Sambungan cerita SAMPAH.
.
Mungkin ramai di antara kita yang rasa perangai orang kita ni amat sukar untuk di bendung kan? Bagi saya sendiri, saya lebih suka melihat dari sudut yang positif, sebenarnya masih ada harapan untuk masyarakat kita. Jangan biarkan kekecewaan membelenggu persepsi diri kita, kerana menidakkan kebolehan adalah salah satu langkah pramatang. Usaha haruslah kekal berterusan dan jika masih menemui kebuntuan maka ada keperluan untuk mencari tonik baru sebagai evolusi dalam percubaan. Pada pendapat saya ada beberapa tempat yang kita perlu rujuk kembali untuk memperkemaskan balik idealogi kefahaman serta mentaliti orang kita tentang bab ini.
.
Yang pertamanya adalah di peringkat rumah sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa bukan sahaja mendidik tetapi juga sentiasa memperingatkan anak-anak tentang perihal ini. Saya sendiri sentiasa menitik beratkan perkara ini kepada anak-anak. Kadang-kadang saya sengaja buat-buat kumpul sampah depan mereka dan juga saya tunjuk saya simpan sampah kecil dalam poket seluar sebelum di buang ke tong sampah berdekatan. Adakalanya tu saya buat macam kuiz, saya tanya kenapa saya buat sedemikian, kita bagi mereka berfikir sikit lah guys, baru senang nak lekat dekat kepala anak-anak. Apapun, didikan dirumah itu adalah amat penting dan kita jangan terlepas pandang. Dan juga, jangan lupa ye, LEAD BY EXAMPLE.
.
Keduanya di peringkat sekolah. Mungkin tidak perlu ada polisi khas dan sebagainya pun, kalau nak buat macam tu pun mungkin bagus. Macam dekat rumah tadi, kena ada penyampaian maklumat dan peringatan yang berterusan dari warga pendidik. Mungkin boleh juga dirancakkan sekali sekala dengan aktiviti gotong-royong kutip sampah berserta PENGISIAN ILMU. Bukan sekadar arahan tetapi ada penjelasan dan perkongsian ilmu tentang aktiviti tersebut. Sekolah adalah tempat dimana budak-budak ni untuk ‘absorb’ maklumat. Andai kata ada seorang dua yang jenis kepala batu, mereka masih juga akan terkesan apabila melihat kebanyakkan rakan membuat perkara yang betul. Sekolah adalah tempat kedua pembentukan sahsiah diri anak-anak kita, jadi kenapa tak nak gunakan peluang tersebut sebaik mungkin kan?
.
Ketiga diperingkat kebangsaan yang meliputi media massa dan media cetak, agensi-agensi kerajaan, mereka yang berpengaruh di dunia realiti mahupun alam maya dan sebagainya. Semua perlu bertanggungjawab memainkan peranan bersama. Selalu menyampaikan mesej kesedaran tanpa perlu tunggu menerima arahan mahupun bayaran. Memang lumrah manusia sentiasa lupa dan perlu di ingatkan. Kalau tak kawan-kawan, tak kanlah syarikat-syarikat besar sanggup melabur jutaaan ringgit untuk kempen pemasaran. Semata-mata untuk produk mereka di lihat setiap hari oleh masyarakat sama ada melalui billboard, kaca tv, surat khabar mahupun social media. Konsep sama kita harus ciplak dan sama-sama BERGANDINGAN untuk menyedarkan masyarakat di Malaysia.
.
Keempat, ermm....keempat ape erk? Hurmm lupa dah. Owhh! Elakkan dari menuding jari dalam isu ni. Salah kau, salah dia, salah mereka. Sampai ke sudah masalah tak kan selesai. Kadang-kadang masalah masyarakat kita macam ni lah, bila ade satu isu, semua orang sibuk duk cari sape yang salah. Lepastu berlarutan dan mulalah merapu sampai ke bab lain. Berbeza dengan apa yang saya belajar, dalam situasi tersebut sepatutnya semua orang kena fokus kepada SOLUSI nya. Apakah jalan penyelesaian terbaik? Bagaimana untuk elakkan perkara ini berulang lagi? Apa langkah seterusnya? dan lain-lain. Macam ni barulah masalah boleh selesai dengan cepat.
.
Yang terakhir adalah kompaun, denda dan yang seantara dengannya. Saya sebenarnya kurang selesa dengan langkah ni. Kalau boleh kita elakkan bab denda-denda ni dan jikalau perlu untuk denda jugak, biarlah dengan tujuan untuk mendidik. Kenapa saya kurang setuju? Menghukum adalah langkah bersifat sementara sebenarnya kawan-kawan. Ianya bukan pendekatan yang efektif pun. Sebagai contoh, kita ada anak. Bila anak tak solat, instead of didik dengan penjelasan dan hujah, kita guna cara hukuman. Anak tu akan solat selagimana kita ada, kerana takut. Akan tetapi sampai satu masa bila anak tu dah keluar dari rumah, anda rasa apa akan terjadi? Sebahagian besarnya akan buat perkara sebaliknya, ‘culture shock’. Di pendekkan cerita, kita tak nak masyarakat kita takutkan denda dan kompaun, atau sebab takut kerana ada cctv merata tempat dan juga mungkin ada pihak penguatkuasa. Tetapi kita nak masyarakat kita buang sampah ke tempat yang sepatutnya adalah kerana mereka mempunyai kefahaman mutlak akan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar dan kawasan setempat. KESEDARAN SIVIK.
.
Saya mungkin betul dan saya juga mungkin salah. Ini cumalah pendapat dan idea-idea dari saya. Jika anda rasa ianya bernas, bolehlah diguna pakai dan saya gembira jika ianya dapat dimanfaatkan. Akan tetapi jika anda ada pandangan dan idea-idea yang lebih kreatif dan menarik, bolehlah kongsi di ruangan komen supaya kita semua dapat gunakan untuk kebaikan bersama. Tugas mendidik itu adalah tugas kita BERSAMA.
.
Terima kasih semua 🙏❤️🇲🇾
.
.
#FaktaAtauPendapat
#SajeSembang #SembangSembang
#SembangSukan #SembangInfo
#SembangPengalaman
#Apekebenda #ilmu #knowledge
#teamazizul #azizulawang
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過3,530的網紅Iena Eliena,也在其Youtube影片中提到,Kereta tak boleh start? Blh guna Powerbank Jumper : https://t.productlink.io/a2yvu Nak Beli Hand Sanitizer and face mask ? Blh beli sini https://t.pro...
「produk terbaik di dunia」的推薦目錄:
- 關於produk terbaik di dunia 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於produk terbaik di dunia 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於produk terbaik di dunia 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於produk terbaik di dunia 在 Iena Eliena Youtube 的最讚貼文
- 關於produk terbaik di dunia 在 Iena Eliena Youtube 的最佳貼文
- 關於produk terbaik di dunia 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳解答
- 關於produk terbaik di dunia 在 Produk Terbaik Dunia added a new photo. - Facebook 的評價
- 關於produk terbaik di dunia 在 Kenapa Produk Jerman Terbaik di Dunia? - YouTube 的評價
produk terbaik di dunia 在 Facebook 的最讚貼文
JUS QASWA.
Nama Qaswa ini sebenarnya mengambil nama, sempena kisah tentang seekor unta kesayangan Nabi Muhammad Rasulullah swt yang dinamakan Qaswa. Qaswa adalah unta yang Baginda tunggang ketika peristiwa penting Hijrah umat islam ke Madinah dan juga ketika Perjanjian Hudaibiyyah.
Jus Qaswa adalah produk kesihatan yang mengabungkan 14 Ramuan Raja Herba (Superfood) Terbaik Dunia dari Timur Tengah, Eropah, Himalaya dan juga Asia.
Jus Qaswa berkelulusan HALAL dari JAKIM.
www.qaswa.my
14 Ramuan dalam Jus Qaswa ini adalah..
Habatussauda, Goji Berry, Beta Glucan, Salacia Reticulata, Flaxseed, Commiphora Mukul, Buah Delima, Jus Lemon, Cuka Epal, Madu, Kurma, Bawang Putih, Halia dan juga Stevia.
Macam kebanyakkan bahan-bahan dalam QASWA tu kita semua dah sedia maklum dan pernah baca tentang khasiatnya.
RAJA HERBA (SUPERFOOD) yang kurang disebut2 di negara ini tapi sangat terkenal di negara luar kerana khasiat tingginya.
Yang 3 itu adalah Goji Berry, Flaxseed dan Salacia Reticulata.
1. Goji Berry ni asalnya dari kawasan tinggi Himalaya. Buahnya kecil berwarna merah tapi padat dengan aktioksidan dan banyak digunakan dalam ramuan untuk menurunkan paras kolesterol, darah tinggi dan kencing manis.
2. Flaxseed berasal dari Mesir dan merupakan tanaman yang tertua sekali di dunia. Omega 3 yang terkandung dalam Flaxseed adalah yang paling tinggi berbanding tanaman lain. Sebab itulah ia bahan yang selalu digunakan dalam ramuan untuk penyakit 3 serangkai.
3. Salacia Reticulata pula banyak tumbuh di Sri Lanka, digunakan secara meluas.
No whatsapp: 013 6461012 ✍️
Cara minum pun cukup mudah. Cuma 1 sudu pagi dan 1 sudu malam. Nak minum 2 sudu pagi dan 2 sudu malam pun boleh dan lebih baik.
Harga biasa 1 botol adalah rm130.
Tapi kalau tambah RM30 sahaja, HQ akan bagi 1 lagi botol.
Jadi pada harga RM160, tuan puan akan menerima 2 BOTOL JUS QASWA.
Bukan itu sahaja. ADA BONUS.
HQ akan bagi FREE GIFT / PERCUMA 1 botol GEL SENDI DAN LUTUT QAIRA yang bernilai RM130.
www.qaswa.my ✅
produk terbaik di dunia 在 Facebook 的最佳貼文
Bayangkan jika korang datang dari kurun terbaik, iaitu zaman ugama islam sedang naik, zaman masjid solat subuh penuh macam solat jummaat, zaman orang islam solat tahajjud meriah macam tengok bola, yang mana terdengar tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., zaman semua orang lelaki keluar berdakwah rumah ke rumah.., zaman perempuan berpurdah walaupun dalam gelap, bayangkan...
Err, bukan bayangkan perempuan berpurdah dalam gelap tu, maksud saya, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman dunia tunduk di bawah pemerintahan ‘kuku bersih’ ummat islam... zaman peniaga pakat-pakat meninggalkan kedai dan perniagaan sebaik azan berkumandang.., zaman budak budakpun jaga sembahyang, zaman di mana orang kafir masuk islam berbondong bondong sebab terkesan dengan akhlak mulia orang islam, zaman di mana perempuan cantik berjalan di malan hari tanpa gangguan.., bayangkan..
Tengok?! Bukan bayangkan perempuan cantik berjalan di malam hari tanpa ganguan, maksud saya, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman orang arab berdakwah ke seluruh dunia, zaman 1000 tahun yang lampau, zaman yang mana apabila lelaki bertemu lelaki, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, apabila perempuan bertemu perempuan juga, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, dan apabila kanak-kanak bertemu kanak-kanakpun, mereka juga akan bercakap tentang kebesaran Allah..
Lalu di zaman itu, korangpun ikut serta pergi berdakwah ke seluruh dunia, ditakdirkan tuhan, korang ikut berdakwah dengan satu jemaah ke kutub utara.., dakwah orang eskimolah pulak.., sampai kat sana, sedang asyik korang berzikir atas behtera, sekali kapal korang terlanggar iceberg, terus buat korang tercampak ke dasar lautan yang suhunya bawah paras beku, dan automatik korang terus jadi mayat beku macam ikan dalam ruang frozen peti ais, dan ditakdirkan tuhan, korang berada dalam zon “Suspended animation” atau apa nama ntah, macam "induced hibernation".., alahai macam Sylvester Stallone, dan Wesley Snipes dalam filem Demolition Man tu... (baca: sayau orang tua, rujukan filem pun adalah filem lama, adohai)
Update: Okey ada movie baru saya tengok kejadian macam ni, Captain Amarica beku di bawah ais, ha ha, tak lah tua sangat pakcik ni!
Nak di jadikan cerita, rakan pendakwah korang pulak tak jumpa cari korang di dasar kutub utara tu, maka berhabinasilah korang dalam kesejukkan yang menberhentikan segala perjalanan darah dan denyutan jantung...
1000 tahun kemudian, korang dijumpai oleh orang Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik kat kutub utara, mungkin buat ABC (air batu campur) terbesar di dunia siap campur dengan tapai dan pulut, mungkin?
Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam iceberg selama 1000 tahun itu di bawa pulang ke Malaysia, lalu di bawa masuk ke makmal kat Universiti Sains Malaysia, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik TNB, memandangkan segala jasad korang masih lagi elok sebab tak reput.., sama macam kes benar rakyat jepun Mitsutaka Uchikoshi pada tahun 2006, yang terperangkap dalam suhu sejuk tapi dapat hidup selama 24 hari tanpa makanan dan minuman akibat dari hypothermic state yang hampir sama dengan kes korang iaitu hibernation atau Suspended animation.. (lain kali jangan ponteng kelas sains PDPR)
Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang sudah berubah, ada ala-ala kisah pemuda al kahfi gitu.., yang terjaga selepas ‘berhibernasi’ selama 300 tahun, jadi korang pun tanya, “kat mana aku ni?”.., dan legalah korang bila di beritahu bahawa korang berada di negara Malaysia, yang mana agama rasminya islam, pemerintahnya islam, dan ramai rakyatnya juga berugama islam, juga ada sekolah islam, Universiti islam, Bank islam, penjiman islam, Coklat islam, kedai makan islam, zoo islam, parti islam, penyanyi islam, kereta islam dan kad kredit islam pun ada..,
Bila dah sembuh, korang pun jalan jalan kat Malaysia, bila tiba waktu azan, korangpun sukalah sebab bukan main kuat lagi azan, satu bandar boleh dengar.., lepas tu korang ke masjid, wah.., bukan main besar lagi masjid, siap ada karpet, lampu antik, sejadah lembut dan saujana mata..,
Tapi.., bila solat, tak sampai satu saf?
Mana pergi rakyat malaysia yang beragama islam? Kenapa zaman aku dulu, masjid penuh sampai ke belakang.., tapi sekarang takde orang? (maaf, sebab agak cliché dan kisah ni berlaku sebelum Covid 19 merebak)
Lepas solat di masjid yang lengang, korangpun pergi kedai makan, oh.., tahulah korang, kenapa masjid kosong, kat sini rupanya orang Malaysia sedang berkumpul.., penuh meja makan.., dan dalam semua kedai makan tu, ada TV besar, dan ada perlawanan bola secara langsung... UERO202$!
Oleh sebab meja makan penuh, korangpun tunggulah dulu kat luar.., sambil berniat nak buat dakwah sikit, nak bercakap tentang iman dan ketuhanan, sebab zaman korang dulu, jika ada masa lapang, terus ajak kawan kawan duduk dalam majlis iman.., majlis bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah..
Korangpun nampak satu orang makcik, dah tua dah.., bertudung dan sedang duduk baca katalog iklan sebuah pasaraya islam.., korangpun tegur makcik tu, dan lepas tu korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai perbualan dengan soalan siapa paling kuat? yang korang akan jawab sendiri, iaitu Allah paling kuat, dan terus merancakkan dakwah, tapi bila korang Tanya makcik tu akan soalan:
“makcik tahu tak siapa yang paling kuat?”
Belum habis korang bercakap, makcik tu terus menyampuk, “Serbuk pencuci X lah yang paling kuat dan handal menghapuskan kotoran, dengan sesudu sahaja, mampu menghilangkan segala kotoran degil!”
Terkejut berok korang dibuatnya, dan makcik tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi produk merujuk kepada katalog iklan tu.., “makluk A ni bagus,, Makhluk B ni hebat, makhluk C ni kuat”.., rupa-rupanya makcik tu adalah agen MLM yang sedang promote kehebatan prodoknya yang boleh bagi manfaat jika beli dan boleh bagi mudarat jika tak beli, lepas tu cerita tentang sistem piramid, ekonomi islam, harga yahudi dan kualiti palestin?..,
korangpun terus jadi takut dan blah..., sebab takut iman korang rosak melayan makcik yang dah jadi syirik sebab yakin dengan produknya boleh bagi manfaat, sedangkan yang boleh bagi manfaat dan mudarat adalah Allah..
Setelah korang berada agak jauh dari makcik tu, korang terjumpa pulak budak-budak yang sedang lepak sambil bermain game di Smart phone yang ayah dia beli secara hutang, korang rasa budak ni boleh ‘makan’ ni.., bolehlah aku meningkatkan keimanan dengan bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah.. , korangpun tegur budak tu, dan macam tadi jugak, korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai dengan soalan yang korang akan jawab sendiri, iaitu..
“adik tahu tak siapa yang paling kuat?”
Belum habis korang bercakap, budak tu terus menyampuk, “Thanos paling kuat!”
Terkejut berok korang dibuatnya, Thanos tu menanang apa? Lata dan uzza korang tahulah, ni nama berhala mana pulak ni? dan budak tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi kehebatan watak dalam game yang sedang mereka main .., “tapi One Punch Man juga kuat bang, Gokupun, Superman Zack Snyder pun kuat, DarkSide tak payah cakap ler, memang kuat sangat, Thor lagi, dia tu dewa.., Bezita, dan Jirenpun.., semua kuatlah bang.., itu belum cerita Keiju Pacific Rim punya geng!
Arghh, korangpun mulai pening.., lepas tu azan berkumandang lagi, dan korangpun terus ke masjid, tinggalkan budak tu, tinggalkan kedai makan yang penuh sebab bola belum habis lawan lagi, dah sampai masjid, sama macam tadi, solat jemaah tak sampai satu saf.., imampun baca surah pendek, doa pendek dan terus cabut, mungkin nak tengok bola, dan tinggallah korang sorang diri dalam masjid..
Perut masih lapar, korangpun keluar dan masuk jugak kedai makan, tengok semua orang sedang menjerit jerit melihat bola, ada pulak satu kerusi kosong, dan korang pun duduk dekat satu brader berkopiah yang sedang minum air teh tarik..
Brother ni punya penampilan ada ala ala sunnah Nabi, dengan serban hitam atas bahu, celak mata hitam, jubah labuh, dan kayu sugi tersebul dari celah poket, brother tu senyum memeberi salam sambil pelawa korang duduk.
“Bro, kau tahu siapa yang paling kuat?”
Tanya brader tu pada korang, korangpun senyum sebab ada jugak orang yang nak bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah, tapi belum sempat korang jawab, brader tu dah jawab dah..,
“Perancis lah paling kuat bro, mereka sentiasa ada mentaliti untuk menang, personaliti setiap pemain selain kepantasan permainan serta kebijaksanaan semasa di dalam padang. Pergghh, terbaik! Sejarah dah buktikan mereka boleh menentang mana-mana pasukan tidak kira dari segi taktikal atau pasukan yang gemar menguasai permainan kerana mereka merupakan pasukan yang bijak. Pasukan yang kita tak jangka sebab boleh berubah-ubah dari segi taktikal. Tidak kisah mana-mana pemain yang beraksi. Secara fizikal mereka sangat padu dan penyudah mereka sangat sedap! bla bla bla..
*******
Malam itu, ketika korang sedang iktikaf sorang diri di Masjid, selepas solat tahajjud, korangpun berjalan mengambil udara segar se awal jam 3 pagi.., teringat korang pada kampung halaman, yang mana pada waktu begini, akan terdengar suara tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., lalu korangpun menyusuri perumahan islam di Malaysia, sunyi sepi, tiada tangisan kedangaran.., tiba tiba terdengar jeritan yang sungguh kuat!
“GOAL!!!”
Terjekut berok korang di buatnya, hampir setiap rumah terdengar orang menjerit, “goal” dan ketawa , menyanyi serta menari.., korangpun cabut lari.. lari sejauh jauhnya, lari untuk selamatkan iman...
Sehinggalah korang tiba ke satu gua, dan korangpun tertidur keletihan.., ditakdirkan tuhan, korang pun tertidur lagi.., dan berlakulah hypothermic state, lalu terus ber hibernation dan kekal dalam Suspended animation..
*****
1000 tahun kemudian, sejarah berulang kembali.., korang sekali lagi diselamatkan oleh Rakyat BolehLand a.k.a Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik dalam gua, mungkin buat ABC pertama dalam gua yang di campur bersama sarang burung layang layang, mungkin?
Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam gua selama 1000 tahun itu di masuk ke makmal kat Universiti Sains BolehLand, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik TNB...
Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang lagi banyak berubah, semua orang warna muka mereka sudah lain macam, ada yang warna biru, kuning, merah dan putih..
Korangpun Tanya, kenapa muka korang bewarna warni?
Jawab mereka, “bukankan sekarang Malaysia ni dah jadi tuan rumah piala dunia?, kita kenalah raikan bersama, sebab tu kami kaler muka kami dengan warna bendera, abangpun kenalah couler jugak!, lalu mereka pun menyanyi..
Selamanya! Selamanya!
Selamanya Harimau Malaya
Lelelelela OOOoo OOo,
Lelelelelaa aaaaa aaaaa,
Lelelelela OOOoo OOo,
Lelelelelaaa Harimau Malaya
Harimau Malaya
Arghh, korangpun jadi sasau.., lalu menjerit.., tolong!
Tiba tiba badan korangpun bergoncang.., makin lama makin kuat..,
“Bang bangun bang, dah dekat nak subuh dah ni..”
Oh, rupanya korang bermimpi.., jam menunjukkan waktu 3 pagi.., korang rupanya rakyat Malaysia, dan tahun sekarang adalah 2020.., dunia belum kiamat..
“Terima kasih sayang, kejut abang, solat tahajjud..”
“Pandailah abang buat lawak, kan abang suruh saya kejutkan abang malam ni sebab nak tengok bola piala eropah..”
“Oh, ye ke?,”
Korangpun bangun, pergi kencing, lalu duduk depan TV sambil tersengih sengih...
Siapa yang bakal menang?
Perancis atau iblis? kita jumpa di saf permata masjid subuh habis PKP nanti..
Woha!
produk terbaik di dunia 在 Iena Eliena Youtube 的最讚貼文
Kereta tak boleh start? Blh guna Powerbank Jumper : https://t.productlink.io/a2yvu
Nak Beli Hand Sanitizer and face mask ? Blh beli sini https://t.productlink.io/a16fcn [Ready Stocks] Instant Hand Sanitizer 120ML / 250ML / 500ML / 800ML / 1LITER, Alcohol 75%
READY STOCK FACE COVER MASK MEDICAL 10 PCS LIMITED STOCK https://t.productlink.io/a16fco
Bioion Germ-Free Deo-Sanitizer :https://t.productlink.io/a16fcp
[READY STOCK] Alcohol based Instant Hand Sanitizer :https://t.productlink.io/a16fcq
Disposable Poly Glove : https://t.productlink.io/a16fcr
Goggles Clear Eye Protection Glasses : https://t.productlink.io/a16fcs
Surgical face mask : https://t.productlink.io/a16fct
Wardrobe Cik iena : https://t.productlink.io/a13fb0
Cik iena kongsikan video Unboxing Shawl Dari Shera Lee.
Shera Leemerupakan satu jenama yang menjadi sebutan di pasaran Malaysia . Shera Lee bermaksud Keselesaan & Kualiti di dalam produk yang dikeluarkan. Sheera Lee meraikan wanita Idealis & Karismatik di seluruh dunia.
Untuk pengetahuan Shera Lee merupakan sebuah Syarikat yang menawarkan Selendang Custom Premium untuk Wanita- wanita yang gemar memakai tudung yang kelihatan bergaya dan elegant.
Jenama ini semakin mendapat tempat kerana rekaannya yang cantik, unik dan elegant ditambah dengan kualiti kain yang terbaik.
Baca Review Penuh di http://www.ienaeliena.com/2020/04/Koleksi-SUMMER-RAYA-dari-SHERA-LEE.html
Untuk Maklumat lanjut
Web : sheralee.my
IG : www.instagram.com/sheralee.my
FB : www.facebook.com/sheralee.my
#sheraleemy
#Sheralee
#SLbabes
#SummerRaya2020
#summerraya
produk terbaik di dunia 在 Iena Eliena Youtube 的最佳貼文
Baru-baru ini Cik iena berkesempatan menghadiri Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale yang berlansung di Berjaya Times Square. Ini merupakan kali ke dua Cik iena ke Esports Tournament. Jika sebelum ini Cik iena ke Taiwan Excellence Esports Cup 2019 10th and Final Qualifier Tournament di Battle Arena Malaysia. Kali ini Cik iena ke Grand Finale pula.
Sebelum Cik iena berkongsi lebih lagi mengenai pengalaman Cik iena di Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square . Cik Iena kongsikan terlebih dahulu mengenai Esports dan Taiwan Excellence Esports Cup.
Apa itu eSports
Sukan elektronik (e-sukan) atau lebih dikenali sebagai E-Sport adalah sejenis sukan yang menggunakan elektronik-elektronik yang terdapat di dalam kehidupan seharian seperti Dota 2, Counter Strike, League of Legends dan banyak lagi.
e-Sukan merupakan sebuah industri baru bukan sahaja kepada pembangunan permainan video tetapi ianya merupakan industri dan sumber ekonomi baru kepada individu yang meminati permainan video secara positif.
Dalam permainan e-Sukan para pemain selalunya akan dibayar apabila bermain permainan video tersebut. Sukan elektronik sebenarnya telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia dari hari ke hari serta sokongan dari pelbagai pihak swasta dan kerajaan.
eSports sudah menjadi salah satu sukan yang terbesar dan paling popular di seluruh dunia secara beransur-ansur. Di Malaysia, bilangan peminat dan penggemar eSports sentiasa bertambah pada kadar yang sangat memeranjatkan.
Mengenai Taiwan Excellence?
Taiwan Excellence merupakan sebuah badan kerajaan yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) dan Taiwan Minitsry of Economic Affairs (MOEA) yang bertujuan untuk mengiktiraf produk-produk inovatif keluaran Taiwan ke seluruh dunia.
Seperti yang anda sedia maklum produk-produk Taiwan sangat tidak asing di negara kita di mana kebanyakkan produk inovatif Taiwan memberi memberi impak nilai terbaik. Ini kerana produk-produk Taiwan yang dieksport ke luar negara telah melalui proses yang amat tinggi dan telah diiktiraf dari sudut R&D, reka bentuk, kualiti dan juga pemasaran.
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Berikutan kejayaan kejohanan Taiwan Excellence eSports Cup yang dilancarkan pada bulan April tyang lalu, kejohanan ini akhirnya telah tiba di puncak kemahsyuran, pusingan Grand Finale. Sepanjang perjalanan kejohanan ini, Taiwan Excellence Esports Cup telah merangkumi lebih 10 pertandingan LAN dan online yang dianjurkan di dalam negara, menyaksikan 283 pasukan dan 1,415 peserta bersaing antara satu sama lain untuk kelayakan ke pusingan seterusnya yang direbuti ramai.
Kejohanan selama tiga hari ini akan menyaksikan atlet-atlet e-sukan terbaik Malaysia untuk bertarung dalam 3 kategori gaming utama yang berikut, CS: GO, DotA 2 dan League of Legends. Juara bagi setiap kategori akan memenangi RM10,000 masing-masing dan pasukan yang menjuarai kategori CS: GO akan menerima tiket keemasan ke Taiwan untuk bertempur dengan empat negara-negara lain yang iaituTaiwan, Thailand, Filipina dan India. Pemenang diantara 4 negara ini akan menerima hadiah utama tambahan sebanyak US$ 2,000.
Sejak permulaan kejohanan ini, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menyuarakan sokongannya terhadap kejohanan ini kerana ianya merupakan satu peluang yang baik untuk belia kita pada zaman ini untuk menyerlahkan bakat-bakat mereka menerusi platform #HealthyGaming.
Dengan semangat yang tinggi, wakil dari Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Anne Hung berkata,
“Apabila kami memulakan (kejohanan) tahun ini, kami memang berkeyakinan dapat membawa dan menyampaikan mesej kami kepada peminat-peminat esports dan penggemar-penggemar teknologi di Malaysia. Kejohanan ini merupakan cara kami mempamerkan hasil-hasil inovasi Taiwan yang terbaik melalui platform yang menarik dan interaktif.”
Kejohanan ini juga telah mendapat sokongan dari jenama-jenama Taiwan termasuk Aorus, Aero, Coolermaster, InWin, MSI, Predator, Republik Pelayar (ROG), TeamGroup, Thermaltake, Transcend, XPG, ZADAK, dan Zowie. Penglibatan mereka telah memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengalami pengalaman tahap tertinggi e-sukan melalui kejohanan ini.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai acara-acara gaming sampingan seperti Tekken 7, Super Smash Bros, PES 2019, dan Mobile Legends: Bang Bang. Pemenang acara-acara ini akan pulang ke rumah dengan hadiah wang tunai sebanyak RM9,000 di saku mereka. Tambahan lagi, terdapat juga beberapa aktiviti yang menyeronokkan seperti mini DotA 2, pertandingan pemasangan komponen-komponen esport, pelelangan produk-produk esport pada harga eksklusif yang mampu menaikkan taraf kelengkapan gaming gamers, serta cabutan bertuah dan hadiah-hadiah percuma untuk semua peserta!
http://www.ienaeliena.com/2019/10/taiwan-excellence-esports-cup-2019-grand-finale.html
produk terbaik di dunia 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳解答
Sy selalu pesan dgn anak sy.. sy dh melahirkan anak jutawan.. tapi sy belum melahirkan anak2 yg hafal al quran.. yg nampak bakatnya ialah @nurainsufiah..
.
Setiap hari anak ini menghafal al quran bila pulang sekolah sampai tetidur.. dn bila dia bangun tidur.. sentiasa dgr daripada handphonenya ayat2 al quran.. sepatutnya kakak dn abgnya di rumah ini (remaja menjadi contoh kpd dirinya).. tapi dia adalah contoh terbaik utk kakak abg adiknya.. dn juga contoh utk sy pandang.. bahawa anak yg berusia 13 tahun ini bersungguh2 utk menghafal al quran..
.
Bila melihat bekas suami sy meninggal semalam. Habis sudah capter dunianya , bila pula masa sy nk balik jumpa Allah takut sgt cukup ke amal sy ni
.
sy menziarahinya buat kali terakhir.. air mukanya tersenyum sampai ketelinga dgn bauan yg sgt harum menunjukkan sifat ahli2 syurga jannah.. kerana akhlaknya yg sgt baik.. sabar.. dihujung usia dia sentiasa kemesjid ..Makan dn kesiihatan xjaga myb xfaham ..Akhlak sabar dn manis mukanya walaupun dizalimi .. Dia dgn ujian kemiskinan.. dgn ujian kekayaan.. dia x mabok dgn apa yg dimiliki oleh anak2 nya.. dn dia masih bekerja sbgai pengawal keselamatan wlu anak sy sentiasa kasi kemewahan.. dia xmau harta dunia..!!
.
Rasa sedih kerana dia pernah cerita kpd anak2 sy yati dn syukri.. bahawa hidup dia xbahagia dn hanya pesannya yg baik2
.
“Tanam abah kat sebelah arwah Ani.. janganlah memutuskan silaturahim sesama adik beradik walau apa pun terjadi.. tanya lah khabar..” 1 amanah yg baik.. pesanan iktibar dari bekas suami sy kpd kita yg masih hidup
. .
Jgn lah hidup kecam dn memutuskan silaturahim.. (maaf lari topik masih sedih sy )..
.
Gel bidara pohon shurga ..buahnya sy gunakan rawat kulit dlm gel mandian bidara arab ia merupakan 1 bahan elok digunakan utk mandikan mayat dlm islam tujuanya utk buih dn baunya harum..tetapi dlm produk yg sy buat ini.. dia sgt bagus utk merawat masalah kulit..bengkak..gegata dn melambatkan penuaan kulit..
.
Al fatihah buat ayah kpd anak2 sy.. berakhir sudah kehidupan nya di dunia.. dn semoga Allah merahmati rohnya utk meneruskan perjalanananya di alam barzakh..
.
Follow ig adik @maryam.nur.amani dn kakaknya @nurainsufiah.. info produk @jrm.official
produk terbaik di dunia 在 Kenapa Produk Jerman Terbaik di Dunia? - YouTube 的推薦與評價
Produk "Made in Germany" memang terkenal akan kualitas yang tinggi dan harganya yang lumayan. Kok bisa? Malahan, dulu produk Jerman sempat ... ... <看更多>
produk terbaik di dunia 在 Produk Terbaik Dunia added a new photo. - Facebook 的推薦與評價
1. Mencerahkan dan memutihkan wajah secara alami · 2. Memperhalus tekstur kulit wajah · 3. Mencegah dan mengatasi jerawat / bekas jerawat / flek ... ... <看更多>