MACAM MANA LAH DIORANG NAK SERVIVE!
.
Itulah yg terlintas dlm kepala sya bila melihat sendiri betapa teruknya Temerloh Pahang dilanda musibah banjir tambah lagi semua orang terkesan dengan pandemik covid-19 ni.Sedikit coretan dari sya tentang perjalanan TeamFOC dan FizoandFriends ke misi bantuan mangsa banjir di Temerloh pada Sabtu 9 Jan 2021.
#teamFOC disertai bersama 20 orang crew memulakan perjalanan kami dari Kuala Lumpur seawal jam 7 pagi. Punyala taknak sampai lambat ke Temerloh, sy dan crew tak sempat pun nak breakfast dan hanya berbekalkan roti je. Sebelum bertolak, sy terlebih dahulu brief team dan crew semua tentang SOP dan kawasan mana yg boleh kita pergi. Alhamdulillah hujan renyai je masatu dan kami semua tiba di Temerloh selepas 2 jam dan dalam perjalanan tu boleh nampak air ada yg sedikit surut, rumah pun banyak jugak yg tenggelam dan ada jalan yg dilimpahi air.
Setibanya di Kerdau, kami dibawa oleh penghulu kampung untuk ke Kawasan pedalaman orang asli yg terputus hubungan utk mendapatkan bekalan makanan. Perjalanan yg agak mencabar juga utk sampai ke sana kerana agak jauh dengan jalan berlopak, berselut dgn licinnya lagi sebab hujan tak berhenti. Sepanjang perjalanan ke sana, perasaan sy masatu memang sedih sangat tengok dgn keadaan penduduk sekeliling dan membuatkan sy rasa bersyukur sgt dgn rezeki Allah dan kali ni Allah berikan sy peluang utk berkongsi rezeki dgn mangsa-mangsa banjir. Tak dapat sy bayangkan bagaimana keadaan mereka yg tersekat kat dalam sana. Disebabkan bot yg terhad dan paras air yg tinggi, sy dan crew tak dapat nak masuk ke dalam utk menghulurkan sumbangan ini dan kami cuma mampu mengagihkan ke dalam bot sahaja.
Perjalanan diteruskan utk ke kawasan yg lain dan di dalam perjalanan, paras air memang dah naik sampai melimpah ke jalan utama dan kami memang tiada pilihan selain utk redah je. Rasa macam bawak kereta dalam sungai je masa tu. Risau jugak la kalau tiba-tiba engin kereta rosak ke apa, tetapi Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja dan segalanya dipermudahkan. Kalini, Alhamdulillah sy dan beberapa org crew diberi peluang utk menaiki bot utk agihkan sumbangan dan dalam perjalanan tu sy lihat rumah-rumah tinggal bumbung je yg tak tenggelam. Boleh katakan memang total lost lah! Eh memang tak boleh nak bayangkanlah macam mana penduduk semua nak bersihkan balik rumah-rumah mereka tu nanti. Semoga semuanya dipermudahkan, InshaAllah.
Sy memang targetkan utk masuk ke kawasan-kawasan yg memang terputus hubungan sahaja bagi penduduk utk dapatkan bekalan makanan atau keperluan yg lain, tetapi disebabkan banyak jalan yg tutup kerana air semakin tinggi, jadi sy beserta crew taknak ambil risiko yg mungkin membahayakan keselamatan kami semua. Jadi, kami cuma mampu pergi ke beberapa kawasan yg boleh dilalui sahaja iaitu sekitar Temerloh seperti Mentakab, Kerdau dan ke Chenor, Maran.
Untungnya perjalanan kami sangat dipermudahkan dengan bantuan penduduk-penduduk disana yg membawa kami utk ke kawasan lain yg ditenggelami air. Apa yg menarik perhatian sy adalah, ada dikalangan penduduk yg tidak lepaskan peluang utk mencari rezeki dengan menjual ikan hasil drp tangkapan sepanjang banjir ni. Fuhh besar-besar jugak ikan yg dorang jual tu! InshaAllah, sy juga bercadang utk lakukan misi pascabanjir dan kita akan lakukan lagi sekali kutipan derma bagi meringankan beban mangsa-mangsa yg terkesan dgn musibah banjir ini. Jika diberi peluang, mungkin kami akan fokuskan dgn memberi sumbangan seperti alatan utk cuci rumah, bahan asas makanan dan lain lain.
Selesai je pengagihan barang-barang sumbangan kpd mangsa-mangsa banjir lebih kurang jam 7 petang, sy dan crew terus bergerak balik ke Kuala Lumpur. Ribuan terima kasih sy ucapkan kepada semua fans dan sahabat-sahabat sy yg sudi menderma dan terlibat dalam misi bantuan banjir di Pahang. Jumlah keseluruhan yg kami terima dalam tempoh 2 hari sahaja adalah hampir RM50,000 termasuklah wang ringgit dan juga barangan. Sy rasa amat bersyukur kerana niat sy utk bantu mangsa-mangsa yg terlibat dalam musibah banjir ini dipermudahkan kerana kita banyak menerima sumbangan drp AuraWhite, Librese Malaysia, Minyak Masak Alif, Gardenia, Numee Gardenia dan juga Pasaraya CLC Semenyih untuk menjayakan misi bantuan mangsa banjir ini. Terima Kasih semua!
#misibantuanmangsabanjir
#prayforPahang
#teamFOC
#fizoandfriends
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
prayforpahang 在 Fizo Omar Facebook 的最讚貼文
1 hari punya Plan.
.
Ramai yg memberikan komen positive bila Team FOC and group FizoandFriends turun padang semalam untuk misi bantuan mangsa banjir di Temerloh semalam.Actually its consider last minute plan, bila tengok dlm socmed betapa teruknya keadaan banjir di Temerloh, sya terpanggil untuk menghulurkan sedikit sebanyak bantuan kpd mereka disana sebab sya pernah terlibat utk misi bantuan banjir di kelantan pada tahun 2014, sya tahu betapa peritnya mangsa banjir utk menghadapi dugaan Allah ini.
.
So just one phone call to my close friends and surprisingly semua ONZ dan terus buat arrangement dalam masa beberapa jam je tanpa ade proper plan main redah je.Dan bila upload di socmed nk buat collection, alhmdllh less than 24 hrs kita dpt total kutipan wang ringgit dan barangan bernilai hampir RM 50 000 kesemuanya.
.
Sepatutnya ucapan terima kasih dan credit adalah kpd sahabat2 sya yang bersama2 turun padang dgn ikhlas dan tanpa bayaran siap keluarkan duit poket sendiri lagi untuk follow team FOC ke sana.Sya sbgai coordinator sgt menghargai dan berterima kasih kpd sahabat2 sya team FizoandFriends, semoga dengan usaha kecil kita ni dpt membantu meringankan beban dan memberi manfaat kpd mangsa2 banjir di temerloh.
.
insyallah sya dan team FOC FizoandFriends akan kesana lagi dalam masa terdekat terutamanya menghulurkan bantuan fokuskan kpd pasca banjir di Pahang.
.
lagi sekali geng,terima kasih byk2 dan semoga Allah permudahkan segala urusan korang dan membuka seluas lusanya pintu rezeki korang semua.
.
@adr33ng
@myfarahme
@safiqahesa
@afq.azuan
@bobmark_96
@furynaazmeer
@hairolsham
@Amerrul_k
@mimiiaman
@miexbadbull
@ftwracing
.
#misibantuanmangsabanjir
#prayforpahang
#teamFOC
#FizoandFriends
#temerloh @ Temerloh, Pahang Darul Makmur
prayforpahang 在 Fizo Omar Facebook 的最佳解答
MISI BANTUAN MANGSA BANJIR DI PAHANG
Terima kasih kepada warga Temerloh yang banyak membantu terutamanya Tok Empat (Ketua Kampung) kerana banyak membantu Abe Joe dan team utk memudahkan urusan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.
Dengan bantuan diorang ni la kita dapat naik bot pergi ke tempat pedalaman yang betul-betul memerlukan bantuan yang terputus bekalan di Temerloh (Perkampungan orang asli, Kampung Paya Taram dan Kampung Lompat) dan Maran (Chenor dan pusat pemindahan banjir sementara di SK Sekara).
Jutaan terima kasih ats keikhlasan my friends, fans, followers and partners yg sudi memberi sumbangan berbentuk wang ringgit dan barangan yang berjumlah hampir RM 50,000.
@aurawhiteofficial
@libresse_my
@minyakmasakalif
@gardenia_kl
@numeegardenia_official
@profmuhayaofficial
@ftwracing
@myfarahme
@adr33ng
Pasaraya CLC Sememnyih
Tqvm 🙏
InshaAllah Abe Joe akan pergi lagi untuk next round. Nanti sy akan update dan roger lagi untuk sesape yang nak contribute dan join sekali.
Sesama kita pakat berdoa utk mangsa banjir semoga semuanya selamat dalam menghadapi bencana alam ini. Aamiin
#misibantuanmangsabanjir
#prayforpahang
#teamFOC
#fizoandfriends @ Pahang