Selamat kemerdekaan NKRI yang ke 74!
.
Tekun dan semangat dalam kembara umat yang masih jauh , dirgahayu Nusantara !
.
#Repost @ary.ginanjar
・・・
Rasa semangat adalah kunci untuk seseorang berjuang hingga akhir.
Rasa semangat adalah kunci untuk seseorang mencapai tujuan.
Rasa semangat adalah kunci untuk seseorang bertahan dikala sulit.
.
Jika rasa semangat itu hilang, maka apa yang akan Anda lakukan?
.
Tetap semangat.
Tetap berjuang.
Sebab, tidak ada perjuangan yang sia-sia.
.
Begitulah yang diajarkan sejarah kepada kita selaku masyarakat Indonesia.
.
Saya, Ary Ginanjar Agustian dan segenap keluarga besar ESQ Group mengucapkan DIRGAHAYU INDONESIA KE-74
.
ESQ - Expert in Character Building
.
#esqtraining
#aryginanjaragustian
#17Agustus
#HariKemerdekaan
#ExpertinCharacterBuilding
「sejarah kemerdekaan indonesia」的推薦目錄:
sejarah kemerdekaan indonesia 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
[Fakta Ringkas Jawi]
1. Suratkhabar Melayu yang pertama iaitu Jawi Peranakan diterbitkan dari 1876 sehingga 1895 dalam tulisan Jawi.
2. Utusan Melayu diterbitkan pertama kali pada 1939 dalam tulisan Jawi.
3. Dokumen pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957 yang ditandatangani oleh Tunku Abdul Rahman ialah dalam tulisan Jawi.
4. Batu Bersurat (1303M) yang ditemui di Kuala Terengganu adalah dalam tulisan Jawi.
Penggunaan tulisan Jawi mula merosot apabila Akta Bahasa Kebangsaan diwartakan pada tahun 1963 dengan memutuskan bahawa tulisan rasmi negara Malaysia ialah tulisan Rumi. Namun untuk mengatakan tulisan Jawi bukan sebahagian dari silibus dan tiada kena mengena dengan pembelajaran adalah sangat jauh menyeleweng faktanya.
Tulisan Jawi adalah warisan orang Melayu, penduduk asal Malaysia yang dikenali sebagai Tanah Melayu dulu. Tiada kaitan dengan agama yang dianuti oleh orang Melayu iaitu agama Islam sebagaimana tiada kaitan Bahasa Cina dengan agama Buddha yang sesetengah orang Cina anuti di Malaysia.
Sedarkah sahabat bahawa dengan menentang pengenalan tulisan Jawi dalam silibus sekolah itu seolah-olah menentang warisan orang Melayu? Sejarah membuktikan tulisan Jawi adalah warisan orang Melayu dan warisan orang Melayu adalah warisan Malaysia dan warisan Malaysia adalah warisan semua rakyat Malaysia.
Sebagaimana Lee Chong Wei tiada masalah memakai baju Melayu yang merupakan baju kebangsaan Malaysia walaupun ianya baju Melayu dan sebagaimana penjawat awam diwajibkan memakai batik pada setiap Khamis dan membawa serta memakai Batik Malaysia apabila bertugas di luar negara, maka tulisan Jawi ini juga tidak seharusnya dipolemikkan dan ditentang mana-mana pihak kerana ianya WARISAN MALAYSIA!
Saya menyeru sahabat yang menentang tulisan Jawi agar waras dalam berfikir sebelum menentang. Jangan menjolok sarang tebuan kerana bila dijolok saya risau tebuan akan menyengat bukan sahaja penjolok tetapi yang tidak menjolok sekadar menonton dan bergerak ketawa juga akan disengat.
Kepada Dong Zong & Jiao Zong yang memprotes, kita adalah rakyat MALAYSIA berbangsa Cina bukannya rakyat China. Bangsa Cina yang menjadi rakyat di Jepun, Thailand, Amerika, Eropah, Indonesia dan seluruh dunia mampu bertutur fasih dalam bahasa kebangsaan mereka. Rakyat Thai berbangsa Cina bercakap Thai sesama mereka! Rakyat Indonesia berbangsa Cina bercakap bahasa Indonesia sesama mereka.
Rakyat Malaysia berbangsa Cina nak bercakap bahasa Melayu pun ada yang tak pandai! Malahan ada yang memandang rendah bangsa Cina lain yang bercakap Bahasa Melayu sedangkan bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan! Kita semua inginkan perpaduan dan bahasa kebangsaan merupakan bahasa yang membolehkan kita semua berkomunikasi dan memahami antara satu sama lain.
Cukup-cukuplah. Prof Khoo Kay Kim seorang Cina dan fasih berbahasa Melayu, bila mati dihina orang Cina sendiri hanya kerana dia mengatakan kebenaran berdasarkan fakta sedangkan yang menghinanya banyak yang auta. Prof Lim See Tin berbangsa Cina fasih berbahasa Melayu. Tidak dilupa bekas Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw bukan sahaja fasih Bahasa Melayu tetapi pandai juga tulisan Jawi. Kenapa mereka boleh berbahasa Melayu dengan baik?
Kerana mereka MALAYSIAN FIRST CHINESE SECOND. Malu pada sahabat kita dari Bangladesh, India & luar negara yang mampu bertutur bahasa Melayu jauh lebih fasih dari sebilangan rakyat Malaysia yang lahir di Malaysia walaupun mereka itu baru beberapa bulan di Malaysia? Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Peringatan terakhir saya, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Fahamilah.
sejarah kemerdekaan indonesia 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
Dua tokoh besar ini adalah anak anak bermasalah waktu remaja dan muda belia.
Saya nukilkan ini supaya ibu bapa jangan kecewa dalam soal pendidikan anak anak. Walaupun mereka satu dalam seribu mungkin tetapi siapa tahu berapa ramai anak anak yg bermasalah ternyata di kemudian hari memberi manfaat kpd masyarakat dengan cara mereka tersendiri.
1. Doakan untuk mereka dengan aduan penuh harapan kpd Allah.
2. Jangan jemu memberi nasihat yang baik. Kerana nasihat itu amat berguna apatah lagi pd anak sendiri.
3. Bersabarlah dengan kata kata orang. Jangan dijawab sebaliknya terus mendidik kerana ia adalah ujian Allah SWT utk mengangkat darjat ibu bapa dan anak itu juga.
--------------------
Yang pertama Agus Salim. Hampir murtad kerana dipilih oleh Snouck Hurgronje untuk dididik oleh personal tutor Belanda kerana kebijaksanaannya. Ibu dia menasihati supaya pergi ke Mekah dan belajar dgn bapa saudaranya Syeikh Ahmad Khatib al Minangkabawi. Ibu menangis kerana menjadi buah mulut orang kampung anaknya sudah tidak yakin dgn agamanya.
Ibu dia meninggal lalu dia ke Mekah utk menyampaikan hasrat arwah ibu. itupun dgn bantuan Snouck Hurgronje dan bertugas di Consulate Belanda di Jeddah. Dia berjumpa dgn ulama besar Syeikh Ahmad Khatib yg melayani beliau secara berasingan kerana soalan soalan yg mencabar.... akhirnya menjadi orang no 2 dalam SI (Sarekat Islam, naib kepada Hj Omar Said Cokroaminato (Guru Besar umat ini), menubuhkan Jong Islametien bond (gerakan pemuda Islam didikan Belanda dan berdakwah dlm bahasa Belanda). Akhirnya menjadi seorang ulama besar dan berkeliling ke negara negara islam sehingga PBB memberikan pengiktirafan kpd kemerdekaan Indonesia secara de jure. Beliau terkenal dgn jolokan 'The grand old man of Indonesia'
Yang kedua tidak asing lagi Buya HAMKA. Nakal waktu kecil, sekolah tidak habis dan menyertai golongan 'parewa' (bersabung ayam dan tidak pulang ke rumah). Orang kampung sudah berkata kata 'si Malik sudah rusak'. Namin dia ingat pesan ibu 'jangan tinggal solat di mana pun' dan dia amat kuat membaca.
Akhirnya jadilah dia Buya HAMKA yg kita kenali. Ulama pujangga Nusantara yg tiada duanya. Di anugerah gelar Professor oleh Univ al Azhar dan Doktor kehormat UKM.
Tidak bersekolah namun diangkat juga sebagai ahli sejarah terunggul Nusantara. Sebagai ahli sejarah sekaligus pencipta sejarah.
sejarah kemerdekaan indonesia 在 Sejarah Kemerdekaan Indonesia, Detik-detik Menuju ... 的推薦與評價
Kemerdekaan Indonesia diproklamasikan pada 17 Agustus 1945, ditandai dengan pembacaan teks proklamasi oleh Ir Soekarno di Jalan Pegangsaan ... ... <看更多>