PERMAISURI JOHOR TITAH BERIKAN SUMBANGAN KEPADA BARISAN HADAPAN SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN
DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, telah bertitah kepada semua pihak bahawa tidak perlu mengurniakan sebarang persembahan sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-62, In Shaa Allah 14 Ogos ini.
Sebaliknya, Baginda bertitah adalah lebih bermakna kepada Baginda jika mereka yang berniat demikian menyalurkan sumbangan bantuan kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras memerangi pandemik COVID-19, terutamanya kakitangan perubatan.
“Saya menerima dan mensyukuri semua yang ingin meraikan ulang tahun keputeraan saya, namun dalam keadaan luar biasa kini, saya amat terkesan dengan komitmen dan usaha petugas barisan hadapan kita.
“Oleh itu, saya akan anggapkan apa-apa bantuan kepada mereka sebagai hadiah ulang tahun keputeraan saya yang begitu istimewa,” titah Tuanku Permaisuri kepada Royal Press Office (RPO), hari ini (11 Ogos).
#theroyaljohor
#johor
#royapressoffice
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...