Update Sumbangan Van Dakwah. Pucuk Dicita Ulam Mendatang
.
Alhamdulilah selepas kami kongsikan bagaimana ‘kuda jihad’ kami rosak semasa dalam perjalanan menghantar bantuan kepada JAWI Foodbank pada Jumaat lepas (25/12/2020), ramai sahabat yang mahu melabur untuk saham akhirat dengan memberikan sumbangan kepada kami untuk pembelian ‘kuda jihad’ yang baru.
.
Ingin saya kongsikan dengan sahabat semua bahawa jumlah sumbangan yang telah kami terima untuk pembelian ‘kuda jihad’ baru setakat jam 6.30pm adalah sebanyak RM 85,406.98. Alhamdulilah. Allahuakbar.
.
Kami tidak menjangkakan sambutan yang begitu baik dari sahabat semua untuk membantu kami membeli ‘kuda jihad’ yang baru. Atas nasihat dan pandangan sahabat menerusi mesej dan juga komentar di media sosial, kami akan membeli dua buah kenderaan dengan sumbangan dari sahabat semua.
.
InshaAllah kami akan membeli sebuah 4x4 pickup truck serta sebuah lori 1 tan bagi memudahkan lagi tugasan dakwah selain melancarkan lagi pengedaran bantuan barangan keperluan asas di seluruh negara. Kemungkinan kami akan ‘topup’ sedikit lagi untuk membeli dua buah kenderaan itu tetapi InshaAllah segalanya berbaloi demi memperkasakan usaha dakwah & kebajikan.
.
Alhamdulilah. Sekali lagi kami di Multiracial Reverted Muslims (MRM) mengucapkan Jazakumullahu Khairan di atas sokongan, SUMBANGAN serta ZAKAT sahabat-sahabat semua kepada kami untuk memperkasakan usaha dakwah & kebajikan MRM.
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslim #kudajihad #mrmcare #mrmprihatin
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「multiracialrevertedmuslim」的推薦目錄:
- 關於multiracialrevertedmuslim 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
- 關於multiracialrevertedmuslim 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
- 關於multiracialrevertedmuslim 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
- 關於multiracialrevertedmuslim 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於multiracialrevertedmuslim 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於multiracialrevertedmuslim 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於multiracialrevertedmuslim 在 Multiracial Reverted Muslims - MRM | Kuala Lumpur - Facebook 的評價
- 關於multiracialrevertedmuslim 在 Living Multiculturally with Muslim Revert Ferdaus Chia | Ep 6 的評價
- 關於multiracialrevertedmuslim 在 REVERTED TO ISLAM - Pinterest 的評價
- 關於multiracialrevertedmuslim 在 reverted的推薦與評價,STACKOVERFLOW、YOUTUBE 的評價
- 關於multiracialrevertedmuslim 在 reverted的推薦與評價,STACKOVERFLOW、YOUTUBE 的評價
multiracialrevertedmuslim 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
Tiada istilah merampas atau perampas suami dalam islam bagi yang memahami erti poligami. Isteri-isteri semuanya adalah sah dan mempunyai hak. Dianggap sebagai adik beradik dan bukannya musuh dalam perkahwinan. Bagaimana ini mungkin? Mereka melakukannya dengan ilmu yang disertai dengan iman & taqwa.
.
Semua ini nampak mustahil bagi Belum Muslim memahami apatah lagi menerimanya tetapi bagi Muslim yang mahu faham serta menilai dengan iman dan taqwa, maka semua ini adalah ibadah.
.
Sebagaimana Belum Muslim sukar memahami kenapa Muslim sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk menunaikan haji, memakai ihram, berjalan kaki di bawah matahari terik dan apabila ditanya apakah mereka mahu pergi lagi, jawapan yang pasti dari orang beriman adalah mereka mahu melakukan haji walaupun penat kerana kepenatan itu tidak begitu dirasai kerana niat mereka adalah ibadah.
.
Bagi mereka yang tiada istilah ibadah, maka ianya tidak masuk akal membayar sebegitu banyak wang untuk berpenat dan berpanas. Muslim menilai segala sesuatu dengan iman dan taqwa bukannya dengan emosi dan perspektif sempit duniawi.
.
Maaf, kenikmatan ibadah hanya dirasai mereka yang beriman yang belum lagi dirasai mereka yang Belum Muslim kerana tiada ilmu dan kurang faham ataupun adakalanya ego dan emosi yang menghalang mereka.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslim #poligami #polygamy #poligamiharmoni
multiracialrevertedmuslim 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
Saya terima printscreen ini. Setelah membacanya saya tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis. Beberapa soalan muncul di kepala saya:
1. Tidakkah Siti Kassim ini tahu bahawa perkataan jadual pun sebenarnya berasal dari bahasa Arab?
2. Bukankah bahasa Arab itu hanya bahasa? Abu Jahal petah berbahasa Arab walau bukan Islam.
3. Kalau nak pergi lebih jauh, nama Kassim itu sendiri berasal daripada bahasa Arab. Mahukah ia ditukarkan kepada Pembahagi supaya lebih Melayu?
4. Jika mahu slow talk lebih lagi, perkataan Siti itu pun dari bahasa Arab iaitu sayyidati yang disebut laju menjadi Siti. Sayyidati bermaksud tuan perempuanku. Senang cerita nak mudah faham ia sama seperti perkataan bossku atau Puanku.
Maka sedapkah nama Siti Kassim ditukarkan kepada Puanku Pembahagi atau Bossku Pembahagi supaya nampak lebih Melayu? Ataupun jika nak ikut trend sikit bolehkah tukar terus kepada:
Bosskurr Pembahagi?
Saya sekadar bertanya.
Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adakalanya orang lain tidak tahu akan kejahilan diri kita sehingga kita membuka mulut mendedahkan kejahilan kita.
Ada manusia yang tidak cukup sekadar dirinya bodoh tetapi turut memperbodohkan orang lain yang dengan rela hati diperbodohkan.
Ada manusia yang merasakan dirinya cerdik yang kerana mampu bertutur bahasa Inggeris tetapi manusia lupa kemampuan bertutur dalam sesuatu bahasa bukan penanda aras ketinggian IQ apatahlagi EQ!
Ada peringatan dari Allah Subhana Wa Ta’ala yang relevan sepanjang zaman terutamanya zaman kita;
(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata):
"Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?"
Orang-orang yang beriman menjawab:
“Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara agama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).”
(Al-Hadiid 57:14)
Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala menyelamatkan diri kita dan zuriat keturunan dari kemunafikan dan kejahilan. Allahuma Ameen.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslim
multiracialrevertedmuslim 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
multiracialrevertedmuslim 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
multiracialrevertedmuslim 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
multiracialrevertedmuslim 在 Living Multiculturally with Muslim Revert Ferdaus Chia | Ep 6 的推薦與評價
In this episode, Joanne chats with Muslim revert Ferdaus Chia to learn more about his spiritual journey and our misconceptions about Islam. ... <看更多>
multiracialrevertedmuslim 在 REVERTED TO ISLAM - Pinterest 的推薦與評價
Jul 28, 2020 - Explore Muqtar Khan's board "REVERTED TO ISLAM", followed by 657 people on Pinterest. See more ideas about islam, muslim converts, muslim. ... <看更多>
multiracialrevertedmuslim 在 Multiracial Reverted Muslims - MRM | Kuala Lumpur - Facebook 的推薦與評價
Multiracial Reverted Muslims - MRM, Kuala Lumpur, Malaysia. 89307 likes · 166 talking about this · 1303 were here. MRM is an Islamic NGO focusing on... ... <看更多>