Sempena Maal Hijrah, Mari ulang kaji bagaimana nak jadikan suasana HIJRAH dalam rumah di musim PKP ini.
Alkisahnya, Awal Islam, Nabi tak boleh duduk dirumah sendiri, kena kepung, kena maki, kena halau, kena baling najis, kena boikot, malahan sampat tahap nak kena bunuh pun ada.
Maka Nabi Move on, Nabi Hijrah, lalu Nabi cari tempat baru untuk tinggal, tapi nak pergi mana?
Ringkas cerita, berlaku tiga hijrah di zaman Rasulullah saw iaitu:-
1.HIJRAH KE TAIF.
2.HIJRAH KE HABSYAH.
3. HIJRAH KE MADINAH.
Mari kita kaji kesan kesemua Hijrah ini mengikut sejarah.
(1) Apa yang berlaku di TAIF bila Nabi berhijrah di sana?
Di Taif rupa rupanya tinggal ramai orang yang zalim, sangat suka mengkritik, MERUNGUT, mencaci, membatah, dan semua perangai tak elok dari rakyat sampai ke Pembesar sama sahaja. Mereka kritik Nabi, Mereka bantah, mereka caci, mereka ejek, malahan mereka halau Nabi dengan cara membaling batu sehingga Nabi luka dan berdarah..
Di hujung cerita, Malaikat Bala datang untuk hancurkan bumi Taif, nasib baik Nabi sempat halang niat malaikat azab menurunkan bala, kalau tak dah tentu bumi taif menjadi padang jarak padang terkukur..
(2) Habis bab hijrah di TAIF. Kita pegi pada Hijrah di HABSYAH.
Di Habsyah, Raja mereka sangat penyabar, rakyat negara itu juga ramai yang SABAR, mereka bagi perlindungan, serta makanan pada orang islam, tapi tidak membantu dalam kerja dakwah agama islam.., walaupun bagus cara layanan Raja Hasyah, tapi tempat tu agama tidak dapat dimajukan.., Nabi Muhammad SAW pun tak berhijrah ke sana walaupun tawaran Raja Habsyah menarik. Tiada apa apa bencana menimpa Habsyah, Alhamdulillah.
(3) Okey, last, kisah Nabi berhijrah ke MADINAH,
Semua tahu bahawa hijrah ini telah mendapat bantuan serentak dari majoroti penduduk madinah, mereka bukan setakat bagi perlindungan dan makanan, tapi Mereka sangat berSYUKUR terima Nabi, dan layan Nabi dengan sangat baik. Nabi tinggal di sana sampai hujung nyawa. Madinah telah dimuliakan, Ibadat di sana dilipat ganda, kurma di sana sangat subur, ekonomi di sana maju sampai sekarang,
Dari Ketiga tiga lokasi ini, apa yang boleh kita belajar?
(1) RUMAHKU NERAKAKU, bila kita dan ahli keluarga kita selalu mengkritik, MENGELUH macam penduduk TAIF.
(2)RUMAHKU BIASA BIASA, bila kita dan ahli keluarga kita selalu berSABAR macam penduduk Habsyah.
(3)RUMAHKU SYURGAKU, bila kita dan ahli keluarga kita selalu berSYUKUR macam penduduk Madinah.
Alhamdulillah.
Maka kesimpulannya,
(1) Marilah kita hijrah dari perbuatan penduduk Taif yang selalu mengeluh atau mengkritik, kerana suasana itu terdedah pada azab Allah, (kemudian kita hairan kenapa hidup saya susah? Nikmat yang ada makin hilang, bala bertambah tambah?! Rupanya hari hari kita amal amalan Penduduk Taif-Adohai)
(2) Ajarlah ahli keluarga untuk Hijrah ala la Habsyah, dengan bersabar akan semua ujian, Alhamdulillah.
(3) Lebih tinggi, Hijrah kepada amalan penduduk Madinah, yang ujian bukan setakat mereka hadapi dengan sabar, tapi berterusan bersyukur walau di uji kerana setiap ujian akan menaikkan darjat kita di syurga kelak, Sungguh penduduk Madinah adalah masyarat yang sangat berSYUKUR hingga Allah tambah nikmat demi nikmat.
Bayangkan?
Bangun pagi, asyik dengar orang merungut-merungut-merungut macam penduduk Taif, kita pun jadi stress.
Atau..
Bangun pagi, terus dengar orang bersabar ke sini, bersabar ke sana, Alhamdulillah, aman damai macam habsyah.
Atau..
Bangun pagi, semua bersyukur tak henti henti, alangkah nikmatnya hidup macam suasana Madinah!
Kesimpulannya, Dari Tiga Hijarh tadi, akan muncul tiga Abu pula..
Abu mana pulak?
Alkisahnya..
Dari Rumah suasana Taif, akan muncul anak-anak berperangai macam Abu Lahab yang ahli neraka yang suka Mengkritik!
Dari Rumah suasana Habsyah, akan muncul anak-anak berperangai macam Abu Talib yang penyabar.
Dari Rumah suasana Madinah, akan muncul anak anak berperangai macam Abu Bakar Ahli Syurga yang selalu bersyukur!!
Last sekali..
Beruntunglah Bapak mertua yang dapat menantu Madinah!
Woha!
Ps: Proses menjadikan anak menantu korang sebagai Modal Insan Masrakat Madani sedang berjalan, sila beri kerja sama. Kipas KDK tiada dalam gambar, sebab nanti ada yang PM minta link shopee, tapi meja Jepun tu jika korang nak beli, link shopee: https://invol.co/cl5i5gb
Link Shopee Kitab Taklim: https://invol.co/cl5mi9t
nabi muhammad saw hijrah dari 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
HIJRAH!
Ke arah membina JANNAH di dalam RUMAH.
(Pelajaran daripada kematian Siti Sarah).
1) Menjadi ISTERI, sibuklah untuk MEMBERI. Berganda-ganda STRESS; bila kita sibuk menanti-nanti si dia yang memberi. Berharaplah kpd DIA YangMahaPemberi. Kita buat baik, BAIK tu DIA akan balikkan kpd kita. Maka, fokus jadi BAIK.
2) Jangan berkira-kira dgn REZEKI. Rezeki dari DIA. DisuruhNYA kita belanjakan semula ke jalan-jalanNYA. Melalui rezeki, gembirakan orang-orang di sekeliling kita. Allah akan gembirakan kita!
3) SUAMI adalah ketua keluarga. Nak rasa diri dijadikan KETUA oleh isteri dan anak-anak, mulakan dengan pimpin solat jamaah di dalam rumah. Barulah isteri dan anak-anak pandang dan terima LELAKI itu sbg KETUA. Mulakan duhai lelaki!
4) Hidupkan majlis ta'lim, suasana cinta ILMU di rumah. Mulakan dgn memahami terjemahan al-Quran. Shuib dan almarhumah isteri HARI-HARI membaca surah al-Waqi'ah yang mengajarkan kpd mereka, lelaki-lelaki syurga dihadiahi bidadari-bidadari. Dan fahami, wanita solihah di dunia adalah ketua bidadari di syurga. Semoga itulah isteri kita. MasyaAllah!
5) Isteri adalah TEMAN BAIK sang suami. setialah walaupun saat susahnya suami. InsyaAllah, suami TAK akan tinggalkan isteri saat senangnya. Namun ingat duhai isteri, SETIA kita itu adalah yang IKHLAS kerana DIA. Bukan kerana anak, keluarga dll.
6) Allah turunkan BAROKAH dalam rumahtangga yang JUJUR. Suami isteri harus jujur menerima semua taqdirNYA. Kata Shuib, aura isteri ni hebat  ! Allah beri suami berjaya, asbab SIAPA isteri di sisinya. Jujurlah!
7) Patutlah dalam temubual lain, kata Siti Sarah... "Saya pantang dgn org yang suka MENIPU. Menipu tu, u nak bodohkan org. Tapi ketahuilah, u lebih bodoh dari segala yg bodoh sbb u sebenarnya sdg tipu hidup u sendiri!" Masyallah!
8)😎 Kata Shuib, carilah AKHIRAT. Org yg hilang akhirat, hilang segala! Dulu aku ada SEGALA-SEGALA (saat populariti). Sekejap je Allah tarik semua kegembiraan tu. Kita akan mati. Bekerjalah keras utk akhirat kita. Itu je yang kekal dan akan temankan kita selama-lamanya. Allah!
9) Bila ada rasa ragu-ragu atau mula rasa marah, pilihlah untuk DIAM. Ambil masa bertenang, dan bawa berbincang dgn AQAL yg rasional. Marah-marah akan menambah emosi yang dirasuk syaitan. Kita akan gagal! Mintalah jalan dari Allah.
10) Walaupun dia popular sbg ARTIS, kalau boleh Shuib TakMahu anaknya popular sbg artis. Cukup-cukuplah! Bawa anak-anak menjadikan RASULULLAH saw sbg CONTOH. AllahMahaBijak mendatangkan Nabi Muhammad saw untuk kita. Mengapa kita biarkan anak2 kita beridolakan hero2 yg entah apa-apa! Jom bentuk anak-anak solih solihah, bermula dari kita!
Salam MaalHijrah 1443H.
Cnp dari FB Ustazah Muzayyanah Abdullah
nabi muhammad saw hijrah dari 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳貼文
Wahai Tuhan yang Maha Mengasihani kepada hamba-hambaNya. Ya Allah, berikanlah kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, serta jauhkan kami dari azab neraka.
Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta para keluarga dan sahabat baginda.
Segala Pujian bagi Allah, Tuhan semesta Alam.
Salam Maal Hijrah 1443H