Review 2018 TOP📝✨
#盤點2018 大寶寶小童最熱銷TOP榜
—————————————————————
🏷ʜᴏᴜsᴇ ᴡᴀʀᴇs
ɴᴏ.1 /🐑NATURAL有機棉加厚羊咩咩蓋毯
ɴᴏ.2 /🐑北歐寶寶實木小沙發
ɴᴏ.3 /🐑Disney日本寶寶兩用椅
ɴᴏ.4/🐑可愛動物寶寶鞋架
—————————————————————
🏷 ɴᴜʀsᴇʀʏ
ɴᴏ.1 / 🐿小雞寶寶浴袍
ɴᴏ.2 /🐿ᴄᴀʀᴛᴏᴏɴ sᴛᴜғғᴇᴅ ᴀɴɪᴍᴀʟ學步防摔神器
ɴᴏ.3 /🐿北歐花瓣雲朵多功能遊戲墊
—————————————————————
🏷 ᴄʟᴏᴛʜɪɴɢ
ɴᴏ.1 /🎖AW18 貓咪TSHIRT
ɴᴏ.2/🎖 Strawberry草莓針織毛衣帽t
ɴᴏ.3/🎖 英文字母白色連身衣
ɴᴏ.4/🎖小怪獸系列連身衣/小松餅 連身衣
🏷 ᴄʟᴏᴛʜɪɴɢ /ᴄᴏᴀᴛs
ɴᴏ.1 /🎖Western Bambi Coats
ɴᴏ.2/🎖保暖小熊外套/ 歐美白點加厚外套
ɴᴏ.3/🎖 灰色的瑞彼特/可愛羊駝聖誕款外套
ɴᴏ.4/🎖TWINKLE TWINKLE系列外套
—————————————————————
🏷 sʟᴇᴇᴘ sᴀᴄᴋs
ɴᴏ.1 /🥚大鯊魚造型睡袋/小丑魚睡袋
ɴᴏ.2 /🥚小美人魚/飛行員睡袋
ɴᴏ.3 /🥚Cartoon Sleeping Bag
—————————————————————
🏷ᴀᴄᴄᴇssᴏʀɪᴇs/sʜᴏsᴇ
ɴᴏ.1 /👟CLASSIC SNOW BOOT鈕扣款12色
ɴᴏ.2 /👟Baby Integrated Basic Boots
ɴᴏ.3 /👟KOREA MDS真皮小白鞋
—————————————————————
🏷ʜᴀᴛs
ɴᴏ.1 /🎩 Mickey Mouse 萌萌毛球保暖帽
ɴᴏ.2 /🎩 親子保暖帽四色
ɴᴏ.3 /🎩北歐風格動物帽系列
ɴᴏ.4 /🎩 雙毛球寶寶帽/北歐狐狸毛丸子帽
ɴᴏ.5 /🎩Big Bow Hats /DOUBLE HAIRBALL
—————————————————————
🏷 sᴏᴄᴋs
ɴᴏ.1 /🧦Fantasy Sock /MAGIC Sock
ɴᴏ.2 /🧦Fantasy Sicks / ❤️褲襪
—————————————————————
🏷 ᴛᴏʏs
ɴᴏ.1 /🐽玩具收納 storage beanbag
ɴᴏ.2 /🐽Baby Duck洗澡神器
ɴᴏ.3 /🐽動物寶寶益智有聲鋼琴毯
ɴᴏ.4 /🐽Magnetic Book法國寶寶拼拼樂磁鐵書
ɴᴏ.5/🐽 Magic Doodle Mat水魔法神奇畫布
—————————————————————
🤘🏻. Enjoy your weekend!
official website:www.kachusdiary.com
Line:@kachusdiary
snow duck korea 在 Zyzool Mira Travel Facebook 的最佳貼文
Hai semua.
Ramai yang mesej mira tanya percutian ke Tokyo Jepun baru-baru ni.
Ok baru ada kesempatan nak share.. 🙏😅
Kami acah-acah backpack ke negara matahari terbit pula kalini.
Percutian ke Tokyo Jepun ni ada pertambahan ahli 😆. First time bawa Afya naik kapal terbang nervous jugeee... Dulu anak sorang. Kalinih 2 anak huhu... Hehehe alhamdulillah kami berempat (Zyzool, Mira, Ayra 4 tahun & Afya 7 bulan) berjaya redah kasi pecah tumit kaki di bandaraya Tokyo Jepun selama 7 hari 6 malam! (serius tak cukup hahaha)
Berikut mira senaraikan sebahagian PERBELANJAAN kami untuk Tokyo, Jepun 2017.
Flight Ticket : Return Ticket RM703 seorang kecuali Afya (Infant) RM250
Penginapan : RM1055.30 (7 hari 6 malam) Purata RM175.88 per night
Pengangkutan : ¥7,500 (~RM281) seorang (Ayra free)
Travel Insurance : RM97.50 satu family
Tokyo Disneyland + Tokyo Disneysea : Dewasa ¥13,200 (~RM494) Kanak-kanak ¥8,600 (~RM323)
Sanrio Puroland : RM73 seorang
Fujiko F. Fujio Museum : Dewasa ¥1,000 (~RM38) Kanak-kanak ¥500 (~RM19)
Tokyo Tower + One Piece : Dewasa ¥2,900 (~RM108) Kanak-kanak ¥900 (~RM34)
Semua tiket Ayra berbayar kali ni sebab dah 4 tahun huhuhu mohon bertabah ayah 💸#zyzooljanganbotakpliss 😅😆. Manakala tiket Afya masih free kecuali tiket kapal terbang hihi
INFO PENTING
1. VISA : Tak perlu mohon visa untuk ke Jepun tapi dalam kapal terbang pramugari/ra akan edarkan DISEMBARKATION CARD & CUSTOMS DECLARATION pada setiap pelancong untuk Visa on Arrival. Tulis dengan lengkap supaya tiada keraguan hohoho..
2. INTERNET : Internet mira beli siap-siap simkad Hello 1010. Kami beli yang 5GB 7 Days. Coverage terbaik dan untuk mira yang heavy user internet nih hihihi 5GB memang cukup. Actually siap beli extra risau tak cukup tapi sepanjang 7 hari tu 3GB je guna rupanya. So ada 1 simkad tak gune lagi nih.. hohoho.. Kat dalam kapal terbang sebelum mendarat Zyzool dah siap-siap masukkan simkad Hello 1010. So touch down DISABLE kan Airplane Mode so kat airport dah boleh dapat signal terus. hehe ouh jangan lupa ON kan DATA ROAMING. Kat tempat kami tinggal ada FREE WIFI. Di Haneda Airport pon ada FREE WIFI. Kat certain train station pon ada FREE WIFI termasuk dalam train.
3. KAD DEBIT/KREDIT : Sebelum ke Jepun cuak jugak kot-kot kad debit/kredit tak diterima di sana sebab pernah baca negara jepun ni cash oriented society dan tak terima kad lebih-lebih lagi ada kes pelancong tipu kad kredit mereka di sana. Tukar cash pulak ciput jer (yeke?🙊).. But don't worry Alhamdulillah kesemua tempat mostly memang accept credit card waima kiosk kecik jual mainan, jajan dan ais krim pon. Sebelum melancong confirmkan kad debit anda boleh digunakan di luar negara.
4. PENGANGKUTAN : Kat sana kami naik train je. Boleh beli tiket untuk setiap perjalanan atau lagi mudah terus beli kad Pasmo/Suica. Pasmo & Suica nih macam Touch & Go la kat Malaysia. Dua-dua sama je IC Card cuma nama je lain sebab syarikat lain-lain. Hasil pembacaan & research dari mereka yang pernah ke jepun maka kami memilih kad Pasmo sebab?? Sebab kalau pulangkan balik kad Pasmo dapat duit baki dalam kad + 500 yen deposit. (tapi tak pulangkan pon sebab nak buat kenangan + valid 10 years.. hehe) Manakala kalau kad Suica ada cas return fee jika duit baki dalam kad melebihi 220 yen. Jelas tak?? huhu Tapi kalau tanya mira, PASMO or SUICA? Mira akan pilih SUICA.. sebab?? rahsia hehehe.. Kalau korang memang nak pergi banyak tempat dalam 1 hari boleh ambil day pass. Yang ni hanya untuk pelancong (kitalah pelancong tu 😅). Ada 24h, 48h, 72h ikut kesesuaian la korang nak pilih yang mana. Tunjukkan passport anda ya. Gunakan tiket pas ni di laluan Tokyo Metro dan Toei Subway sahaja. Selain dari laluan ni guna Pasmo/Suica.
5. PENGINAPAN : Yang nih serius kena booked awal. Kalau makin lambat korang booked makin mahal la atau dapat bilik yang tak bape best atau jauh dari attraction.. hehehe nasib... Ok ni ada satu apps search engine untuk hotel yang best mira nak share dengan korang. Korang bolehlah install apps HotelsCombined.com untuk cari tempat tinggal yang sesuai dengan anggaran bajet korang. Just pilih je range price per night dan HotelsCombined akan senaraikan hotel yang bersesuaian. Pilih hotel pilihan anda dan HotelsCombined banding harga dari Booking, Expedia, Agoda dll. Mudah bukan? Kami booked awal 3 bulan sebelum.. 2 malam pertama Zyzool booked melalui airbnb di area Arakawa-ku. 4 malam terakhir pula kami stay area Tokyo Skytree dengan hanya RM160 semalam. Siap boleh masak, basuh baju, dan ada bath tub lagik.. hihi best-best
6. APPS : Jangan lupa untuk download sesiap MAPS.ME atau google maps apps dan pointkan tempat-tempat bakal korang pergi atau download mana-mana map apps yang korang suka…Install juga apps NAVITIME untuk check train semasa yang korang akan naik. Alhamdulillah memang mudah dan sentiasa di jalan yang benar. hehe. Kalau nak tengok www.HyperDia.com pon boleh juga.. terpulang pada korang yang mana selesa. Kalau pergi ke Tokyo Disneyland/ Tokyo Disneysea bolehlah install apps TDR Alert agar memudahkan perjalanan anda dalam taman tema tersebut.
7. TRAVEL INSURANCE : Lindungilah perjalanan anda dengan travel insurance. hihi.. Yang ni Zyzool belikan travel insurance AXA Smart Traveller VIP. RM97.50 cover untuk kami berempat. Nih pakej untuk 1 family. Insuran ini meliputi trip cancellation, travel delay, missed departure, lost luggage dll. So boleh travel with peace of mind 😊
8. TAMAN TEMA : Actually percutian kali ni memang fokus untuk Ayra. Dulu dia kecik masa pergi Korea, Indonesia & Hong Kong so tak berapa faham.. Tengok gambar, barulah senyum-senyum tanya nih masa Ayra kecik ya ummi? hihi di Hong Kong Disneyland dia ingat tapi terkejut sebab tak sangka jumpa Mickey Mouse dan Sofia the First depan-depan tu yang muka ambil gambar muka macam tak percaya.. hahaha
Tokyo Disney Resort : Pada mulanya nak pilih salah satu je tapi memandang Tokyo Disneysea hanya ada di Jepun sahaja manakala permainan kanak-kanak banyak di Tokyo Disneyland maka terpaksalah kami kerja keras untuk masuk kedua-dua taman tema tersebut. hohohoho.. #zyzoolmohontabah 💸😅. Tiket nih boleh beli kat main entrance tapi kami nak secure tiket confirm dapat so beli kat Disney Store area Shibuya. Beli terus 2 day pass. Kena pilih siap-siap hari pertama dan kedua dan haruslah berturut. Kami pilih Disneysea hari pertama diikuti Disneyland. Makanan boleh bawa masuk just inform HALAL FOOD kat staff yang check tu. Untuk Ayra kami dah siap pakaikan costume Snow White di Disneysea & Princess Belle from Beauty & the Beast di Disneyland.. Untuk dewasa boleh pakai costume pada hari yang ditetapkan musim Halloween. Dan costume tu haruslah tema disney karektar. Selain dari hari tersebut orang dewasa TAK BOLEH pakai costume dalam Tokyo Disney Resort kecuali kanak-kanak. Time kami pergi tu jatuh pada hari orang dewasa boleh pakai costume so jumpe la pakcik pakai outfit Donald Duck, makcik pakai baju Evil Queen (mak tiri Snow White) siap makeup garang & in characterx 😅 dan banyak la lagi karektar seperti Rapunzel, Aurora Sleeping Beauty, Elena of Avalor pon adoo 😱
Tips: Masuk je Tokyo Disneyland/Disneysea minta suami lari ke permainan yang FAST PASS.
Sanrio Puroland : Ayra & Ummi peminat Hello Kitty 😅 so kami decide ke Sanrio Puroland. Tiket ni boleh beli di main entrance. Tapi saja mira nak try beli melalui Klook.com. Harga jauh lebih murah pulak tu. Hanya RM73 seorang berbanding beli di entrance 3,800 yen. Just print email yang Klook.com send untuk tiket masuk. Tiada makanan halal. Kami bawak instant bubur. Just tuangkan air panas dan siap dimakan 😅.. Air panas ada di Baby Room.
Tips: Naik tingkat 2F dulu untuk berjumpe dengan Hello Kitty di Lady Kitty House
Fujiko F. Fujio Museum : Yang ni kalau peminat Doraemon kena pergi nih. Kamilah tu hihi. Tiket tak jual kat entrance. Kena beli siap-siap kat mana-mana kedai Lawson di Jepun. Ada mesin untuk beli tiket Doraemon ni just minta staff Lawson untuk bantu belikan tiket Doraemon tu. Ada 4 waktu pilihan tiket iaitu pukul 10 pagi, 12 tengahari, 2 petang atau 4 petang. Dan kena masuk paling lambat dalam setengah jam waktu reserve tiket tu. Contoh 10 pagi paling lewat masuk 10:30 pagi.
Tips: Kalau masuk sini pergi tingkat 2 dulu tengok cerita Doraemon sebab awal pagi tak ramai orang.
Tokyo Tower + One Piece : Memandangkan ada peminat One Piece dalam group bekpek kami 😅 so kite beli tiket pakej terus. Hehe.. Boleh beli di main entrance dan terpulang lah pada korang nak naik Tokyo Tower dulu atau layan One Piece dulu. Tak kisah.
Tips: Kumpulkan kesemua stamp dalam One Piece Museum sebanyak 11 stamp dan korang bakal dapat hadiah misteri.
9.TAX FREE : Ok yang ni kalau korang nampak kedai tu TAX FREE jangan lupa bagi passport korang kat kaunter pembayaran. So tak perlu bayar cukai 8% tu dan mereka akan klip dan cop resit barang tanpa cukai yang korang beli tu di passport. Mostly masa nak bayar mereka tanya dulu korang nak tax free ya? Contoh kat Disney Store di kaunter pembayaran dia mintak passport mira dan terus buat record of purchase yang tax free tu. Manakala di Sanrio Puroland korang kena pergi tingkat atas ke kaunter Tax Free untuk tuntut balik duit cukai tu.
10. TANDAS : Kalau nak membuang nih toilet kotor & takde pili air pon tak best kan hehe.. Don't worry tandas di jepun ada automatik cebuk & pengering. hehehe.. Super Toilet ni ada yang siap hangatkan kerusi toilet tu lagik. hehe just tekan je gambar kat control panel tepi toilet tu untuk membersihkan pape yang patut hehe. Kalau anda ada baby, boleh masuk toilet yang ada baby rest. Just letakkan baby di baby rest dan selesaikan urusan anda.. hehehe..
11. SOLAT : Kat area Shibuya ada masjid Tokyo Camii. Di Disneyland boleh tanya kat Guest Information nanti staff kat situ bagi bilik untuk solat. Kat Sanrio Puroland kami solat di tingkat 2 menghala ke lift.. kawasan tu kosong dan area staff. Di Fujiko F. Fujio Museum kami solat dalam baby room. Malam di bilik memasing! 😊
Jangan lupa solat di mana saja anda berada 😊.
Semoga dimurahkan rezeki untuk melihat keindahan negara orang ❤️
Buat masa ni dulu eh, Tokyo sendiri besar hihihi nanti mira update details setiap tempat kami pergi & more gambar dalam blog kami ya
http://zyzoolmiratravel.com
Youtube Channel: http://tiny.cc/ZMT_Channel
Akhir kata, “hujan emas di negeri orang.. 😅😜
Semoga bermanfaat & Salam Maal Hijrah 🙂