BEKAS PESAKIT COVID MUNGKIN TAK DAPAT COVERAGE / PERLINDUNGAN PENUH.
Mengikut kajian WHO, pesakit yang telah sembuh dari Covid berkemungkinan besar senang menghadapi masalah kesihatan kekal di masa hadapan pada bahagian
1. saluran pernafasan,
2. paru-paru
3. saluran gastrousus (pencernaan),
4. hati
5. buah pinggang
Jadi, untuk bekas pesakit Covid, jika baru nak apply takaful walaupun selepas sembuh sepenuhnya, MAYBE akan ade exclusion terhadap any penyakit yang berkaitan di part² yang di sebut diatas.
Maksudnya, pihak takaful boleh meletak syarat tidak memberi coverage terhadap any penyakit yang berkaitan dengan lungs, hati, buah pinggang dan lain-lain.
Nak senang faham, jika lulus permohonan, takaful mereka tidak full covered. Bergantung kepada penilaian bahagian underwriter company insuran/Takaful terbabit.
So korang yang tengah sihat, dan dah lama survey, or tengah berkira-kira nak ambil takaful tu, ambil cepat-cepat. Jangan bertangguh.
Sekarang Covid ada di sekeliling kita.
Real case scenario ade depan mata kita.
Dan kita kena terima hakikat kita akan hidup bersama dia.
So yang berkemampuan, janganlah sombong.
Masa terbaik untuk ambil takaful adalah 24 bulan sebelum kita kena sakit kritikal. Kerana tempoh matang satu-satu polisi adalah 2 tahun.
Masa ke kedua terbaik adalah 'sekarang'.
Iaitu masa anda sihat dan ada kesedaran.
Takaful juga menjadi salah satu item yang difokuskan oleh kerajaan dalam belanjawaan negara. Maksudnya, Takaful ini menjadi isu penting buat negara.
Ada lebih daripada 10 company Takaful yang berdaftar di Malaysia.
Boleh refer pada gambar.
(L = Local Company. F = Foreign)
Pilihlah yang mana kena dengan hati & jiwa.
Semua bagus. Semua terbaik.
Pernah jumpa dengan prospect ni, bertanya soalan cepumas waktu follow up presentation yang kali ke berapa tah dengan dia.
"Semua company Takaful nak claim dia paling baik. Sebenarnya mana satu yang terbaik sebenarnya? Cuba jujur dengan saya?"
"Sebenarnya bang, semua company Takaful ni baik bang. Yang tak baiknya ialah orang yang mampu ambil Takaful, tapi dok asyik survey survey dan survey sampai ke sudah, bertangguh tapi tak ambil-ambil"
Sharing ASAL saya perolehi dari;
Dr Dato Kuzairi Anak Dato Yahya
#NazrizzGroup
#SharingIsCaring
#awarenessisthekey
#COVID19
#AIAPublicTakaful
matang company 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
Ramai wasap tanya pasai camna nak beli rumah kalau berniaga sendiri ja, xdak slip gaji, epf kwsp xdak bagai. Senang. Ni banyak bani melayu x mau amik taw. Dengaq tax, gelabah bewak.
1. Buat ssm. (kena matang 2 tahun)
2. Akaun bank syarikat (current akaun)
3. Aliran duit sale harian kena aktif.
4. Simpan segala resit-resit pembelian.
5. Upah akauntan bt akaun untung rugi. (setahun)
6. Genap setahun, declare pendapatan anda di Lembaga Hasil.
7. Itulah slip gaji anda wahai bani melayu.
8. Jangan dengki dengan rezeki orang lain.
9. Jangan malas.
Sapa kata bt meniaga online xleh capai impian. Usaha mau kuat. Kena percaya Allah sungguh2. Abaikan suara2 langau di sekeliling yang nak jatuhkan kita. Setan semua tu.
Kredit: hafizzy aziz
Many people whatsapp asking about how to buy a house if you do business alone, no salary slip, EPF EPF doesn't have anything. Happy. This is a lot of Malay people who don't want to take it. Listening to tax, so nervous.
1. For ssm. (must be mature 2 years)
2. Company bank accounts (current account)
3. Streams of daily sales money must be active.
4. Save all receipts for purchase.
5. Accountant for accountant for profit account. (a year)
6. Even a year, declare your income at the Result Board.
7. That's your salary slip dear Malay people.
8. Don't be jealous of other people's provisions.
9. Do not be lazy.
Who says doing online business can't achieve your dreams. Try to be strong. You have to believe Allah really. Ignore the voices of the horsefly around those who want to drop us. All the devils.
Credit: Hafizzy AzizTranslated
matang company 在 Najib Asaddok Facebook 的精選貼文
ISRAK & MIKRAJ ADALAH PROSES MENJADIKAN KITA MANUSIA YANG KUAT & LEBIH DEKAT KEPADA ALLAH
.
Baginda Rasulullah SAW mengalami saat-saat kesedihan yang tidak dapat diungkap apabila kehilangan 2 individu yang sangat dekat dengan Baginda SAW iaitu Saidatina Khadijah R.AH & bapa saudaranya, Abu Talib.
.
Melalui sirah, 2 individu ini yang banyak menyokong, memberi galakan dan juga melindungi Baginda Rasulullah SAW untuk melebarkan Islam ketika itu.
.
Mana hati yang tak terusik, sedih dengan 2 individu yang menjadi tulang belakang Rasulullah SAW.
.
Maka pada satu ketika, Malaikat Jibril mendatangi Rasulullah SAW dan membawanya kepada satu peristiwa BESAR kepada kepercayaan seluruh umat Islam iaitu, Isra' & Mikraj.
.
Ketika peristiwa ini, Rasulullah SAW telah menjalani pelbagai proses demi proses semasa perjalanan menuju ke Masjid Al-Aqsa dengan Buraq dan kemudian beliau diuji sebelum ke peringkat seterusnya.
.
Selepas itu, Baginda Rasulullah SAW meneruskan lagi perjalanan Mikraj, iaitu proses naik ke atas untuk bertemu dengan Allah SWT sambil bertemu dengan Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS & Nabi Isa AS.
.
Alhamdulillah, melalui peristiwa ini juga telah membuatkan kita mempunyai satu ibadah yang khusus yang tersangat istimewa iaitu Solat 5 waktu setiap hari walaupun pada asalnya 50 waktu setiap hari.
.
Kenapa saya tulis panjang mengenai Isra' & Mikraj walaupun kita semua tahu kisah ini?
.
Saya menulis sebab peristiwa Isra' & Mikraj ni sangat dekat dengan kita sebagai usahawan. Walaupun kisah ini umum, namun kalau kita hayati betul-betul, kita pun sebagai usahawan perlu ada proses untuk betul-betul growkan bisnes kita agar bisnes kita itu, akhirnya selari dengan Islam dan boleh bawa kita ke Syurga Allah.
.
Perasan ke perasan, nak ubah bisnes kita untuk lebih meroket, kita perlu ada step by step untuk ubah cara. Mana logik bisnes nak capai besar tapi tidak ada langkah yang betul untuk kita laksanakan supaya berjaya.
.
Ketika kita sedang meroket keatas sales ataupun dari segi growth company, pun masih ada proses yang perlu dibuat supaya growth bisnes kita sangat konsisten meroket.
.
Semuanya perlukan proses. Semuanya perlukan guidance. Ketika peristiwa Isra' & Mikraj' Baginda Rasulullah SAW ditemani Malaikat Jibril. Malaikat Jibril bawa ke beberapa tempat sebelum tiba di Masjid Al-Aqsa untuk diangkat bertemu Allah SWT.
.
Bisnes kita pun kena ada beberapa checkpoint yang perlu kita lalui, supaya proses grow itu sempurna, betul, tersusun, cantik dan kemas.
.
Saya yakin, peristiwa Isra' & Mikraj akan sentiasa menguatkan Iman kita dan membenarkan segala apa yang Baginda Rasulullah SAW bawa dan sampaikan pada kita.
.
Semoga apa yang saya rasa hari ini, apa perkara yang saya fikirkan hari ini, memberi manfaat pada anda semua.
.
Mana mungkin nak berjaya, kita tak ada proses yang nak kita lalui. Lagi malang, kita tak tahu apa proses yang patut kita tempuhi.
.
Sakit memang sakit, tapi itu proses wajib.
.
InsyaAllah, saya doakan Isra' Mikraj kali ini, akan lebih dekatkan diri kita dengan Allah SWT, buatkan kita lebih sayang dan bersyukur menjadi umat Rasulullah SAW. Jangan sekadar cakap sayang, tapi amalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW dalam hidup kita.
.
Dan penting juga, jadikan kita semua usahawan yang matang, beriman, jutawan dan berjaya dunia akhirat, Aminn..
.
InsyaAllah.. Selamat Menyambut Isra' & Mikraj.
.
#isramikraj
#sollualannabi
#ORMnajibasaddok