Losun is a wild spring onion that has less of a pungent taste than normal spring onions and is widely available in Sabah.
•
Usually Losun is fried with torch ginger buds (bunga kantan), garlic chives, white chillies, garlic and white pepper, and sometimes anchovies.
•
It tastes so good, we are salivating as we typing this. 😂
•
#Repost @akakmanisfnb
• • • • • •
Sayur Losun 🤤😋
.
.
#sabahnativefood #sabahnativecuisine #localfood #originalsabahan #makanankampung #menukampung
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
menukampung 在 Sajian Dapur Bonda Facebook 的精選貼文
Dah lama Kak Noor x bersiaran di halaman ini. Sejak terjebak dengan sakit slip disk ni, dah x boleh berdiri lama di dapur untuk memasak. Just masak yg simple aje.
So malam ni terpanggil untuk berkongsi masakan ayam masak asam kampung. Sedap dimakan bersama nasi panas. Ini menu untuk besok. Masak siap-siap malam ni supaya esok x kalut sangat nk gi kerja.
Di sini Kak Noor kongsi resepinya.
Ayam Masak Asam Kampung (Stail Nendaku)
Oleh: Kak Noor, Sajian Dapur Bonda
Bahan A:
Beberapa ketul ayam dibersihkan dan digaramkunyitkan, kemudian digoreng sehingga masak (jangan sampai garing)
4 sudu besar pati asam jawa, dibancuh dengan air secukupnya (anggaran penggunaan ½ bekas pati asam jawa) – Kak Noor guna jenama ADABI
Air secukupnya untuk kuah.
Bahan B (tumis):
Minyak gorengan ayam secukupnya
1 biji bawang besar – dihiris
4 ulas bawang putih – dihiris
4 – 5 keping halia muda (slices) – dihiris mancis
3 – 4 biji cili padi – diketuk
Bahan C (perasa):
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar serbuk Maggi Cukup Rasa
Garam dan gula secukup rasa
Bahan D:
1 biji tomato segar – dipotong empat
Beberapa helai daun sup – dipotong anggaran 1 inci
Beberapa biji cili padi merah (5 – 6 biji) dipatah-patahkan saja
1 biji cili merah – dibuang biji dan dibelah 2, jangan sampai putus
2 biji bawang besar – dipotong gegelang bulat
Penyediaannya:
1. Guna minyak gorengan ayam secukupnya untuk menumis. Bila minyak telah panas, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi (Bahan B). Tumis sehingga bahan-bahan tadi sedikit layu dan naik bau.
2. Kemudian masukkan ayam gorengan tadi dan kaupbalikkan sebentar supaya mesra (dalam tempoh 5 minit).
3. Selepas itu masukkan bancuhan air asam jawa tadi, diikuti dengan air. Banyaknya penggunaan air bergantung kepada banyaknya kuah yang kita inginkan.
4. Masukkan perasa; sos tiram, serbuk Maggi Cukup Rasa, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih. Rasa kuahnya, rasanya mesti seimbang, ada kombinasi rasa masam, manis, dan masinnya.
5. Setelah cukup rasa, akhir sekali masukkan bahan-bahan D. Biarkan ia mendidih sebentar dan kemudian bolehlah ditutup api.
6. Ayam Masak Asam Kampung telah siap dan sedia dihidangkan untu dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan serta ulam-ulaman. Pasti menyelerakan.
SELAMAT MENCUBA
#menumasakecil
#menukampung
#selerakampung