bila en suami minta belikan kimchi....tetiba rasa kedekut😅.
benda kita boleh buat...boleh jimat kenapa nak kena beli😬.
anggaran kos bahan mentah tak sampai rm 10 boleh dapat 3 bekas.
secukup rasa seadanya😊.
KIMCHI TEKAK MELAYU STYLE:
========================
Bahan-bahannya:
1. Sebiji kubis napa (cina)-sederhana besar
2. Sebiji carrot merah - hiris nipis
3. Sebiji carrot putih - hiris nipis
4. Segenggam daun bawang - potong sederhana panjang
5. 5 ulas bawang putih *
6. Sebiji bawang holland (sederhana besar) *
7. Satu inci halia tua *
8. 5 sudu sos ikan *
9. 2 sudu kecil gula merah *
10. 3 sudu besar tepung beras yang telah dimasak *
11. Garam halus secukupnya
12. 3/4 cawan serbuk cili (babas pun boleh)
CARA-CARANYA:
=============
1. Kubis dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih setiap helaian dan direndam dalam air dalam 30 minit.
2. Sejatkan kubis dan lumurkan garam setiap helaian daun. Letakkan dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam. Balik-balikkan bagi garam rata.
3. Panaskan periuk kecil dan masukkan 1/2 cawan air dengan 2 sudu besar tepung beras. Masak sampai likat. Matikan api dan sejukkan.
4. Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam pengisar beserta dgn bancuhan tepung beras. Kisar sehingga halus.
5. Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas.
6. Masukkan serbuk cili ke dalam bahan kisar. Gaul rata sampai menjadi pes yang agak pekat.
7. Masukkan juga potongan carrot dan daun bawang.
8. Kubis yang diperap tadi bolehlah diangkat dan dibasuh beberapa kali untuk hilangkan rasa masin yang melampau. Lepas basuh kena perah kubis sampai keluar air yang ada.
9. Kubis tadi boleh dipotong 3 atau lebih kecil.
10. Sesudah tu bolehkah dimasukkan ke dalam pes kimchi. Kacau rata sampai semuanya bersalut mesra.
11. Dah siap dan boleh disimpan dalam bekas.
Nota kasih sayang:
* kimchi boleh dimakan segera dengan rasa sayur-sayuran yang masih ranggup.
* kebiasaannya kimci disimpan pada suhu bilik untuk proses penapaian selama 2-3 hari. Rasanya akan jadi sedikit masam.
* simpan dalam peti ais dan akan ianya akan kekal dengan rasa masam, manis & masinnya.
* nak lebih sedap masa nak makan taburkan sedikit bijan yang disangai.
* sesuai sangat kalau dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng & mee segera.
Fuhhh....berjela. Minta maaf banyak-banyak sebab asalnya bagi gamba tak beresepi. Ingatkan tak laku😅😅😅
Yang sabar menanti resepi terima kasih banyak-banyak semoga sabar membuahkan hasil air tangan yang paling bermanafaat.💕💕💕
Pada yang suka kimchi...sukalah. Yang kata masam@ tak kena dengan selera tu tekak masing-masing punya rasa.😇
Kredit: noor azmawani
.
.
同時也有274部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Macam yang kita tau, Caprice antara selebriti yang begitu lantang mengutuk kekejaman rejim Zionis terhadap bumi Gaza. Bulan lepas, Caprice pernah men...
rata 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
Makan dengan nasi panas memang layan 😋
RESEPI KENTANG IKAN BILIS CILI BEREMPAH
BAHAN-BAHAN
Ikan bilis 1 cawan ( dibasuh dan digoreng)
Ubi kentang 5 biji ( hiris nipis )
Cili merah 1 ( dibelah )
Cili hijau 1 ( dibelah )
Bawang besar 1 ( dihiris )
Bawang putih 3 ulas(dihiris)
Daun kari 2 tangkai
Serbuk kari 1 sudu besar
Cili kisar 5 sudu besar
Kicap Manis 3 sudu besar
Serbuk perasa
Gula
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak , masukkan ubi kentang goreng sehingga keperangan Dan sedikit garing . ( Angkat dan ketepikan )
2. Kemudian masukkan ikan bilis dan gorengkan sehingga ianya masak rangup . ( Angkat dan ketepikan )
3. Gunakan minyak yang sama , tumis bawang putih , daun kari dan bawang besar sehingga naik bau .
4. Perlahankan API , masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak .
5. Kemudian masukkan serbuk kari . Gaulkan sehingga sekata .
6. Masukkan kicap , serbuk perasa dan Gaulkan sebati
7. Masukkan cili hijau , cili merah ,ubi kentang dan ikan bilis yg telah digoreng tadi , Gaulkan kesemuanya sehingga rata dan masak seketika .
8. Siap untuk dihidang .
SELAMAT BERBUKA PUASA😊
Kredit Nurul Ateekah
rata 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜 𝗥𝗔𝗛𝗦𝗜𝗔 𝗞𝗨𝗜𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗜𝗔 𝗚𝗘𝗕𝗨 𝗚𝗘𝗕𝗔𝗦𝗦𝗦
BAHAN-BAHAN
1) Bahan-bahan untuk kuih :
1 kg keledek putih
1 cawan tepung gandum (anggaran, tambah kalau kurang)
1 sudu teh garam halus
2 sudu minyak masak (guna waktu nak bentuk keria)
Minyak secukupnya untuk menggoreng.
2) Bahan-bahan untuk sira :
1 1/2 senduk gula pasir
1 senduk besar air
CARA-CARA :
1) Kuih Keria
- Keledek dibuang kulit dan dipotong kecil.
Rebus dengan air secukup dengan garam hingga empuk.
- Setelah empuk angkat toskan air. Terus lecek keledek hingga lumat dalam keadaan keledek masih panas.
- Biarkan suam-suam kuku baru letakkan tepung sedikit demi sedikit. Agak-agak kuih dapat dibentuk jadi gegelang kecil dan tak terlalu seroi.
❗Tips penting waktu bentuk gegelang kuih keria. Gunakan minyak supaya bentuk gegelang jadi cantik dan kuih tidak keras. Elakkan guna tepung waktu nak bentuk sebab nanti keria kita akan jadi keras.
- Goreng kuih keria di dalam minyak yang sederhana panas hingga kuning keemasan.
- Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk seketika sebelum disira dengan gula.
2) Sira Gula
- Masak gula pasir dan air dengan api sederhana hingga berbuih.
Setelah berbuih, perlahankan api dan masukkan kuih keria tadi. Kacau rata sehingga gula melekat pada seluruh kuih.
- Tutup api setelah gula tersalut pada kesemua kuih keria.
- Hidangkan kuih keria dan sedia dinikmati.
P/S : Ini resepi dan tips Mama Kak King waktu Mama meniaga dulu. Memang jadi feveret orang sekitar Gombak dulu. Kalau time bazar ramadan, licin sokmo!
Selamat mencuba!! Jangan lupa share tau..
Resepi resepi kuih terbaik follow ye
.
.
rata 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
Macam yang kita tau, Caprice antara selebriti yang begitu lantang mengutuk kekejaman rejim Zionis terhadap bumi Gaza. Bulan lepas, Caprice pernah mencetuskan kontroversi apabila bertindak berdebat dengan dua influencer Israel. Terbaru, Caprice telah berjaya mendapat kebenaran untuk memasuki Gaza, Palestin bagi mengikuti misi kemanusiaan dan beliau menganggap ini satu rezeki yang tidak disangka-sangka. Namun, Caprice berkata, dia terbang ke negara bergolak itu bersendirian dan meminta orang ramai mendoakan semuanya berjalan lancar.
Caprice juga berjanji untuk mengharumkan nama negara dan rakyat Malaysia. Rata-rata netizen termasuk rakan selebriti turun mendoakan agar urusan penyanyi itu dipermudahkan. Jom kita ikuti perjalanan Caprice dalam misinya untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang ditindas di Palestin. Sama sama kita doakan semoga Caprice selamat dan berjaya dalam misi kemanusiaan. #
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog Budiey: https://cutt.ly/HnAOWsZ
Music Epidermic: https://www.epidemicsound.com/referral/1ael5g/
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Merchandise Baju T:
https://cutt.ly/9nAOnlc
Thanks for watching!
rata 在 Budiey Channel Youtube 的最讚貼文
Belum pun reda dengan isu rentas negeri dan beli karpet dekat Nilai, Neelofa sekali lagi menjadi perhatian dan kecaman netizen apabila didakwa melanggar SOP hari raya Aidilfitri yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sebuah video berdurasi 27 saat yang menunjukkan ahli keluarga Neelofa berkumpul menyambut 1 Syawal telah menjadi viral di Twitter. Video berkenaan menunjukkan sesi bersalaman dan bermaaf-maafan dalam kalangan ahli keluarga mereka. Rata-rata netizen mula mempertikaikan tentang perkara tersebut kerana ia dikatakan telah melanggar SOP. Yelah, sekarang kan PKP mana boleh pergi berkunjung rumah ke rumah untuk sambut hari raya. Jika mengikut SOP yang telah ditetapkan, tiada ada sebarang aktiviti kunjung-mengunjung dibenarkan ketika Hari Raya Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). #NEELOFA #NORMANHAKIM
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
Music Epidermic: https://www.epidemicsound.com/referral/1ael5g/
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
rata 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
Warna-warni seakan pelangi biskut Lidah Kucing ni memang comel betul la. Lagi comel dalam bentuk bunga macam ni. Rasanya yang rangup dan rapuh tu, confirm budak-budak suka?
Resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi Berbentuk Bunga, Unik & Tak Rugi Cuba!
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi Berbentuk Bunga
Bahan-bahan
250 gm mentega
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1 sb esen vanila
1 sb emplex
3 biji putih telur
pewarna makanan (merah jambu, oren, biru, ungu, hijau dan kuning)
1/2 cwn gula kastor
Cara memasak
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila sehingga kembang.
2. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.
3. Ayak tepung gandum, tepung jagung, dan emplex. Kacau semua bahan sehingga tercampur rata.
4. Kemudian, asingkan adunan menjadi enam bahagian.
5. Warnakan setiap satu bahagian dengan pewarna makanan dan kacau sehingga warna sekata.
6. Masukkan setiap adunan ke dalam piping beg tersendiri.
7. Paipkan ke atas loyang satu persatu sehingga membentuk bunga.
8. Akhir sekali, bakar pada suhu 150°C selama 15-17 minit.
9. Biskut Lidah Kucing Pelangi Berbentuk Bunga siap untuk dihidangkan.
Nota: Biarkan biskut sejuk seketika sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan biskut lemau.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Flower-Shaped Lidah Kucing Cookies Recipe, Unique & Worth To Try This Eid
The bright rainbow colors of these Lidah Kucing Cookies is super cute! Plus, a beautiful flowery-pattern. The crispy texture is definitely a favorite, especially for kids!
Flower-Shaped Lidah Kucing Cookies Recipe
Ingredients
250 gm butter
200 gm wheat flour
50 gm corn flour
1 tbsp of vanilla essence
1 tbsp of emplex
3 egg whites
food coloring (pink, orange, blue, purple, green, and yellow)
Cooking methods
1. Beat butter, sugar, and vanilla essence until fluffy.
2. Pour in egg whites bit by bit and mix until well-combined.
3. Sieve wheat flour, corn flour, and emplex. Mix until all ingredients are nicely combined.
4. Then, divide the batter into 6 portions.
5. Color each of them with food coloring until evenly mixed.
6. Insert the colored batter into piping bags.
7. Pipe the batter one by one on the baking mold forming a flower.
8. Lastly, bake at 150°C for 15-17 minutes.
9. Flower-Shaped Lidah Kucing Cookies ready to be served.
Note: Leave to cool for a while before storing them in an airtight container to avoid becoming soggy.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#kisahdunia #rasaflix #homemade #kuihraya #lidahkucing #biskutraya #pelangi #rainbow #warnawarni #biskut #sedap #manis #rangup #resepi #recipe #TikTokChef #TikTokGuru #SeleraRamadan #mr_lovva #kdboom #nntaca #aquamarine #fightingrose