Alhamdulillah! Comeback is real! Kami finally dapat rank up as Shaklee Coordinator! 💯
.
Siapa yang nak buat second income bermula RM1k-RM100k sebulan, boleh contact saya atau @juliananazarudin ! Sekarang ni kami fokus nak dapatkan Shaklee car bonus programme! 💚🤍
.
InshaAllah semua ni dengan izin Allah kalau korang betul-betul ada BIG WHY, seperti mana kami berdua. Kami patut kongsikan dgn korang, moga dapat membantu kepada yg memerlukan. Especially waktu PKP ni kan, dunia sedang diancam penyakit berbahaya, jadi ini mungkin salah satu cara nak dapat income.
.
Mana tau ada yg sedang dlm kesulitan skrg. So kepada students, housewives, wanita berkerjaya, hilang pekerjaan, boleh contact. Kami pun akan buat training lepas ni. Moga dapat membantu inshaAllah amin🤲🏻#taleebmizad #familylifeoftj #bizlifeoftj #shakleelifeoftj #shaklee #love #helpingothers #syukur #moveon #keepgoing #positivevibes #coordinator @ Johor
penyakit wanita yang berbahaya 在 Santai Ben Ashaari Facebook 的最佳解答
Kenapa Nyamuk Asyik Gigit Saya Sahaja?
Bayangkan, anda sedang menikmati udara di tepi tasik sambil berlari anak bersama kawan-kawan. Sampai satu ketika, anda mula perasan bahawa badan anda, khususnya bahagian yang terdedah seperti lengan, mula dikerumuni nyamuk. Lebih menyakitkan hati lagi adalah nyamuk-nyamuk ini dilihat hanya menghinggap pada anda sahaja. Kawan-kawan anda dapat terus berlari dengan tenang dan tidak pula diganggu oleh sebarang nyamuk. Jadi, adakah anda seorang magnet nyamuk?
4 perkara yang menjadikan anda magnet nyamuk
Kecenderungan untuk menjadi pilihan utama nyamuk bukanlah sesuatu yang tidak masuk akal atau tidak berasas. Buat mereka yang betul-betul mengalami masalah ini, anda pasti tahu betapa menjengkelkan pengalaman dikerumuni nyamuk sebaik sahaja melangkah ke luar. Walaupun kita suka apabila mempunyai peminat dan pengikut yang ramai, logik yang sama tidak boleh dipakai jika peminat itu adalah nyamuk. Tidak pasti apa yang menjadikan anda cukup menarik buat mereka? Jangan risau, berikut adalah 4 perkara yang mungkin menyebabkan anda nyamuk sukakan anda:
1.Gas karbon dioksida
Nyamuk perlu menghisap darah daripada binatang hidup dan salah satu indikator mudah untuk menentukan sama ada suatu organisma itu masih hidup adalah pelepasan gas karbon dioksida. Terdapat tiga jenis sel pengesan bau pada bahagian mulut nyamuk iaitu Gr1, Gr2 dan juga Gr3.
Dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Cellpada tahun 2014, saintis telah mengubahsuai gen beberapa nyamuk Aedes aegypti untuk menyahaktifkan sel deria Gr3 mereka. Akibat proses modifikasi ini, nyamuk tersebut dilihat tidak lagi menunjukkan tarikan yang sama terhadap hembusan gas karbon dioksida berbanding dengan nyamuk lain yang mempunyai sel deria yang baik. Kebolehan nyamuk ini untuk mencari manusia dalam ruang besar yang tertutup turut merudum, sebanyak 15% lebih teruk berbanding nyamuk biasa.
Oleh itu, perkara yang menyebabkan anda lebih kerap menghembus nafas juga akan menarik perhatian nyamuk. Selain melakukan aktiviti fizikal, kadar pernafasan yang lebih laju dan hembusan gas karbon dioksida yang lebih banyak turut berlaku dalam wanita yang hamil. Sekarang anda tahu mengapa ketika berbadan dua, seorang wanita itu tiba-tiba menjadi magnet nyamuk.
2.Berpeluh
Kelembapan (akibat berpeluh) sahaja bukanlah faktor penarik untuk nyamuk datang menghinggap. Sebaliknya, nyamuk tertarik dengan bau yang dihasilkan oleh badan anda ketika berpeluh. Setiap orang mempunyai bau yang unik kerana populasi bakteria pada kulit seseorang itu berbeza.Bakteria pada kulit akan meghadam peluh yang dikeluarkan dan akan menghasilkan kompaun sisa yang mudah meruap. Kompaun mudah meruap inilah yang akan memberi bau yang unik kepada badan seseorang. Antara kompaun yang paling menarik untuk nyamuk berbanding kompaun lain adalah asid laktik.
3.Pakaian gelap
Ini mungkin perkara yang paling mudah untuk anda ubah jika tidak ingin menjadi seorang magnet nyamuk. Banyak kajian telah mendapati bahawa nyamuk gemar menghinggap pada permukaan yang gelap. Beberapa siri kajian menunjukkan warna hitam dan warna gelap akan menarik paling banyak nyamuk manakala warna kuning atau putih pula adalah yang paling tidak popular. Dari sudut pandang nyamuk, warna yang paling banyak memantul semula cahaya (seperti warna terang) adalah warna yang tidak digemari nyamuk.
4.Minuman beralkohol
Ini mungkin satu berita buruk untuk mereka yang ingin menikmati minuman beralkohol di luar rumah ketika musim panas. Kajian mendapati nyamuk lebih cenderung untuk menghinggap pada seseorang selepas mereka mengambil minuman beralkohol berbanding sebelum pengambilannya. Walaupun tidak jelas apa yang menyebabkan golongan ini menjadi lebih menarik, teori yang dicadangkan oleh kajian pada tahun 2010 adalah metabolisma alkohol menyebabkan nafas dan/atau peluh seseorang itu lebih menarik (untuk nyamuk).
Walaupun sedikit lucu apabila melihat kawan tertentu asyik menjadi mangsa nyamuk, perlu diingati bahawa serangga ini adalah vektor penyakit berbahaya. Nyamuk cukup dikenali sebagai ejen penyebaran penyakit seperti malaria, dengi, JE dan juga zika. Untuk itu, pastikan anda menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk di sekeliling rumah anda. Sebagai langkah tambahan, bolehlah anda manfaatkan 4 perkara di atas untuk mengelakkan diri anda daripada terus menjadi magnet nyamuk.
Oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Web :https://hellodoktor.com/ms/pusat-kesihatan/pusat-kesihatan-demam-denggi/magnet-nyamuk-2019/
penyakit wanita yang berbahaya 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
📜
Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala. Pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah.
...............................................................
Siapakah wanita itu?
Apa yg dia lakukan di rumah kita ?
Ketahui bahwa dia bukanlah wanita baik, namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil.
Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ini.
Siapakah Ummu Sibyan?
✏Sekelumit sejarah ✏
...................................................................
📜
Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s.
bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya
dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk
kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat membelah bumi dengan menggunakan kukunya yang tajam dan boleh memecahkan batu-batan yang besar dengan pekikan suaranya.
Nabi Allah Sulaiman bertanya kepadanya, siapakah kamu?
Adakah kamu daripada jenis manusia atau jin?
Kerana aku tidak pernah melihat orang yang paling hodoh selain daripada engkau.
Perempuan itu menjawab: “Akulah Ummu Sibyan (Ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan
Aku boleh masuk ke rumah-rumah, boleh berkokok seperti ayam, menyalak seperti anjing, bertebah seperti lembu, bersuara seperti keldai dan kura-kura dan bersiul seperti ular.
Aku juga boleh bertukar-tukar wajah dengan pelbagai rupa, aku boleh mengikat rahim perempuan, boleh membunuh anak-anak di dalam kandungan dan mereka semua tidak akan mengetahui bahawa itu adalah angkara daripada aku, aku memasuki ke dalam rahim orang perempuan dan aku ikat rahimnya serta sumbat lalu dia tidak boleh mengandung dan jadilah rahimnya kosong, aku masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar aku tendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.
“Aku menyusup masuk kepada kanak-kanak perempuan ataupun orang-orang perempuan yang telah dicalitkan dengan tanda kepadanya, lalu aku mengenakan penyakit dengan ekorku, aku tukarkan kegembiraan orang-orang yang sudah bertunang dengan kecelakaan, aku menyusup masuk ke dalam badan orang lelaki dan aku menghirup spermanya yang putih pekat dan tinggal di dalamnya mani yang cair lagi jernih, maka jadilah dia mandul dan tidak akan melahirkan zuriat.
Aku juga pergi kepada peniaga-peniaga dan aku palingkan jualannya. Dengan itu, dia tidak akan mendapatkan keuntungan, aku meresap masuk ke dalam bumi yang kering, lalu aku sapu menjadikan ia tandus. Dengan itu, ia tidak lagi menjadi subur dan segala tanaman tidak akan menghasilkan buah. Aku juga menyekat kanak-kanak kecil dan aku campakkan kepadanya kepanasan yang sangat panas dan kesakitan yang mengerikan. Maka, dengan itu mengigillah badan mereka serta diconteng-conteng rupa paras mereka supaya dibenci orang”.
Nabi Allah Sulaiman pun menangkapnya sambil berkata : “Wahai perempuan yang celaka! Kamu tidak boleh lari dari genggamanku sehingga berikan satu perjanjian dan sumpah setia kepada anak-anak Adam, lelaki dan perempuan”.
.................................................................
Tanda-tanda bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan:
1.Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang ke atas / sudut tertentu)
2.Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak
3.Mengigau sambil mengatip gigi berulang kali.
4.Demam panas hanya selepas Asar hingga sebelum Subuh
Kesan dari gangguan di atas akan mengakibatkan:
1.Sawan Tangis
2.Autisme (Over Hiperaktif)
3.Nakal tahap Gaban
4.Terencat akal
5.Pelbagai kompilasi otak.
Tanda-tanda wanita mengandung terkena gangguan jin Ummu Sibyan:
1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
2. Kusut fikiran.
3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
4. Mengigau ketika tidur.
5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.
.............................................................
Cara Elak Gangguan Ummu Sibyan:
1.Tutup Pintu dan tingkap Rumah Waktu Maghrib
2.Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah bermalam diluar rumah (jemuran tak kering)
Kaedah rawatan pada bayi:
Tiarapkan anak, jangan biarkan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Qursi dan 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis.. halaulah dengan bahasa dan bahasa masing masing seperti contoh “Wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku” InsyaAllah Ummu Sibyan akan pergi.
Kaedah rawatan pada wanita mengandung:
Bacakan doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir seperti (surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al-Mu’awwizat )pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.
Boleh juga di bacakan doa doa pada minyak zaitun untuk di sapukan pada bagian dada dahi dan tulang belikat sebelum tidur.
...........................................
🌿
Begitulah sekelumit kisahnya
Akan jin yang akan merosakkan anak Adam dengan berbagai cara yang kita tersangka oleh kita yang selama ini tidak mengambil peduli. Makanya apabila jin sudah melakukan peranannya,
Tentu kita boleh mengagak apakah kesannya kepada kita anak-anak Adam. Tanpa rawatan dari mereka yang benar-benar berilmu haqq dan berkebolehan, tentulah kita anak-anak Adam ini akan merasai kesengsaraan sepanjang kehidupan.
Jika rawatan dilakukan oleh mereka yang tidak berada di jalan haqq, penyakit akan tetap datang dan pergi sebagaimana yang pernah di catatkan oleh Prof Shahidan Radiman dari National University of Malaysia, Faculty of Science and Technology.
Prof Shahidan Radiman mencatat:
Sebenarnya orang yang tidak belajar Ilmu Mengenal Diri tak guna mengamalkan perubatan Islam .
Banyak kes berlaku dimana seseorang itu “mengubat” si pesakit dengan ayat Al-Quran dan sebagainya, tetapi sakit orang itu tak baik, iaitu sakitnya berulang. Mengapa demikian? Sebab jin yang dia “buang” itu tidak ke mana – ia hanya menyorok dalam badan atau keluar sekejap kemudian masuk balik? Sampai bila pun tak akan baik...
Orang yang tak belajar Ilmu Mengenal Diri amat berbahaya jika “bermain” dengan alam ghaib. Ibarat orang Melayu cuba melintas padang pasir Sahara tanpa unta dan bekal, tanpa “guide” Baduwi, memang pasti akan binasa atau membinasakan orang lain.
Bukan saja jin pandai bermain wayang tetapi jenis dan perangainya beribu-ribu. Hanya orang yang sudah mengenal diri dapat mengenali semua makhluk-mahkluk itu .
Itu sebabnya Ilmu Mengenal Diri sangat penting, khasnya di waktu sakaratul maut.
Ia penting di dunia dan di akhirat. Begitulah perjalanan yang akan kita tempoh – jauh perjalanan, maka oleh itu, saya sarankan kepada semua pembaca, carilah ilmu untuk menyampaikan kita kepada Al-Haqq
Wallahualam.
🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏