“Kerana Terluka” lagu hasil ciptaan Toyak dan lirik oleh arwah mama juwie (al fatihah)
.
Kami busy hari ni. Dah throwback dari 30 dec 2017. Malam amal untuk rumah nurhati bersama abang @deejanganketawa
.
Ada lagi yang terbaru persembahan di singapura pada september 2019 sebelum tahun corona virus 🤣
.
Lagu ini ada dua versi. Versi 1995 dan versi 2007. Yang ini adalah versi yang saya minta saudara Eddie Marzuki mengolahkan semula susunan muziknya.
.
Sangat best susunan semula ini dan boleh dengaq sampai bila2.
Video ini dirakam oleh samada kak @zura285 kak @inot72 atau kak @haneemnoor atau @mistahery atau @yourboimaksu atau @wan_zack lupa dha aih hahahaha. Thanks anyway ❤️
.
Nah! Jangan dok sedih. Enjoy life. Move forward. We are not moving backward. Live in now. Past does not equal to NOW.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
nurhati 在 Nourul Wahab Depp Facebook 的最佳貼文
Kempen mengumpul dana untuk rumah kebajikan nurhati.
.
Semua sedekah boleh diberikan ke akaun
562674227790
nurhati services
Maybank
.
Dana ini adalah bantuan bagi anak anak tidak sama taraf memulakan persekolahan sessi baru 2020
.
Segala bantuan amat saya dan tumah kebajikan nurhati hargai
Segala pertanyaan boleh hubungi @tashaannuar @zackloco dan @deejanganketawa
nurhati 在 Nourul Wahab Depp Facebook 的精選貼文
RAYUAN SUMBANGAN DANA KEMBALI KESEKOLAH
Tarikh: 02/11/2019
Ruj Kami: Sumbangan/1/20 –sekolah 2020
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته,
Tuan/Puan,
MEMOHON SUMBANGAN DANA KEWANGAN DAN PENAJAAN ANAK-ANAK KEMBALI KE SEKOLAH BAGI SESI 2020.
Merujuk kepada perkara di atas, kami dari Pertubuhan Kebajikan Nur Hati (PKNH) berhasrat untuk memohon sumbangan berbentuk kewangan daripada pihak tuan/puan untuk dimanfaatkan oleh anak-anak di sini untuk sesi persekolahan tahun 2020 akan datang. Pertubuhan ini telah beroperasi selama 13 tahun sejak tahun 2007.
2.Untuk pengetahuan pihak tuan/puan juga, penghuni di sini merupakan anak-anak tidak sah taraf yang terdiri daripada 33 orang yang bakal memasuki alam persekolahan pada tahun depan pada semua peringkat pendidikan bermula dari tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Berikutan status mereka sebagai anak tidak sah taraf, mereka mengalami kesulitan dalam urusan dokumentasi untuk melayakkan mereka bersekolah di sekolah-sekolah kerajaan.
3.Sehubungan dengan itu, kami mengambil insiatif sekolahkan mereka di sekolah-sekolah swasta dan menetap di asrama. Kos yang diperlukan untuk urusan pendaftaran 33 orang pelajar ini sebanyak RM24,616.00. Bersama dengan surat ini kami sertakan profil PKNH dan maklumat lengkap dana kewangan yang diperlukan untuk rujukan pihak tuan/puan.
4.Kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian pihak tuan/puan memenuhi impian pihak kami serta harapan penghuni di sini. Sebarang pertanyaan mengenai urusan ini boleh berhubung terus dengan penandatangan di bawah di talian 011-3254 0540 atau 011-3231 3138.
Sekian, terima kasih.
“IKHLAS, YAKIN, REDHA”
Yang benar,
....................................................................
Lt Bersekutu (PA) Mohamad Zaid Bin Mohamad Shah
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Nur Hati
No 2, Jalan Rasmi 11, Taman Rasmi Jaya, 68000 Ampang, Selangor.
No. PPP: SEL 0504/04(6) No. PPM: 2425/04
Email : zbrois@yahoo.com
Tel: 011-32540540, 01132313138, Facebook: Pertubuhan Kebajikan Nur Hati
.
Maybank
562674227790
nurhati services