Hadits ini menunjukkan bahwa suami yang baik adalah lelaki yang meluangkan waktunya untuk berbicara dengan istri.
Berbincang seputar hal yang bermanfaat. Entah perkara dunia atau akhirat. Hadits ini juga mengisyaratkan bahwa rumah tangga yang harmonis terwujud manakala terjadi komunikasi yang baik antar anggota keluarga
Hadits ini juga menjadi dalil pengecualian atas sabda Nabi yang menyebutkan bahwa beliau tidak menyukai obrolan-obrolan yang terjadi selepas isya. Karena bercengkerama dengan istri adalah salah satu perkara yang bermanfaat. Bahkan termasuk ibadah.
ROMANTIKNYA NABI MUHAMMAD SAW. KEPADA ISTERINYA PATUT DICONTOHI 😍🥰❤️
Nabi Muhammad SAW adalah sosok yang lembut dan penuh kasih sayang. Dalam berbagai hadis, Rasulullah pun digambarkan sebagai lelaki romantis yang kerap memanjakan istrinya.
Berbekal sikap tersebut, Rasulullah SAW mampu mempertahankan rumah tangganya. Hal ini haruslah diteladani oleh banyak orang.
Kerana seorang isteri suka diperlakukan belaian yang lembut serta kasih sayang yang tulus. Baru rumah tangga rasa bahagia.
.
Dapatkan sekarang daripa agent2 dan stockist kami. Tekan link bio @bakiraserumfeedbackhq atau @rumahjamucosmetichq untuk info dan promosi.
.
#rumahjamucosmetic #usahawanrumahjamu #realqueen #wanita #wanitabangkit #suamiisteri #intimasisihatsejahterarumahtangga #pengantin #kahwin #bakirawash #femininewash #terengganu #kualalumpur #perak #Agentwanted #dropshipwanted #keputihan #ipoh #PulauPinang #perapat #borakkelamin #bakiraserumfeedback #pencuciwanita #bazarpaknil #JualMurah #SayaJualOnline #sayajual #pakejpantangmurah #bersalin #berpantang
「seputar wanita」的推薦目錄:
- 關於seputar wanita 在 Rumah Jamu Cosmetic Facebook 的最佳貼文
- 關於seputar wanita 在 Afdlin Shauki Facebook 的最佳貼文
- 關於seputar wanita 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
- 關於seputar wanita 在 Tips Seputar Wanita - Assalamualaikum salam 14 Ramadhan 的評價
- 關於seputar wanita 在 Seputar Perempuan - YouTube 的評價
- 關於seputar wanita 在 Fakta Seputar Wanita | Seputar wanita, Wanita - Pinterest 的評價
seputar wanita 在 Afdlin Shauki Facebook 的最佳貼文
Dari ustaz halim hafidz :
Seputar Tazkirah Santai di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Inilah kali pertama saya beraksi bersama seorang pelakon dan pengarah terkenal di Malaysia, Afdlin Shauki. Saya sangat teruja! Tapi kontrol diri seolah2 mcm dah biasa bertemu.
Kami diminta untuk berbicara tentang Gaza. Satu topik berat yang panjang tapi perlu dibincangkan secara santai dan ringkas.
Abg Afdlin memulakan bicara dengan menceritakan pengalamannya berada di bumi Nabi Ibrahim itu pada penghujung tahun 2012. Misi ke Gaza bukanlah satu trip pelancongan, tetapi misi kemanusiaan di kawasan perang.
Beliau merasakan pemergian ke bumi Gaza bukanlah kerana beliau yang memilih hendak ke situ, sebaliknya kerana beliau dipilih Allah untuk mempelajari banyak perkara di situ. Apa tidaknya, ramai yang berhajat untuk pergi ke sana tetapi terkandas di sempadan Rafah. Pihak tentera tidak mudah-mudah nak melepaskan 'pelancong-pelancong' yang datang bertujuan memberi bantuan. Ada yang tersangkut selama 2 hari, ada juga yang terpaksa pulang hampa tanpa dapat menjejakkan kaki ke Gaza.
Abg Afdlin melahirkan rasa kagumnya kepada seluruh penduduk Gaza yang tak pernah rasa gerun pada bedilan bom mahupun asakan peluru mesingan. Mereka bagaikan tidak berada di negara perang. Senyuman dan layanan penduduk setempat meruntun hati Abg Afdlin, membayangkan mereka seolah-olah dah bersedia untuk syahid dan dimasukkan ke syurga Allah.... ma sya Allah.
Tak seperti kita di sini, jika keluar ke mana-mana sekalipun, in sya Allah kita akan pulang. Di sana, ibu ayah yang keluar mencari nafkah belum terjamin akan pulang. Anak-anak mereka sentiasa bersedia andai orang tua mereka tidak pulang selama-selamanya. Anak-anak kecil yang ke sekolah juga akan memohon maaf pada ibu ayah mereka setiap pagi, kerana mereka berkemungkinan akan syahid di sekolah atau dalam perjalanan.
Abg Afdlin melahirkan rasa kesal dan sedih apabila ramai yg mati terkorban bukanlah tentera pejuang, tetapi orang tua, orang cacat, wanita dan kanak-kanak. Saya hanya mampu membaca sepotong ayat dari kitab 'Taurat Seleweng' mereka yang bermaksud, "balasan mahligai syurga buat mereka yang berjaya menghancurkan tengkorak-tengkorak bayi".
seputar wanita 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
Inilah Sebuah Takdir..
Seorang pemuda telah berkenan pada seorang gadis di twitter. Bertutup aurat dengan baik. Tak banyak bicara. Tak banyak songeh.
Dipendekkan cerita mereka pun disatukan.
Pada malam pernikahan, pengantin baru pun berbicara.
Isteri: "Boleh saya terus terang?"
Suami: "Ya, dah suami isteri kan. Apa nak malu-malu."
Isteri: "Sebenarnya, saya dah tiada dara. Kesilapan saya di zaman remaja. Saya jahil dulu. Saya dah cuba berterus-terang sebelum nikah. Tapi, saya dah jatuh cinta dengan awak. Maafkan saya."
Suami terdiam. Nampak seakan terkejut.
Suami: "Saya..saya lepaskan awak dengan talak satu. Jangan risau. Saya takkan minta awak bayar semua kos ganti rugi belanja nikah. Saya takkan sentuh awak. Awak boleh duduk di rumah ini kalau awak nak. Saya akan pindah."
"Takpe. Hantar saja saya ke rumah mama saya. Saya reda. Saya... tak layak.. berada di sini..."
Si gadis menitiskan air mata dalam tutur yang seakan terlekat di kerongkong. Memang dia dah agak. Dia dah rasa akan jadi begini. Pasrah segalanya.
Pemuda tidak mampu menerima hakikat dia bernikah dengan bekas penzina. Pada teorinya, pada dalilnya, penzina adalah pasangan cocoknya penzina juga! Dirinya bukan penzina!
**
Waktu berlalu. Masa berdetik. Setahun kemudian...
Pemuda berada di wad. Sudah 5 bulan berlalu sejak beliau menjalani pemindahan organ. Hatinya yang rosak telah digantikan dengan bahagian lobul hati penderma. Sejak 5 bulan itulah, beliau berulang-alik stay di hospital untuk sesi terapi dan rawatan ulangan.
Pemuda menonton tazkirah di I-Padnya sambil menanti kehadiran doktor. Seorang tuan guru popular berceramah seputar tajuk 'Zalim',
"Pada Allah, hamba itu kesemuanya hina melainkan hamba yang bertaqwa. Masakan seorang hamba dengan angkuh memandang hina hamba yang lain sedangkan dirinya juga seorang hamba hina. Kalau bukan kerana Allah yang memberikan akal pemikiran sehingga mampu berpakaian, mengurus diri, makan dengan teratur dan belajar, sudah pasti hamba itu sama taraf dengan binatang ternakan saja!"
Tertusuk seketika kalbu pemuda. Tuan guru menyambung lagi,
"Misalnya, sering kita baca di dada akhbar kes-kes perceraian. Pada hemah saya, puncanya lebih kepada suami. Kerana sayang seorang perempuan bernama isteri adalah melebihi sayang seorang suami kepadanya. Sifat perempuan adalah menyayangi.
Keras seperti batu konkrit macam mana pun, mampu dilembutkan dengan kasih sayang suami. Sebab itu sering kita baca juga, walaupun suami penagih dadah sebagai contoh, masih si isteri setia menanti perubahan suami. Masih sayang pada suami tidak berganjak walaupun pada pemikiran kita tindakan itu gila. Pada wanita, bila ada lelaki ambilnya sebagai isteri itu merupakan suatu rahmat, syukur yang teramat sangat pada Allah. Dia tak jadi anak dara tua. Dia ada tempat bergantung. Isteri cuma mampu bersuami satu."
"Jangan zalim. Selagi seseorang itu masih berTuhan, selagi itu ada harapan. Masa silam bukan hukuman. Masa silam adalah pengajaran. Jangan diulang di masa depan. Demi Allah, kita tidak kuat. Kerana Allah, kita harus kuat.
Bila Allah sudah pasangkan 'lampu' hidayah dalam hati seseorang, jangan pula kita pergi padamkannya.
Disebut dalam hadis Qudsi,
'Aku (Allah) sangat murka ke atas orang yang melakukan kezaliman terhadap seorang yang tidak punya pembela selain Aku.' (HR al-Thabrani)
Allah yang membukakan pintu taubat dan pintu Syurga. Mana hak kita untuk menutupnya?"
Tup !
Ditutup terus ceramah itu oleh si pemuda. Malas nak disambung dengarnya.
Doktor yang merawat masuk ke biliknya.
Doktor: "Ada khabar dukacita yang saya ingin sampaikan."
Pemuda: "Apa ya?"
Doktor: "Penderma hati mengalami komplikasi teruk. Tiga bulan pertama, beliau mengalami kecederaan organ dan muntah darah. Badannya yang makin lemah serta beliau sendiri mengalami kemurungan..akhirnya minggu lepas, beliau meninggal dunia."
Pemuda: "Innalillahi wainna ilaihi raaji'un."
Doktor: "Ada sesuatu beliau tinggalkan untuk kamu."
Doktor menyerahkan sesuatu pada pemuda itu. Sepucuk surat dan sepasang baju.
Perlahan-lahan dibacanya,
"Awak, ingat tak baju ni? Ini adalah baju nikah awak. Awak tahu tak, baju ni saya jahitkan sendiri untuk awak. Seminggu saya belajar jahit sampai luka-luka jari. Tak pandai sangat. Tapi, alhamdulillah siap juga. Sangat gembira bila awak pakai di hari pernikahan kita.
Awak, mungkin kasih saya ni, awak tak dapat terima disebabkan kisah silam saya. Namun, janganlah awak tolak hati saya yang berada dalam diri awak sekarang. Ini hadiah saya untuk awak sebab sudi mengambil saya sebagai isteri.
Walaupun tidak sampai 24 jam, awak tetap suami dunia dan akhirat.
Maaf bila saya tak sempurna."
Pemuda kehilangan kata-kata.
Tumpah seribu air mata
Cerita Asal : Muhammad Rusydi
seputar wanita 在 Seputar Perempuan - YouTube 的推薦與評價
Seputar Perempuan 10 months ago · https://shope.ee/1pzPMg1iVv. Show less Read more. 0. Like. 0. Dislike. 0 Comments. Sort comments. Sort by. Top comments. ... <看更多>
seputar wanita 在 Fakta Seputar Wanita | Seputar wanita, Wanita - Pinterest 的推薦與評價
2020 Feb 24 - This Pin was discovered by Muhammad Andre Rezaldi. Discover (and save!) your own Pins on Pinterest. ... <看更多>
seputar wanita 在 Tips Seputar Wanita - Assalamualaikum salam 14 Ramadhan 的推薦與評價
Tips Seputar Wanita, profile picture. Tips Seputar Wanita. Assalamualaikum salam 14 Ramadhan. Mobile uploads · May 6, 2020 · Facebook for Android ·. ... <看更多>