Korang tahu Intan seorang yang aktif dengan sukan kan, so Intan selalu minum MILO. Yang paling best sekali MILO sekarang ada keluaran terhad which is MILO Vintage can yang paling cool dalam dunia! So korang kena dapatkan untuk jadi limited macam Intan hahaha!
Untuk peluang dapatkan Hoodie dan Bumbag edisi terhad ini, korang cuma perlu join MILO Vintage Cans x Pestle Mortar Clothing Contest. If korang nak menang, ikut step yang Intan listkan kat bawah ni.
1. Beli minimum 2 MILO cans and/or bottles.
2. Jawab soalan mudah ni "Minuman MILO Tin & Botol merupakan produk yang mengambil bahagian dalam peraduan ini. Betul atau Salah."
3.Then tulis MyKad number dan jawapan anda kat resit original dan hantar ke +60 16 430 2318 (more info on MILO website)
Senang gila kannn! Goodluck semua 🙆🏻♀️
#MILOCans @milo_malaysia @ Kuala Lumpur, Malaysia
malaysia vintage clothing 在 田士廣 KuangTian Facebook 的最佳解答
After shooting the [Ghost Bride],I went to visit the Peranakan Muzium in Penang Malaysia(Baba Nyonya)and really fascinated by them, full of story and artistic,really amazing place.
Then I have a better understanding of Muel design concept of our cloths.She was so talented and hardworking person,so glad to work with her.
And we both get interest in sustainable costume and environment friendly clothing, so, many of Tianching costumes actually was redesigned vintage clothing.
Minutes ago was her birthday :Happy birthday Muel~!
P/s: Feel free to Visit [Fashion on Mars] on Facebook to learn more about her work and concept for designing the ghostbride costume.
Fashion on Mars
娘惹博物館
malaysia vintage clothing 在 Karl Shafek Ibrahim Facebook 的最佳貼文
Thank You Alif Abu Bakar from Kosmo!
STAILO: Pragmatik rekaan Neonate
MISTIK seekor rusa diangkat selaku pendukung utama Neonate Clothing (Neonate).
Digambarkan sebagai hidupan penuh misteri, pelakon dan pengacara, Khairul Shafek Ibrahim atau popular dengan nama Karl Shafek selaku pengasas jenama itu mula menyimpan memori tentang rusa seawal zaman kanak-kanak.
Pada waktu dulu, setiap rumah kampung, termasuk rumah datuknya, mempunyai kepala rusa bertanduk yang digantung di dinding rumah. Selain menjadi perhiasan, ia turut berfungsi sebagai penyangkut songkok atau baju.
Berteraskan pengalaman itu, Karl Shafek mencungkil idea agar elemen itu diperkembangkan ke dalam bentuk fesyen jalanan. Keunikan karakter rusa sebagai haiwan yang sukar didekati menuntun Karl Shafek mewujudkan jenama pakaian berkonsep fesyen jalanan, Neonate.
Neonate yang bererti kelahiran merupakan pinjaman daripada bahasa Yunani menjadi pilihan Karl Shafek, 34, sebagai simbolik tepat terhadap pengembangan cabang kariernya. Pengenalan Neonate menerusi koleksi Cervidae Red & White 1.0 (Cervidae) menampilkan baju-T dengan reka corak tanduk rusa sebagai latar tunggal gaya.
"Sepertimana rusa yang memiliki sifat misteri, begitu juga helaian dan aksesori Neonate. Rekaan kami tidak ditetapkan terhadap satu-satu kefahaman. Setiap individu bebas merungkai interpretasi dalam rekaan Neonate dan nilai ini yang menjadikan kami istimewa.
"Sekarang banyak jenama baju-T tempatan mengetengahkan cetakan logo tetapi kami mengutamakan kreativiti dan keaslian rekaan," jelas Karl Shafek ketika ditemui Stailo.
Penggunaan merah dan putih sebagai warna teras rekaannya juga menguatkan percubaan mereka untuk mengelak daripada klise rona hitam yang kerap dimanipulasi kebanyakan jenama tempatan. Diperbuat menggunakan seratus peratus fabrik kapas, penghasilan setiap helaian Neonate dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia.
Baju-T kanak-kanak turut dilancarkan ekoran permintaan ramai ibu bapa muda yang mahu bergaya sedondon bersama anak mereka. Aksesori sulung Neonate berupa tali leher juga siap untuk dimiliki orang ramai.
Tali leher dengan hujung berpetak itu disediakan dalam 14 rekaan berbelang dengan aneka warna pastel, terang dan gelap. Koleksi lengan panjang Cervidae pula bakal berona merah dan rekaan eksklusif Hari Kemerdekaan pula bakal menyusul dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, kumpulan jurugambar muda berbakat yang terdiri daripada Daniel Halis, Iskandar Schermerzen Abd. Ghani, Muhammad Luthfi Nazreen Abdul Latib dan Reduan Jamil diberi tanggungjawab bagi menghidupkan kempen Neonate ke dalam bentuk visual iaitu fotografi dan video.
Neonate bakal bertemu peminatnya sempena acara KL Vintage Festival yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 28 Ogos hingga 1 September ini. Maklumat mengenai label ini boleh didapatkan melalui Instagram (neonate_clothing), e-mel ([email protected]), dan Whatsapp (No. Tel: 011-2345 0835). Harga pakaian dan aksesori Neonate adalah dalam lingkungan RM50 hingga RM90. - KOSMO!