Jenis jenis OKU.
Bila sudah ada anak OKU kadang-kadang kita rasa ujian sangat besar, tapi jika pandang kiri kanan, ada banyak lagi ujian OKU yang tidak menimpa anak kita. Maka kita tak layak untuk mengeluh langsung, Tarik nafas dan bersyukurlah.
Bagi yang tidak tahu saya cuba senaraikan jenis jenis OKU yang saya tahu, jika ada tambahan boleh bantu.
1. Down syndrome, wajah sama pada semua OKU ini, dan cara berfikir tidak normal dan dikatogori di bawah masalah pembelajaran. Bunyi suara yang dikeluarkan juga tidak jelas kerana masalah pendengaran ada pada mereka.
2. ASD- Autism spectrum disorder. wajahnya normal tapi susah focus sebab cara fikir yang berbeza mengikut tahap Autisme masing masing, ianya dikatogori di bawah masalah pembelajaran.
3. Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), juga berwajah normal, tapi cara kelakuan yang sangat aktif dan sukar dikawal, juga termasuk dalam masalah pembelajaran.
4. Dyslexia, Dyscalculia, Dygraphia- lewat perkembangan global, terkebelakang dari segi umur, berwajah normal dan termasuk dalam masalah pembelajaran
5. Skizofrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder dikatogori dalam Kurang Upaya Mental. Nampak normal tapi selalu tertekan dan perlu bantuan dalam setiap tindakan. Cenderung membunuh diri jika tidak ditangani dengan baik.
6. Kurang Upaya Pendengaran dan pertuturan- Bisu atau Pekak-Fizikal normal, cara berfikir normal, tapi tidak dapat mendengar langsung atau bercakap langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan.
7. Kurang Upaya Penglihatan-Buta: Fizikal normal, cara berfikir normal, tapi tidak dapat melihat langsung atau penglihatan Terhad (Low Vision/Partially Sighted)
8. Kurang Upaya Fizikal-Apabila anggota badan tidak berfungsi seperti lumpuh atau kudung. Cara berfikir normal. Cuma cacat anggota badan, ada juga type: Amniotic Band Distruption Syndroms (ABDS) iaitu kecacatan yang berpunca daripada tali pusat melilit bayi ketika proses tumbesaran janin di dalam kandungan. Saya ada seorang sahabat yang dalam katogori ABDS ini.
9. Akhir sekali, paling besar ujiannya adalah Kurang Upaya Pelbagai, Ini bila melibatkan gabungan satu hingga lapan di atas, ada Autsim dan ADHD serentak, atau Autism dan buta, atau Syndrom Down dan lumpuh, GDD dan pelbagai lagi, yang paling ditakuti adalah West syndrome juga dikenali sebagai Infantile Spasm.
Sungguh Hidup ini sememangnya sementara, dan kita hidup untuk diuji.
Semua tahu sudah, ummat sebelum Nabi Muhammad SAW, panjang umur dan susah mati, dalam Al quran cerita umur ummat Nabi terdahulu ada yang cecah seribu tahun, dan Ummat zaman dulu kebanyakkan akan mati bila datang bencana dari Allah.
Tapi akhir zaman, ummat ni sangat senang mati, jatuh tangga mati, salah makan mati, tak makan mati, kena virus mati, tak cucuk vaksin mati, harga barang naik pun mati, naik kapal terbang mati, naik kereta lagi ramai yang mati.
Lepas tu pulak, umur ummat akhir zaman pendek pendek, Nabi Muhammad SAW pun hanya hidup sampai 63 tahun, sedangkan kita habis belajar dah 25 tahun, kerjaya stabil mungkin 40 tahun, lepas tu 55 tahun dah nak pencen, lepas tu 70 tahun dah berjalan sangat perlahan. Masuk 100 tahun mungkin dah berjalan macam Zombie!
Namun dalam kependekkan umur kita, Allah bagi nikmat pahala bersabar yang tiada tolok banding.
Dalam hadis ada cerita, Pahala ummat ini dilipat gandakan seolah hidup seribu tahun, umat dahulu solat dua rakaat tak sama pahalanya dengan ummat ini solat dua rakaat, belum cerita pahala digandakan pada hari jumaat, bulan puasa, dan lailaitul qadar, lebih baik dari seribu bulan!
Dalam hadis juga cerita pahala yang sangat besar untuk orang yang bersabar waktu diuji, setiap kesusahan akan diganti dengan pelbagai nikmat disyurga.
Jadi teruskan bersabar wahai saudara Islamku, kerana kehidupan beragama yang kita jalani sebagai muslim yang taat adalah, tidak lama, sampai mati sahaja.
Tapi bilakah kita akan mati? Mungkin besok.
Maka lusa kita sudah ke Syurga. Dan tiada orang OKU di syurga, semuanya diganti dengan jasad setinggi Nabi adam, wajah secantik Nabi yusof, suara semerdu Nabi Daud, akhlak secantik Nabi Muhammad SAW.
Semoga Allah selamatkan kita semua dari azab api neraka.
Amin.
spectrum api 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
[Apa Yang Menarik Tentang Kuih Bulan?]
Perayaan Kuih Bulan yang diraikan oleh masyarakat Cina ini sudah tidak asing lagi dikalangan masyarakat kita di Malaysia. Akhir-akhir ini kita dapat melihat terdapat banyak kuih bulan dijual dan dipromosikan di pasar raya. Apakah sebenarnya simbolik dan perkara yang menarik disebalik kuih ini? Bagaimana sejarahnya?
Perayaan Kuih Bulan atau nama yang lebih tepat bagi perayaan ini adalah ‘Perayaan Musim Luruh’, namun nama-nama lain seperti Perayaan Kuih Bulan dan Pesta Tanglung masih lagi popular di Malaysia kerana perayaan ini tidak lengkap tanpa adanya kuih bulan atau tanglung di kalangan orang Cina. Perayaan Kuih Bulan ini akan disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam kalendar lunar Cina.
Asal Usul
Perayaan ini secara dasarnya adalah pesta para petani.[1] Di China, bulan purnama kebiasaanya mengambang paling terang pada musim luruh. Pada masa yang sama, musim luruh juga adalah musim menuai. Pada zaman kuno, masyarakat Cina yang berkerja sebagai petani akan meraikan hasil rezeki mereka dengan mengadakan makan besar bersama keluarga sambil mengamati keindahan bulan. Tiada sebarang upacara keagamaan pada masa itu. Namun begitu, pada zaman sebelum ilmu sains berkembang maju, daripada sikap ingin tahu tentang bulan, lahirlah pelbagai cerita mitos sebagai jalan cara untuk menerangkan ‘keajaiban’ bulan. Contohnya, mengapakah bulan kerap berubah bentuk? Kenapa berlaku gerhana bulan dan dari situlah, lahirnya pelbagai kepercayaan mitos terhadap bulan.[2]
Manakala pula, istilah 中秋 bermaksud ‘Pertengahan Musim Luruh’, pertama kalinya tercatat dalam buku pra abad ke 2 iaitu Upacara Zhou (周礼), di mana disebut “…pada pertengahan musim bunga, gendang dipukul dan Binshi (sejenis alat muzik) dimainkan; semuanya bertujuan menyambut ketibaan musim panas. Begitu juga dengan Pertengahan Musim Luruh untuk menunggu ketibaan musim luruh.”
Begitu juga dalam Rekod Adat (仪礼) catatan sekitar abad ke 11 SM, terdapat kenyataan bahawa maharaja China ‘menyembah matahari pada pagi musim bunga dan bulan pada malam musim luruh’.
Walaupun demikian, rakyat China hanya mulai memeriahkan perayaan ini semasa zaman dinasti Tang (618–690 M dan 705–907 M) selepas terbitnya mitos-mitos cerita mengenai bulan, antaranya kisah maharaja Tang Ming (Xuanzong) mengunjungi istana di bulan. Sebelum ini, kemeriahan adalah lebih tertumpu pada perayaan Pesta Perahu Naga.[3]
Ritual Menyembah Bulan
Ritual menyembah bulan terkenal semasa zaman Dinasti Ming (1368–1644). Pada setiap tiga tahun, maharaja China akan menghadiahkan daging korban kepada ‘Dewi Bulan’ melalui upacara penyembahan. Para menteri dan tentera juga akan melakukan upacara yang sama. Kebiasaannya penyembahan ini dilangsungkan di taman diraja dalam istana.
Hal ini juga berkait dengan mitos Dewi Bulan yang bernama Chang Er. Sebelum itu Chang Er dikatakan seorang manusia biasa dan memiliki suami bernama Hou Yi. Walaupun terdapat pelbagai versi jalan ceritanya, namun pengakhirannya adalah lebih kurang sama.
Diceritakan, Bumi mempunyai sepuluh matahari. Pada suatu hari, kesemua matahari terbit ke langit pada waktu yang sama, mengakibatkan kepanasan melanda penduduk Bumi. Hou Yi merupakan seorang pemanah handal. Beliau dengan tekadnya menembak sembilan matahari supaya hanya satu matahari sahaja yang terus hidup. Atas jasa baik ini, Hou Yi dihadiahkan sejenis ubat kekal abadi.
Walaupun demikian, Hou Yi tidak terus makan ubat itu kerana beliau tidak mahu hidup kekal abadi tanpa isteri tersayangnya Chang Er. Pada suatu hari semasa Hou Yi keluar memburu, anak muridnya Fengmeng yang dengki dengan kehandalan Hou Yi, telah memecah masuk rumah pasangan itu untuk merampas ubat tersebut. Dalam keadaan kelam kabut itu, Chang Er yang cuba menyelamatkan ubat tersebut tertelan ubat tersebut, lalu kemudian beliau terapung dan terbang di atas langit.
Disebabkan Chang Er telah berubah menjadi dewi yang membolehkannya terapung di langit, beliau memilih untuk tinggal di bulan supaya beliau dapat terus tinggal berdekatan dengan suaminya. Hou Yi pula, apabila sedar atas kejadian itu, merasa sungguh sedih. Sejak hari itu, beliau selalu meninggalkan buah-buahan kesukaan Chang Er sebagai makanan sembahan.[4]
Hasil dari mitos itulah masyarakat Cina dahulu menyembah Dewi Bulan. Akan tetapi itu bukanlah pencetus kepada masyarakat Cina untuk meraikan Perayaan Kuih Bulan. Adapun versi yang agak logik untuk disandarkan kepada perayaan ini adalah disebabkan perjuangan masyarakat Cina dalam menentang penjajahan.
Menggulingkan Penjajah Dengan Kuih
Kisah ini dikatakan asal-usul kuih bulan diraikan pada pertengahan musim luruh. Kuih bulan menjadi makanan khusus kepada perayaan ini dikatakan hasil dari kejayaan masyarakat Cina menggulingkan penjajah Dinasti Yuan (Dai Ön Yeke Mongghul Ulus, 1271–1368). Pada waktu itu dinasti Yuan adalah pemerintah berbangsa Mongolia yang menjajah China dan menjadikan China sebahagian daripada jajahan takluk Empayar Mongolia. Dipercayai bahawa para pemberontak telah menggunakan kuih bulan sebagai alat komunikasi rahsia di kalangan ahli-ahli dan penduduk China. Dimana mereka meletakkan nota di dalam kuih tersebut.
Ini kerana pada waktu itu penjajah Mongolia mengawal ketat gerak-geri penduduk China dengan menghantar askar-askar di setiap penjuru perkampungan, di samping menindas mereka. Perlancaran pemberontakan pada hari pertengahan musim luruh itu bertulis di dalam nota bersama kuih:
八月十五杀鞑子 bermaksud: “Bunuhlah orang Tatar (Mongolia) pada hari lima belas haribulan kelapan!”
Maka pada malam itu, semua penduduk daripada pelbagai lapisan masyarakat pun keluar beramai-ramai dengan senjata masing-masing, lalu membunuh askar-askar Mongolia. Kejayaan itu akhirnya menandakan pembebasan China daripada penjajahan, lalu terbitlah dinasti baru iaitu Dinasti Ming (明朝) yang akan memerintah selama lebih 200 tahun setelah itu. Sejak dari situ, kuih bulan menjadi makanan khusus pada Perayaan Musim Luruh sebagai cara memperingati usaha kemerdekaan daripada penjajah asing.
Walaupun watak-watak di dalam kisah ini adalah personaliti sebenar dalam sejarah, perlu ditekankan juga bahawa kisah ini hanyalah semata-mata cerita dongeng yang diceritakan turun temurun dan disandarkan kepada watak-watak tersebut. Tiada dokumen asal yang merekodkan kemenangan orang Cina terhadap penjajah Mongol disebabkan pengunaan kuih bulan.[5]
Inovasi Perayaan Kuih Bulan
Kebiasaannya, kuih bulan berbentuk bulan dengan ketinggian setengah jari, walaupun terdapat juga bentuk segi empat tepat. Secara keseluruhan, ia adalah isi pastri tebal disaluti kulit nipis. Dewasa ini, kuih bulan juga terdapat dalam pelbagai perisa. Di antaranya, pes biji teratai dan pes kacang manis yang paling kerap dijual di pasaran, manakala pandan, durian, dan keladi merupakan perisa moden. Ditambah dengan kekreatifan pasaran, kini terdapat juga kuih bulan yang diperbuat daripada coklat atau jeli.
Festival kuih bulan ini bermula dengan sambutan penting keluarga akan tetapi kini di Malaysia dan Singapura ianya telah menjadi aktiviti luar di mana ia disusuli dengan perarakan tanglung akan diadakan di jalanan.[6]
Bolehkah Muslim Meraikan Perayaan Kuih Bulan?
Hasil penelitian didapati perayaan ini adalah perayaan budaya masyarakat Cina. Ia bukan perayaan agama dan ia boleh disambut oleh muslim. Malah pada hari ini sudah terdapat banyak kuih bulan yang halal yang di sahkan oleh JAKIM. Maka kuih bulan yang halal boleh dimakan oleh muslim.
Adapun pada perayaan ini juga dilakukan juga pesta tanglung. Hal ini perlu dirincikan dengan baik kerana ia ada berkaitan dengan kepercayaan dan ibadat kaum Cina di Malaysia dan Singapura. Tanglung pula perlu dibahagikan kepada dua jenis iaitu tanglung yang digunakan sebagai pelita dan juga tanglung digunakan untuk berdoa.
Tanglung yang digunakan sebagai pelita itu tidak ada signifikan kepada kepercayaan atau agama kerana ia hanya digunakan sebagai lampu pada zaman dahulu. Kebiasaanya ia berbentuk kertas bulat dan api di dalam kertas itu disertakan dengan batang kayu dan ia berfungsi sebagai lampu. Malah ia juga digantung di rumah-rumah.
Manakala tanglung doa pula mereka melakukan dengan beberapa cara, pertama mereka akan berdoa sambil memegang tanglung sebelum dilepaskan ke udara dan ada juga menulis doa di kertas dan dibakar serta diterbangkan bersama tanglung dengan harapan agar tuhan memakbulkan doa mereka. Hal ini ia terpalit dengan perkara ibadat dan itu boleh dikatakan ritual agama (Chinese folk religion). Hal ini umat Islam dinasihatkan supaya tidak terlibat dalam melakukan ritual ini.
Satu fakta yang perlu diketahui adalah, pesta tanglung yang sebenar dilakukan pada 15 haribulan 1 (kalender lunar) iaitu pertengahan bulan baru Cina atau dikenali sebagai Cap Go Meh iaitu hari penutup perayaan tahun baru.[7] Akan tetapi di Malaysia dan Singapura sedikit berbeza kerana mereka menambah pesta tanglung ini pada hari Perayaan Kuih Bulan 15 haribulan 8 (bulan lunar). Hal ini dikaitkan juga dengan kepercayaan dewi bulan yang mana pada malam perayaan tersebut adalah hari bulan mengambang.
Selain daripada tanglung doa itu umat Islam boleh terlibat dengan pesta ini selagimana ia tidak ada unsur yang bercanggah dengan syara’.
Kesimpulan
Perayaan ini memiliki banyak versi asal usul bagi simbolik kepada bulan. Selain masyarakat Cina dahulu sering menikmati bulan purnama pada pertengahan musim luruh, ia juga disusuli dengan beberapa mitos yang mengagungkan bulan.
Dari situ wujudnya kepercayaan terhadap bulan sehingga diterjemahkan kepada sejenis kuih. Malah mereka juga mendakwa kuih bulan ini pernah digunakan ketika melawan penjajah untuk menyembunyikan mesej-mesej di dalam kuih tersebut. Akan tetapi hasil penelitian didapati versi ini juga tidak kukuh untuk disandarkan kepada asal usul kepada perayaan ini.
Mutakhir ini Perayaan Kuih Bulan telah menerima inovasi seperti mana ia disertakan dengan pesta tanglung dan ucapara berdoa. Sedangkan sebelum ini perayaan tanglung di China hanya dilakukan pada hari ke-15 pada bulan bulan yang pertama mengikut kalender lunar dan bukan pada pertengahn musim luruh. Akan tetapi ritual ini sudah diserap masuk ke dalam Perayaan Kuih Bulan juga. Ia menambah kepada simbolik kepersonaan terhadap bulan itu sendiri.
Oleh itu adalah penting bagi umat Islam di Malaysia untuk mengenal sedikit sebanyak kepercayaan bagi masyarakat lain yang diamalkan oleh bangsa Cina, India dan lain-lain agar dapat menguatkan lagi kefahaman dan nilai toleransi di antara satu sama lain.
Nota akhir:
[1] Lihat Tan Sri Lee Siow Mong, (2006). Spectrum of Chinese Culture, Pelanduk Publications, Selangor, hlm 163
[2] Lihat Kin Wai Michael Siu (1999). The Journal of Popular Culture, Lanterns of the Mid-Autumn Festival: A Reflection of Hong Kong Cultural Change, Jilid 33, Isu 2, hlm 67
[3] Lihat Gai Guoliang, (2009). Exploring Traditional Chinese Festivals in China, Mcgraw Hill, USA, hlm 76
[4] Lihat Yang, Lihui; Deming An (2005). Handbook of Chinese mythology. Santa Barbara, Calif
[5] Lihat Gai Guoliang, (2009). Exploring Traditional Chinese Festivals in China, Mcgraw Hill, USA, hlm 78-79
[6] Lihat Prof. Dr M. Kamal Hassan dan Dr. Ghazali Basri, (2005). The Encyclopedia Of Malaysia, jilid 10 Religions & Beliefs, Mooncake Festival, Archipelago Press, Singapura, hlm 77
[7] Di China, Hong Kong, Taiwan mereka akan melakukan pesta Tanglung pada 15. 1 akhir tahun baru dan bukan pada perayaan kuih bulan: Lihat Lee Siow Mong, Spectrum Of Chinese Culture, Pelanduk Publications, Selangor, hlm 168/ Lihat juga J. Gordon Melton (2011). Religious Celebrations, ABC-CLIO, California, USA, Jilid 1 hlm514/ lihat juga http://www.china.org.cn/english/features/Festivals/78320.htm
R&D Team MRM