Kolesterol tak dapat dibuang sebab kolesterol baik penting untuk kesihatan. Cabarannya ialah kolesterol ‘jahat’ iaitu LDL. Makanan memang kena jaga dan biasakan diri untuk ambil makanan kaya serat, buah, sayur, oat, minyak zaitun, kulit kayu manis, madu, habbatussauda :) Selain kena banyakkan pergerakan.
Kolesterol Tinggi dan Akibatnya
Kolesterol Tinggi adalah penyebab utama beban penyakit dalam negara-negara maju dan negara-negara yang membangun. Kini, ianya menyebabkan 2.6 juta kematian di seluruh dunia.
Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) 2015, kadar bilangan warga Malaysia yang menghidap dislipidemia dan berumur 18 tahun dan ke atas adalah 47.7% (9.6 juta).
Kolesterol tinggi biasanya tidak mempunyai simptom-simptom tetapi ia meningkatkan risiko kepada penyakit jantung dan strok.
Mari sama-sama kita menjaga kesihatan kita dengan mengambil lebih makanan yang bernutrisi tinggi.
Sumber:myhealth.com
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過38萬的網紅Bumi Ratu Channel,也在其Youtube影片中提到,Apa yg sy share kan ni jgn lah dijadikan bahan gaduh atau kebencian kpd perubatan pantang,, tak semua pantang itu salah, tak semua juga pantang itu be...
penyebab penyakit kulit 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
Petua Hilangkan Kayap dari Petua Orang Kampung
Antara petua untuk merawat kayap adalah seperti berikut:
PETUA 1
Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.
PETUA 2
Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.
PETUA 3
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.
PETUA 4 (Untuk kayap setompok)
Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.
PETUA 5
Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.
PETUA 6
Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.
PETUA 7
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.
PETUA 8
Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.
PETUA 9
1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.
2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.
Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik .
penyebab penyakit kulit 在 Fizo Omar Facebook 的最佳貼文
INFO : ANTARA SEBAB KENAPA PERLU VAKSIN 💉
- Difteria adalah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan
- Ia mula dikesan sekitar 90-an di Russia, Ukraine, Mongolia dan Ecuador
- Penyakit ini meningkat semasa musim sejuk di kawasan beriklim sederhana dan turut membabitkan kanak-kanak berumur bawah 15 tahun yang belum mendapat imunisasi
- Ia boleh dijangkiti orang dewasa yang tidak mendapat imunisasi
- Ejen penyebab adalah Corynebacterium diphtheriae
- Bakteria yang dijangkiti oleh virus corynebacteriophage akan mengeluarkan toksin difteria
- Jangkitan difteria mudah tersebar melalui titisan cecair dan sentuhan fizikal
- Ia boleh menjangkiti tekak dan kadangkala selaput mukus lain, kulit , konjunktiva dan kemaluan.
penyebab penyakit kulit 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳解答
Apa yg sy share kan ni jgn lah dijadikan bahan gaduh atau kebencian kpd perubatan pantang,, tak semua pantang itu salah, tak semua juga pantang itu betul, kita ambil yg baik shj lah..kalau rasa tak perlu jgn pakai , jgn dikecam ia bukan isu negara dn ugama
.
Apa yg sy rakamkan ni full video di dalam youtube bumi ratu channel ttg pemakanan yg baik semasa dlm pantang ..!! tak ada lah mkn ikan masin setiap hri je kan..!! tapi kalau boleh elakkan mkn ayam daging dan juga daging lembu kerana kalau daging lembu penyebab kpd stress / melibatkan darah , tapi kalau ayam daging boleh dpt kegatalan dan hormon nanti tunggang langgang
.Niat kita, lepas bersalin agar hormon yg dihasilkan hormon baik yg wanita perlukan ..makanan pantang ni kita niat membina kembali sel-sel kulit baru dan juga mempercepatkan kesembuhan luka.
.
Hari ni sy berkongsi ttg ikan & sayuran yg boleh dimakan, antara sayuran yg boleh dimakan atau sayuran tak boleh dimakan ..!!
.
Kita nak elak makanan yg membawa kpd bentan spt kubis dan kacang pjg ..sbb setengah org tak tahan ..bisa mencucuk2 kancing gigi, menggigil, kejang urat, demam urat..Seeloknya klu nk makan kubis biarlah 20 hari keatas.Makanan baik sekali ialah, Serai, bawang putih, bawang besar merupakan bahan yg wajib dimakan sebanyak yg boleh semasa dlm pantang kerana ia bagus utk sistem pencernaan dan salah satu bahan makanan memperbaiki msalah darah.
. Darah yg berkualiti menyihatkan manusia sihat dan pengalaman bonda pernah merawat 2 org pekerja yg dpt penyakit denggi berdarah setiap hari sy minumkan jus serai bersama madu,, darahnya bertambah baik dan sgt cepat kesan penyembuhan tapi sy parutkan brsama batu landak.
.
Dari segi klinikal test mmg tak ..!! dari segi pengalaman saya lihat sendiri , tidak salah ikhtiar kerana kesembuhan itu hak Allah
.
Sebelum datang perubatan moden, Allah mendatangkan ilham kpd manusia mcm kita lihat nabi Adam dan nabi Muhammad SAW ..ubat ni termasuk doa dan bahan alam utk berubat.
.
Maaf kan lah kalau kata2 sy dan ilmu sy ni menyinggung perasaan pihak lain dan tidak ada tujuan memandai2 atau mencari publisiti murahan hanya sekadar berkongsi ilmu yg patut disebarkan. Sekadar sy Sayang kpd perubatan nenek moyang lama kita.