun tak mampu? Apa guna kereta mahal jika pergi ke masjid sehari lima kali sekadar melintas?
Hidup hanya sementara, Jangan lupa untuk hias kubur dengan amalan soleh, dan hias syurga dengan zikrullah.
Pesanan ini di bawakan khas oleh kereta mayat.
Woha!
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過38萬的網紅Bumi Ratu Channel,也在其Youtube影片中提到,Betapa gigihnya saya dan suami saya meneroka hutan dan mendapatkan sumber bumi untuk air.. merealisasikan Impian saya holistic medicine dalam kehidu...
「lampu hias」的推薦目錄:
- 關於lampu hias 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
- 關於lampu hias 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
- 關於lampu hias 在 AirahsyahirahBlogger Facebook 的最讚貼文
- 關於lampu hias 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳解答
- 關於lampu hias 在 85 Lampu hias ideas in 2021 - Pinterest 的評價
- 關於lampu hias 在 lampu hias gantung - YouTube 的評價
lampu hias 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
Zaman kanak kanak dulu Bila tiba bulan puasa, dimulai dengan solat tarawih, bilal akan berselawat, dan budak budak akan menjawab selawat ke atas Nabi dengan penuh meriah.
Zaman tu zaman 20 rakaat, tapi budak budak belum lapan rakaat dah turun main Meriam buluh, main galah panjang, main lilin, main bunga api, main kejar kejar, dan macam macam lagi sebab masa tu orang tua sibuk bertarawih, jadi sambung main di malam hari bersama kawan kawan sebab siang habis dengan aktiviti baca komik gila gila atau kungfu cina, tidur, dan mandi air telaga, al maklumlah puasa.
Dalam sibuk bermain, memang ada kawan penjaga masa yang mana waktu solat witir bermakna kami kena masuk saf, kami pun masuk dan solat satu rakaat.
Lepas witir imam akan baca doa berjemaah, dan hujung sekali imam akan baca niat puasa dengan kuat agar budak budak dapat ikut.
Waktu sahur ada geng kejut sahur sebab zaman dulu mungkin sunyi sikit, tapi tempat kami, waktu imsak di kejutkan dengan bunyi meriam betul, tak percaya tanya orang kuala Terengganu. Masuk waktu berbukapun guna meriam.
Kata orang tua, zaman dulu mana ada speaker untuk azan, jadi bunyi meriam dua kali di awal subuh adalah untuk imsak dan subuh, manakala magrib meriam berbunyi satu kali.
Lepas tu ada sambutan nuzul al quran, ada malam tujuh likur dan sebagainya, yang bagi bidak budak meriah sangat sebab orang pakat hias lilin di beranda rumah masing masing. Budak budak dan api lilin, oh.. macam macam permainan mereka boleh cipta.
Tiba hari raya, kami rasa lagi seronok beronok ronok, dari zaman kanak-kanak hingga dewasa, raya sangat indah, saling pakai baju baru, bermaafan, makan sedap sedap, jumpa kawan lama, pakat pakat balik kampung, ziarah kubur, dan lain lain.
Tapi itulah, sekarang dah PKP, semua tu kita nak buat kat rumah. Jadi jom melafazkan niat puasa di malam hari baik dengan berjamaah maupun sendiri-sendiri dengan kuat walaupun ada yang kata ini bidaah yang hasanah, tapi bagus apa imam lafaz kuat biar anak anak boleh niat puasa esok, orang tua yang lupa pun boleh niat sama, benda common sense tak perlu nak bidaah sangat.
Lepas tu jika ada ustak wahabi bagitahu bidaah solat tarawih 20 rakaaat, hadis riwayat Aisyah bagitahu nabi solat 11 rakaat sajer, siapa tambah tak ikut sunnah bagai.. aduh.
Pulak dah, Saidina Umar yang buat 20 rakaat sebab ada dalil Nabi pernah buat lebih walau bukan seluruh malam, dan kata Saidina Umar, inipun bidaah hasanah, kat Mekah pun buat 20 jugak, jadi semua boleh buat.. 20.. 8.. kat rumah korangkan? Takde siapa nak halang.
Lepas tu jika dalam rumah korang ada anak korang yanv berguru dengan ustak wahabi lalu berkata selawat salawat ke atas Nabi Muhammad SAW lepas solat sunat tarawih bidaah, Nabi tak buat lepas solat tarawih dengan berselawat macam geng surau buat, amalan bidaah ni sesat jika di istiqamahkan.
Adohai, lepas solat, ikut koranglah nak buat apa pun?, nak berdoa, nak berzikir, nak berselawat, apa masalahnya? Nak buka phone main FB, main spinner atau nak buang tahik cicak pun apa salahnya? Dah lepas solat kan?
Eh? Ustak wahabi tak setuju, lebih baik diam katanya, jangan tambah tambah bab agama, bidaah ni haram, selawat lepas solat tarawih tu haram sebab Nabi tak buat! Takde hadis pun Nabi berselawat antara solat tarawih! Bidaah semua tu!
Aduh..
Please jangan sempitkan fatwa dengan satu hadis sahaja, padahal banyak lagi hadis lain yang boleh sandar bab nak bersalawat lepas solat ni, rujuk kisah waktu Nabi naik mimbar, maka malaikat Jibril datang dan berdoa:
“Celakalah seseorang yang jika disebut nama Nabi Muhammad SAW namun dia tidak berselawat kepada Nabi” dan Nabi aminkan,
Hadis ni ada dalam bab bulan puasa, macam tahu-tahu kan memang akan ada orang yang sengaja tak nak selawat pada Nabi bila tiba bulan puasa. Adohai...
Lepas tu bab menetapkan waktu imsak, bidaah jugak katanya, lagi lagi guna meriam macam di Terengganu tu, ganggu orang tidur dengan meriam tu salah! kata ustak wahabi lagi tak perlu berhati hati nak bersahur di waktu imsak, sebab boleh makan lagi jika dah azan subuh, lepas tu bagi dalil ada sahabat makan waktu bilal sedang azan, padahal di Madinah, mereka azan dua kali, azan pertama oleh bilal di waktu lebih kurang imsak, dan azan kedua baru untuk masuk waktu subuh, jadi logic lah orang makan sahur lagi di azan pertama.
Lepas tu akhir bulan puasa dan pagi raya juga dikatakan haram ziarah kubur sebab bidaah pergi tarikh tu, haram jugak berdoa depan kubur, sebab jika baca doa depan kubur, bermaka sembah kubur. Ikut logic ustak wahabi lah ni, bermakna doa depan makanan sembah makanan, doa depan FB, sembah FB? Doa jimak depan bini sembah bini? gitu ke?
Banyak lagi yang di bidaahkan haram oleh ustak wahabi, seperti sambut nuzul alquran atau sambut tujuh likur tu haram, puji empat khalifah waktu tarawih 20 rakaaat pun haram, takbir raya rumah ke rumah, berzanji rumah ke rumah semua tu haram sebab bidaah.
Pasang lilin dituduh tiru hindu, pasang lampu kelip kelip di tuduh tiru kristian, orang nak deco rumah pun di bidaah haram. adohai..
Padahal Bidaah ada yang Hasanah dan ada Bidaah Dholalah.
Tapi itulah, ustaz wahabi tak paham dengan istilah bahasa arab ini walaupun dah ramai ustaz ulamak di jabatan agama dah terangkan seperti:
Perkara yang mencanggahi al-Quran atau sunnah dikira sebagai bidaah sesat, manakala Perkara baik yang diadakan yang tidak mencanggahi al-Quran dan sunnah adalah perkara baru yang tidak sesat.
Dah berbuih buih mulut ustaz-ustaz tu terangkan tapi tak faham jugak korang ni.
Bidaah hasanah adalah merujuk kepada mereka yang menggunakan alasan agama untuk perkara baik, dan perkara baik itu pula Nabi tak pernah buat. Kalau nabi pernah buat itu bukan Bidaah Hasanah, itu Sunnah.
Contoh macam sambut Nuzul Al quran, memang Nabi tak pernah buat, tapi perkara tu tak harampun, dan bagus untuk orang datang dengar ceramah jika PKP dah berakhir, ada makan free, lagi bagus dapat cuti free jika dah kerja, simple sahaja.
Yang perlu kita faham, perkara tersebut, tinggal tak berdosa, buatpun tak berdosa selagi tak bercanggah dengan Al quran dan hadis, dan boleh dapat pahala pula jika cukup syarat syaratnya.
Tapi, (ada tapi tu..,) apa yang saya rasa, atau apa yang saya faham, akan kenapa ulamak ulamak terdahulu, seperti Imam Syafee dan lain lain, melebelkan perkara ini dengan panggilan BIDAAH HASANAH, atau Bidaah Mahmudah, atau lain lain lebel yang murni tapi masih ada perkataan BIDAAH pada lebel itu, maka, pada pendapat saya yang hina dan banyak dosa ini…
Ulamak melebelkan amalan tersebut dengan istilah: BIDAAH HASANAH adalah supaya ummat sedar bahawa perkara itu bidaah(Nabi tak buat), Cuma ianya bagus. Kat situ Nampak murninya ulamak terdahulu yang tak sewenang wenang kata ini Sunnah!
Tapi korang ulamak dah lebel bidaah Hasanah, korang nak tukar pada Bidaah Haram pulak.
Baca Al quran ada baris ni bidaah hasanah korang tahu tak? Mampu ke baca Al quran takde baris macam zaman Nabi?
Nasihat saya, orang yang nak guna alasan ugama (baca: Bidaah Hasanah) untuk perkara baik yang Nabi tak pernah buat, tak perlu kita serius sangat, nak letak hukum pada mereka sekian sekian, masuk neraka itu bukan kerja kita, dakwahlah mereka dengan lemah lembut itu yang terbaik, fahamkan mereka tentang sunnah dan kepentingan ikut sunnah, lebih penting nun terang terang orang buat dosa, jangan membisu, pergi dakwah mereka macam orang tabligh buat. InsyaAllah.
Tapi sekarang semua dah kena PKP maka marilah kita ajar ahli keluarga kita tentang sunnah dan bidaah hasanah.
Selamat berpuasa. Semoga Woha sampai syurga.
I rest my case. Woha!
lampu hias 在 AirahsyahirahBlogger Facebook 的最讚貼文
Tudia tengok betapa happy nya I bila dapat hias rumah untuk Raya. Ingatkan tahun ni tak dapat nak hias hias sebab nak keluar beli barang tak boleh! Rupanya boleh beli dekat @Shopeee_MY je! Raya Bersama Shopee sedang berlangsung hari ini dan antara tawaran yang ada ialah RM10 Keperluan Harian! Jom Raya bersama Shopee, sebab apa? Sebab Raya ini, Shopee disisimu~
.
Raya Bersama Shopee sedang berlangsung hari ini dan esok! Banyak deals yang best korang boleh dapat! Ini la masanya untuk ‘Check out’ barang keperluan di dalam cart sekarang. Beli lampu liplap raya, lampu ketupat, pelita. Jom shopping barang keperluan harian semasa Raya Bersama Shopee!
.
#RayaBersamaShopee
#RayaIniShopeeDiSisimu
#ShopeeMY
#ShopeeMYRayaDM
@Shopee_MY
lampu hias 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳解答
Betapa gigihnya saya dan suami saya meneroka hutan dan mendapatkan sumber bumi untuk air..
merealisasikan Impian saya holistic medicine dalam kehidupan ...
Untuk mendapatkan air yang bersih tanpa SYABAS Bukanlah satu benda yang mudah ...
Soon saya akan tunjukkan air yg kami rawat sendiri.dgn kos tinggi dari.perut bumi..
.
Video lama ni ..!!! kami korek Air di awal-awal saya meneroka hutan Itulah rumah hutan kami " Kampung peribadi bonda Rozita"..
.
Saya akui saya manusia pelik dalam hutan saya sorang-sorang ja rumah Dekat sini ...tak ada rumah orang lain bunyi macam nakutkan sbb hutan ..
tetapi tersangatlah indah Siapa pernah pergi tahulah rasanya.. bila subuh Kabus berada di muka dan badan saya diwaktu pagi..
.
malam hari saya akan melihat kerdipan lampu Genting dekat dengan beranda rumah dan bunyi Enggang Irama memecah kesunyian malam..
Wow wow wow syahdu syahdan bagi pengantin baru terasa sangat bermakna wahhh bersajak lah Bonda kali ni.. kena pulak Bilik saya hias konsep honeymoon mewah Terasa macam roket terbang...kihkihkih
Jangan lupa Subscribe Channel Bonda & boleh follow bonda di Media Sosial yang lain :
FB PAGES (Rozita Jamu Ratu Malaya)
https://www.facebook.com/BondaRozita/
Instagram (Rozita Jrm Official)
https://www.instagram.com/bondarozitaibrahim
Ikuti kisah Bonda di blog
http://rozitaibrahim.com/
Dapatkan Produk Jamu Ratu Malaya melalui pengedar SAH kami :
FB PAGES Pengedar & Stokis
https://www.facebook.com/JRMHQ1/
lampu hias 在 85 Lampu hias ideas in 2021 - Pinterest 的推薦與評價
2021 Nov 23 - Explore Titipan Ilahi's board "Lampu hias", followed by 859 people on Pinterest. See more ideas about lampu, perhiasan, kap lampu. ... <看更多>