Kecantikan Kaum Wanita, Jagalah Rahim Dengan Cara Selawat Dan Zikir Selain Diet Sihat
Banyak makanan yang membantu dalam penjagaan rahim. Antaranya ialah nenas. Nenas mengandungi enjim bromalin. Selain Nenas, betik juga elok diamalkan dan ia bagus untuk rahim. Ini kerana betik mengandungi enzim papase. Kedua-dua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim.
Selain itu, amalkan juga makan keledek merah. Keledek merah membekalkan sedikit hormon progesterone. Amalkan juga makan keladi kerana ia ada sedikit estrogen. Ubi kayu pula ada sedikit B17 (anti kanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim.
Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai juga bagus kerana bahan-bahan ini ada kesan-kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim. Perbanyakkan juga makan sayur-sayuran khususnya yang berwarna hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kubis, kacang, lobak merah, brokoli, taugeh dan lain-lain.
Selain sayur-sayuran, buah-buahan juga baik untuk menjaga rahim. Banyakkan makan buah-buahan seperti jambu, oren, mangga, epal dan buah naga. Kekacang juga mengandungi khasiat untuk penjagaan rahim. Makanlah pelbagai kekacang seperti kacang tanah, gajus, badam, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama-sama kismis dan kurma.
Makan lebih ikan seperti ikan kembung, tenggiri, bawal, tuna dan tongkol. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi anti okidant yang boleh mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari. Amalkan juga pengambilan suplement multivitamin, vitamin C (1GM) dan vitamin E (400 IU), logam kalsium dan minyak ikan (1-2000 GM) setiap hari.
.
Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid tumpah/melimpah ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid.
Bila sistem ini gagal akibat penurunan imuniti ekoran daripada pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stres, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis. Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroid. Walaupun ia boleh menimbulkan gejala-gejala yang sama tetapi ia boleh dibuang melalui pembedahan dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.
Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan baca Al-Quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.
Ini antara amalan doa yang boleh diamalkan selain selawat dan zikir untuk menjaga rahim. Hafal dan amalkan.
.
Sumber: Facebook: Dr Hamid Arshat
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「teh hijau untuk diet」的推薦目錄:
- 關於teh hijau untuk diet 在 Rumah Jamu Cosmetic Facebook 的精選貼文
- 關於teh hijau untuk diet 在 Coach Hardiana Facebook 的精選貼文
- 關於teh hijau untuk diet 在 Coach Anuar Facebook 的最佳貼文
- 關於teh hijau untuk diet 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於teh hijau untuk diet 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於teh hijau untuk diet 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於teh hijau untuk diet 在 Tips Mengonsumsi Teh Hijau untuk Turunkan Berat Badan ... 的評價
teh hijau untuk diet 在 Coach Hardiana Facebook 的精選貼文
TEH APA YANG ANDA MINUM HARI NI?
.
Haaa.. teh tarik? teh susu 3 layer? teh bobba with full cream milk? hehe..
.
Teh hijau is good! Siapa dah start amalkan minum teh hijau jugak?? What do u feel? boleh share kat komen ok..
.
Teh hijau byk beri kebaikan utk kita.. sbb teh ini bantu tingkatkan metabolisme badan, tinggi antioksida, dan boleh buat kita celikk mata hehe.. good for brain, bagi otak cerdas.
.
But some people, salah cara consume teh hijau. Ada yang pi buat teh hijau ice blended whippcream lah, ada buat kek teh hijau, ada mandi rendam kaki dgn teh hijau lah..haha, mcm2 kreativiti rakyat malaysia.
.
Teh hijau bancuh dgn air kosong suam pepagi no sugar.. perghh sgt bestt!! Feeling fresh and energy booster 🤩 sgtss.. Jom kita start amalkan and feel the difference.. nanti tag coach kalau korang dah try and share what u feel 😚
.
.
Follow IG @hardiana_fitmama untuk tengok lagi banyak tips diet sihat, pemakanan seimbang dan video senaman best2!⠀
Follow IG @hardiana_fitmama⠀
Follow IG @hardiana_fitmama⠀
Follow IG @hardiana_fitmama⠀
.⠀
.⠀
#coachhardiana #projekkurusonline #bodytransformationonlinecoaching⠀
teh hijau untuk diet 在 Coach Anuar Facebook 的最佳貼文
Nah ada yg pm Coach minta persiapan TIPS raya awal hehe
17 TIPS KEKAL KURUS SIHAT DI HARI RAYA
Tips #1
Jangan tak beraya pulak!
Setelah berpuasa selama 30 hari, apa salahnya kita beraya bersama keluarga dan kawan-kawan di hari raya. Ganjaran diri tu tetap perlu. Tiada masalah untuk makan tp jgn lah mkn berlebih lebihan..
Nikmati hidangan lemang, rendang, kuih muih dll tapi biarlah dalam kesederhanaan.
Tapi jangan beraya sepanjang 30 hari pulak!
Ya, memang kira beraya sepanjang bulan syawal tapi itu tidak bererti anda kena makan tanpa batas setiap hari.
Selepas ganjarkan diri pada 1-2 raya pertama, pastikan anda lebih prihatin dengan pilihan makanan & minuman apabila mengunjungi rumah-rumah terbuka.
Tips #2
Ingat Peraturan 20 minit!
Itulah masa yang diperlukan untuk berasa keyang setelah suapan pertama. Di sini, makanlah perlahan-lahan atau tetapkan saiz hidangan makanan supaya tidak makan
berlebihan.
Seperti sunnah nabi, berhenti makan sebelum kenyang.
Makan Sikit-Sikit..
Apabila mengunjungi rumah terbuka, hos rumah akan sentiasa meminta anda tambah, tambah dan tambah lagi. Lagi-lagi lah kalau
anda luangkan beberapa jam di rumah mereka. Di sini, makan sikit-sikit, berhenti sekietika, makan sikit lagi dan ulang. Ini nanti memuaskan hati hos dan juga mengurangkan jumlah pengambilan kalori.
Hari raya atau Aidilfitri adalah hari meraikan kemenangan melawan dan mendidik nafsu. Sambung didikan sebln Ramadan, ikut panduan dan ajaran Al-Quran, yg menyeru kita sederhana, penuh kesyukuran meraikan Aidilfitri.
Tips #3
Ingat... Wajib bersarapan sihat dan seimbang terlebih dahulu!!
Buat apa nak sarapan pula? Nantikan dah nak mkn lagi byk kali??
Bukankah ia menambah lagi pengambilan kalori?
Ya dan tidak! Sarapan ialah waktu makan yang paling penting. Ia menyediakan perut kita supaya kenyang jadi secara tak langsung ia membantu kawal nafsu dan jumlah pengambilan kalori.
Ini penting lagi-lagi apabila anda dalam perjalanan balik kampung atau di lebuhraya.
Tips #4
Jangan bermula dengan desert/manisan!
Ini memang amalan saya untuk setiap rumah terbuka. Saya akan sentiasa bermula dengan hidangan seimbang (real food, not process food) terlebih dahulu sebelum memakan kuih-muih dan biskut raya.
Dengan kaedah ini, saya pastikan adanya khasiat yang baik sebelum memakan kalori yang kurang baik. Ingat, keserderhanaan itu penting.
Tips #5
Kenal pasti kalori menu feveret hari raya anda!
Untuk elak penambahan berat badan pada musim hari raya ini, anda perlu kenal pasti kandungan kalori makanan kegemaran anda.
Kenapa? Kalau tidak, memang susah untuk mengawal jumlah pengambilan kalori.Baru lah makan tu ada rasa 'sedar diri'😬
Sumber kalori? Rujuk semula panduan2 log kalori makanan yg Coach selalu beri. Atau bleh google atau bertanya di grup coaching 👍
Tips #6
Banyak mana biskut raya yang anda nak makan?
Ah yes, biskut raya tu memang amat menarik perhatian!! Mcm2 bentuk, warna, gubahan dan rasa 😍
Takkan tak nak makan langsung kan?? Yang penting di sini adalah kawalan jumlah kuantiti
biskut yang penuh dengan lemak + gula ringkas berlebihan + ia tidak mengenyangkan - dari jenis kalori buruk, berlemak tinggi!
Cth kira-kira:
1x biskut raya mengandungi 40 kalori, kalau makan 10 dah
400kcal. Itu baru satu rumah.
Kalau 50 rumah berbuka sepanjang bulan Syawal, itu dah 20,000kcal atau 2.6kg! 😱🙈
Tips #7
Konsep 10:20 hari
Ini berbalik kepada konsep reward diri di hari raya. Pilih 10 hari pertama shj untuk ganjarkan diri (biasa 2-3 hari pertama raya shj dan hujung minggu yang biasanya penuh dengan rumah terbuka).
20 hari yang baki bulan Syawal, biarlah hari yang pentingkan pilihan
makanan dan gaya hidup yang lebih sihat 👌
Tips #8
Kata “Cukuplah...”
Sebagai tetamu, kita sering tertekan untuk mencuba segala juadah dan kuih yang disediakan. Tapi sebenarnya tak perlu makan semua yang ada.
Beberapa tip:
• Tanya hos tentang jumlah bilangan lauk yang bakal dihidangkan. Ini membolehkan anda pelan dan bajet jumlah pengambilan untuk setiap hidangan.
Jangan lupa tanya tentang pencuci mulut. Kalau ada, kena bajet jugak tu.
• Kata “Cukup”. Kalau anda rasa sudah puas dan cukup dengan jumlah pengambilan lauk yang dihidangkan, tak salah kita berkata “cukup”, melainkanlah yang meminta itu bakal ibu mertua anda 😬😆
Tips #9
Minum Air Kosong
Bagi saya, keistimewaan dan keenakan hari raya terletak pada makanan asli spt ketupat, lemang dll dan bukan pada minuman yg berwarna warni tinggi gula dan perasa.
Jadi untuk elak bazir kalori daripada minuman, minumlah air kosong
atau minum-minuman yang tidak berkalori
seperi kopi-O-kosong, teh-O-kosong, teh hijau dll.
Kira-kira:
Kalau anda minum 2x
gelas air manis di setiap rumah terbuka (jumlah kalori 1x gelas katakan
dalam 60kcal), kalau 50 rumah terbuka = 6,000 kcal atau hampir tambah 1kg.
Tips #10
Ingat protein!
Saya yakin bahawa 99% rumah terbuka akan hidangan rendang daging yang merupakan sumber protein yang baik. Cuma ia dtg bersama lemak kerana cara ia dimasak 😅
Tapi tak semestinya hanya dari rendang shj. Yang penting cuba lebihkan pengambilan protein apabila mengunjungi rumah rumah terbuka.
Kenapa?
• Protein itu lebih mengenyangkan.
• Dalam banyak-banyak makanan lazat hari raya, kebanyakkannya berkarbohidrat (lemang, ketupat, biskut/tepung, kek, kuih etc)
Tapi kalau boleh, pilihlah bahagian rendang yang
kurang berlemak dan kalau ada ayam pula, pilihlah bahagian dada.
Ada ke hos akan jamu ikan masa raya? 🤔
Tips #11
Jangan lebihkan kuah.
Kalau anda gemari daging rendang cuba elak dari pengambilan “kuah” berlebihan kerana ia kaya dengan santan yang penuh lemak.
Kalau makan sup-sup pun, kurangkan “kuah” sekiranya ia berasa masin kerana pengambilan garam berlebihan anda tingkatan takungan air badan - hasilnya gemuk air.
Macam-macam kuah nanti ada dihidangkan, kuah soto cthnya, kuah masak sambal, kuah kacang utk mkn dgn satay atau ketupat nasi himpit, dan byk lagi.
Tips #12
5-7 Hidangan/Rumah Terbuka Sehari
Kalau hari biasapun Coach galakkan
anda memakan 5-7 hidangan kecil setiap hari dlm meal plan dan ini tidak berbeza dengan musim perayaan.
Kalau anda mengunjungi 5 rumah terbuka pada satu hari, jadikan
setiap lawatan itu sebagai satu hidangan (percuma pulak tu). Jadi jarak di antara setiap rumah terbuka tu mungkin 2-3 jam. Tapi apa-apa pun bermula dengan hidangan seimbang.
Tapi kalau terbatas pun, pastikan anda pandai sesuaikan diri. Contoh kalau makan 5x berbanding 7x, jumlah kalori sehari tetap sama. Jadi untuk rumah terbuka sekalipun, pastikan anda ada bajet kalori seharian untuk elak daripada makan terlebih.
Planning tu penting!
Tips #13
Senaman Di Rumah Terbuka!
Macam mana tu?? Kalau makanan itu sumber tenaga, kita perlu mencari jalan untuk membuang tenaga berkenaan supaya ia tidak disimpan sebagai lemak.
Di sini, cubalah amalkan “senaman-senaman” berikut untuk membakar sebanyak kalori yang mungkin:
• Berjalan keliling rumah.
• Berdiri semasa bersosial dengan tetamu.
• Bermainlah dengan kanak-kanak kecil.
• Park kereta anda jauh sikit. Ini pasti juga akan memudahkan anda pulang nanti (tiada kereta yang halang kereta anda)
• Cuba bantu tuan-rumah dengan apa yang boleh dibantu.
• Main mercun (adrenalin tingkatan dengutan jantung)
• Gelak-ketawa membakar kalori.
Tips #14
Puasa Enam
Ini berbalik kepada konsep 10:20 (tip #7) di mana anda beraya (ganjarkan diri) selama 10 hari sepanjang bulan syawal dan tinggal 20 hari untuk pilihan yang lebih baik.
Jadi di sini, puasa 6 tu memang sesuai untuk diselitkan dalam 20 hari pilihan baik itu.
Malah anda juga dapat pahala, insyaAllah. Hebat tu.. Ambil peluang ini!
Tips #15
Bosan?
Makan sayur!
Kadang-kadang kita makan bukan sebab lapar tapi sebab bosan atau melayan perbualan.
Di situ tangan kita memang gatal untuk memakan apa yang ada di depan mata.
Di sini, cuba “menggatal” dengan makanan sayur-sayuran (timun, lobak merak etc) kerana ia bukan sahaja kaya dengan serat tapi juga sangat rendah kalori.
Lebihkan fiber & serat.
Pengambilan serat penting mengawal kadar penghadaman glukos darah dan sekaligus bantu mengawal nafsu makan.
Contoh makanan yang berfiber? Sayur-sayuran, buah-buahan, bijiran oats dan wholegrain. Kurma juga sumber fiber yang baik. Tapi jangan terlebih makan pulak kerana selain sayuran, kesemua berkalori juga.
Tips #16
Mulakan program fitness anda!
Kalau anda seperti saya, sepanjang bulan puasa saya memang jarang bersenam, jadi saya pastikan untuk kickstart program fitness secepat mungkin. Kadang-kadang seawal raya kedua lagi baik.
Ini secara tidak langsung memberi semangat untuk mengawal pemakanan secara keseluruhan coz kalau tidak, sayanglah usaha anda bertungkus lumus luang masa berpeluh dan melakukan senaman.
Tips #17
Ramadhan vs Raya
Kalau anda berjaya kurangkan 3kg sepanjang bulan ramadhan, cuba jangan tambah lebih 3kg sepanjang bulan syawal pula. Kalau anda berjaya, maka gabungan ramadhan + syawal sepatutnya bantu anda mengawal berat badan.
Sayanglah kalau usaha penurunan berat badan bulan puasa dihapus dengan begitu mudah dengan perayaan aidilfitri.
Tapi jangan Tak Beraya Pulak!
Melainkan anda sedang menanti acara sukan seperti olahragawan dan atlit-atlit, hari raya bukanlah hari diet atau hari untuk memulakan program senaman.
Biarlah kita seronok merayakan hari mulia bersama keluarga tersayang dan hidangan masakan yang lazat.
Tapi yang penting, jangan go overboard dan ingat kepada kesederhaan dan kesihatan diri.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
.
.
Silakan TAG & SHARE artikel ini. T.kasih.
.
Please comment 'TQ Coach' jika artikel ini bermanafaat kpd anda.
teh hijau untuk diet 在 Tips Mengonsumsi Teh Hijau untuk Turunkan Berat Badan ... 的推薦與評價
Maksimal Rutin konsumsi teh hijau disebut bisa membantu menurunkan berat badan. Berikut beberapa tips mengonsumsi teh hijau agar khasiatnya ... ... <看更多>