slm rabu semua!
ala…nak makan sihat atau diet bukan maksudnyani takleh makan itu takleh makan...yg penting kesimbangan, kesederhanaan dan jaga saiz hidangan… ni resipi yang dikongsikan semalam di #seleraAbangBrian … ingat temu janji kite setiap Isnin-Jumat pada kul 9pm secara langsung di fb abg brian
PASTA DAGING KRIM BEREMPAH
* 500 g pasta, dimasak ikut arahan pada paket
* 4 sudu besar mentega
* 6 ulas bawang putih, dicincang
* 2 sudu besar serbuk kari
* 500g cendawan, dihiris kasar
* 500g daging cincang
* 4 cili api, dibelah dua
* 2 cawan kaldu daging
* 1 krim masak
* garam dan lada hitam secukup rasa
Cara Penyediaan:
1. Tumiskan bawang putih dan cili api dalam mentega yang dicairkan sehingga bau naik.
2. Masukkan serbuk kari dan tumis garing.
3. Masukkan daging cincang dan masak sehingga kekeringan.
4. Masukkan cendawan dan kaldu dan biarkan mereneh sehingga berkurangan 1/2 kuantiti asal.
5. Tambahkan krim dan perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.
#TipsAbangBrian:
- bila tumis serbuk kari kalo kekeringan sangat boleh tambahkan sedikit air
- utk versi kurang lemak, boleh gantikan krim masak dengan susu sejat dan pekatkan kuah dengan sedikit bancuhan tepung jagung
#pasta #halal #resipihalal #resipi # resipithaihalal #quickrecipes #malaysianfood #malaysianrecipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resipimudah #pastakrim #pastarecipes #asianrecipes #resipipasta #tumis #cream #beef #beefrecipes #resipidaging #daging
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...