Perkembangan semasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan:
1) Sasaran 150,000 suntikan sehari pada Jun tercapai. Purata suntikan dicapai pada bulan Jun adalah 170,000 dos sehari. Sasaran bulan Julai adalah purata 300,000 suntikan sehari.
2) Pada bulan Mei, jumlah penerima vaksin hanya 5.9% daripada populasi Malaysia. Pada Bulan Jun, jumlah telah meningkat sebanyak 200% kepada 18% populasi.
3) 60% warga emas berdaftar telah menerima suntikan sekurang-kurangnya satu dos.
4) Kapasiti vaksinasi akan ditingkat. Untuk perbandingan, sepanjang Februari sehingga Jun, jumlah vaksin yang diterima dan telah disuntik adalah sebanyak 8 juta dos. Tetapi bagi bulan Julai sahaja, kita akan menerima 12 juta dos vaksin.
5) 1,400 PPV sedang beroperasi. Jumlah akan ditambah termasuk penglibatan 1,500 klinik swasta dan 120 hospital swasta yang akan turut menjadi PPV.
6) Malaysia telah dan akan menerima sumbangan vaksin daripada Jepun, Amerika Syarikat dan China.
7) Vaksin satu dos iaitu CanSino dijangka diterima dan mula digunakan pada bulan ini. Ini akan memudahkan vaksinasi kepada masyarakat di kawasan pedalaman.
8) Aplikasi MySejahtera akan ditambahbaik dan mutu perkhidmatan di PPV akan sentiasa dipertingkatkan.
同時也有5部Youtube影片,追蹤數超過8萬的網紅NgektsaiArmy Official,也在其Youtube影片中提到,Salam lejen! Follow https://www.facebook.com/Nirawan-9-895606257289926/ . Ahh kembali lagik Ngektsai! Kali tok dengan episod rentetan watak2 Ngektsa...
「perbandingan adalah」的推薦目錄:
- 關於perbandingan adalah 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的精選貼文
- 關於perbandingan adalah 在 Facebook 的精選貼文
- 關於perbandingan adalah 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最佳貼文
- 關於perbandingan adalah 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的最佳解答
- 關於perbandingan adalah 在 Firdaus Wong Youtube 的精選貼文
- 關於perbandingan adalah 在 Firdaus Wong Youtube 的精選貼文
perbandingan adalah 在 Facebook 的精選貼文
Hari pertama #lockdown #workfromhome . Ini buku-buku yang diambil balik untuk bacaan & kajian bagi mengemaskini beberapa modul kursus dakwah serta modul baru yang akan diadakan selepas berakhirnya PKP nanti. (Ada buku yang anda kenal dan pernah baca?)
Antara topik kegemaran saya selain dari perbandingan agama & ideologi adalah strategi media & komunikasi dalam dakwah. Well, walaupun fokus pada dakwah tetapi kerap kali saya akan memberikan contoh dalam kehidupan seharian kerana Soft skill yang kami ajarkan dalam kursus dakwah boleh digunakan di luar dakwah juga.
Ramai peserta kami yang pernah sertai kursus dakwah kami sekurang-kurangnya fasa dua di mana kami ajarkan psikologi komunikasi efektif dalam dakwah berkongsi dengan kami bagaimana komunikasi mereka dengan prospek dakwah & ahli keluarga menjadi lebih baik. Alhamdulilah.
Bagaimana pula dengan sahabat-sahabat semua pada hari pertama work from home ini?
Subscribe TELEGRAM Firdaus Wong ~ https://t.me/brofirdauswong
#kitajagakita #kitajagakitaallahjagakita
#pkp3 #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #komunikasi #komunikasidakwah
perbandingan adalah 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最佳貼文
Reporters Without Borders telah mengeluarkan laporan 2021 World Press Freedom Index atau Indeks Kebebasan Media untuk tahun 2021.
Malangnya, indeks prestasi negara Malaysia di bawah kerajaan PN telah menyebabkan kedudukan negara makin teruk iaitu di tangga 119.
Sebagai perbandingan, saya tunjukkan ranking Malaysia dari tahun 2013 hingga 2021. Malah, ia membuktikan bahawa Kerajaan PH telah berjaya membaiki kedudukan negara sebelum diburukkan oleh Perikatan Nasional.
2013 145 / 180
2014 147 / 180
2015 147 / 180
2016 146 / 180
2017 144 / 180
2018 145 / 180
2019 123 / 180 (PH)
2020 101 / 180 (PH)
2021 119 / 180 (Perikatan Nasional)
Sebuah negara yang demokrasi harus memastikan kebebasan kepada pengamal media untuk bertugas dan menyampaikan berita.
Apabila pengamal media berfungsi dengan baik tanpa sebarang cekaman kuku besi dari kerajaan, maka orang ramai akan dapat menerima maklumat yang benar, tepat dan betul.
Malah, Reporters Without Borders telah melaporkan sebab utama kenapa ranking Malaysia makin teruk adalah dengan penubuhan JASA.
Saya pernah ulas tentang penubuhan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang langsung tidak membantu sebuah negara yang demokrasi. Malah, jumlah belanja awal sehingga RM85,549,200 adalah hal yang merugikan negara dan rakyat.
Boleh baca sini untuk ulasan JASA saya: https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/posts/3427854893960179
Boleh klik link untuk baca lebih lanjut: https://rsf.org/en/malaysia
Apa respons kerajaan PN dalam kedudukan baru Malaysia yang makin buruk ini?
perbandingan adalah 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的最佳解答
Salam lejen!
Follow https://www.facebook.com/Nirawan-9-895606257289926/
.
Ahh kembali lagik Ngektsai! Kali tok dengan episod rentetan watak2 Ngektsai selepas PKP! Bukan main lamak terkurung nak? Now saka2 Ngektsai dah lepas!
.
Kisah kali tok ada banyak mesej Ngektsai nak sampaikan dengan ringkas selain nak madah ktk org kedei makanan Thai Nirawan9 maseh beroperasi seperti biasa! Sapa nok udah pernah ke Nirawan9, tauk dah kehebatan masakan sidak. Berbaloi baloi! Tapi next time ktk org pergi, sila coba Red Curry Lamb baru sidak! Nang perghh ngesit abis! Dah la Ngektsai antu kambin, coba ktk org rasa! Sumpah adalah selera Ngektsai! Worth berbelanja! Lokasi di Jalan Tabuan sia, tepi jalan seberang roundabout lok lok. Eh follow jak ig sidak, book! Ok kembali ngan mesej2 Ngektsai! Jum baca!
.
1. Kita tauk kinek ekonomi sik brapa bagus, perniagaan byk tgugat, pkerja kenak buang keja. Maka dengan duit bantuan perentah, sik banyak, sikit pun jadi lah k ngulur bebelanja di kedei luar. Pakei rolling balit duit k ekonomi bah. Kena ingat, duit kita bebelanja ya pakei majikan maya duit pkerja, meli stok dari pemborong, maya sewa bla bla bla, benda tok membantu secara sik langsung ekonomi negara. Jangan lupal berjimat cermat juak. Sikit2 skali skala jadi la... jangan nisik lalu.
.
2. Prosedur baru lekak PKP mari kita patuhi, tembak menembak suhu, daftar kemasukan ke dlm kedei, semua ya bagi memudahkan kita mengawal kemerebakan wabak covid19.
.
3. Kisah Pak Ngek. Dlm bisnes kita harus terap dlm pikiran kita bahawa kita akan sentiasa ada saingan. Calm down jika terdapat saingan lain. Kerana apa? Kerana urang kinek bukan kedak zaman marek. Urg kinek udah arif tentang perbandingan kualiti dan harga. Jangan takut hilang market jika kita yakin dengan apa yg kita usahakan. Maksud aku, nak berbisnes, jgn main rega jak, sik kisah mahal la asalkan kualiti terjamin. Simple jak nak? So that customer kita sik lari, dan sentiasa akan verbally madah org lain yg servis kita bagus. Listen, org lain boleh tiru apa kita polah tapi originalitinya tetap milik kita. Persaingan bagus dlm bisnes utk kita maju! Look at the brightside! Sikkan maok d takuk lamak jak nak? Ngeee
.
4. Aku suka Cik Kemban nyembor Pak Ngek bila nya nganok Ngektsai berkira! Ko kena ingat, nak membantu sesama kita, kawan ka family ka, ELAKKAN percuma n diskaun2! Org run bisnes bah, mun kita sik support, sapa gik? Alu gia ajak la bisnes. Lain ler mun nya ikhlas merik free, sedekah kata urang~
.
5. Penipuan terbesar seorang ibu kepada anak. Haha. Ngektsai pun jadi mangsa ok! Sik boleh makan palak ikan, bodo kelak. Hahaha dah besar tok, aie nyaman duhal. Sik juak jadi bodo ney Ngektsai. Bodo sikit2 biasa la. Hahaha. Tapi awas mun bena2 alergic k! Yg paling i alergic adalah semua benda yg Monyeng sebut selain makanan ya. Inggar tauk sik.
.
6. Bagi pekerja2 yg maseh setia ngan keja nya, didoakan agar trus berjaya. Untung majikan ktk org ada staff yg setia. Camya la kita, dlm carik jereki, suasana bkerja yg positif MESTI wujud. Apa2 bidang pun! Majikan jgn abaikan pekerja, insyaAllah akan setia. Plus, ekonomi tengah goyah. Ko brenti keja, sapa nak ngambik ko keja kinek tok? Susah oi carik keja. Berhenti keja hanya jika itulah keputusan terbaik dlm hidup, ataupun bila mana maruah kau diperkotak katikkan! Slay!
.
7. Finally, prosedur baru lekak PKP! Alhamdulillah lekuk covid makin landai, tapi sik bermakna kita trus bersorak keriangan. Kekalkan penjarakan sosial dan amalan kebersihan kendiri yg optima! InsyaAllah kita boleh! Kakya mask ya pakei di idong ngan mulut! Kawu dikentut Monyeng klak! Hahaha
.
Sekian. Sila share video tok, sampaikan nasihat yg sik seberapa Ngektsai kepada org di luar. Jangan lihat kepada siapa yg memberi nasihat, Ngektsai juga insan biasa. Kita lihat kepada apa nasihat yg org beri, bukan siapa yg beri nasihat ok?! Be teachable!
.
#TheNgektsai
#thelegendaryngektsai
perbandingan adalah 在 Firdaus Wong Youtube 的精選貼文
Bro Firdaus Wong membentangkan topik Islamophobia di hadapan pelajar Perbandingan Agama dari Universiti Norway yang mendedahkan realiti industri Islamofobia adalalah satu industri Barat yang memakan belanja berbillion dolar Amerika.
perbandingan adalah 在 Firdaus Wong Youtube 的精選貼文
Bro Firdaus Wong membentangkan topik Islamophobia di hadapan pelajar Perbandingan Agama dari Universiti Norway yang mendedahkan realiti industri Islamofobia adalalah satu industri Barat yang memakan belanja berbillion dolar Amerika.