Kalau ke Gold Coast amat mudah menggunakan kad Go Explore/Go Card ketika menaiki pengangkutan awam di sana.
Go Card ni sama macam Touch n’ Go. Top up je pastu tap kat mesin di setiap stesen di tram atau dalam bas. Tap lah selagi ada duit dalam tu. Abis nanti top up la lagi.
Berbeza dengan kad Go Explore. Hanya tourist sahaja yang layak untuk membeli kad ini. Harga satu kad $10 valid untuk sehari taplah banyak kali pon tak kisah (unlimited). Jadi yang jenis naik turun tram & bas dalam sehari tu kad Go Explore lah yang paling berbaloi.
Tapi kalau jenis naik tram pastu seharian kat theme park balik makan di sekitar Surfers Paradise. Kad Go Card dah cukup! Lebih jimat!!
Memandangkn hanya kad Go Explore sahaja yang dijual di airport. Jadi hari pertama kami di sana, kami menggunakan kad ini. Go Card hanya dijual di luar kawasan airport iaitu di convenience store mereka.
Ada kisah tau hari pertama tu. Masa naik bas airport ke stesen tram terdekat kita taplah dalam bas tu. Pastu dah sampai stesen tram kami kemas-kemas bag sementara tunggu tram sampai. Sampai je tram kami anak beranak pon naik. Dah lama dalam tram baru teringat. Alamak!! Lupalah pulak tap kad tadi kt mesin dia. Aduh!!
Teruslah la rasa bersalah di hati. Pastu teringat kita pakai kad Go Explore kan. Tadi dah tap kat bas. Once dah tap dia dah cas dah kad tu untuk seharian $10 tu so guna tak guna memang dah bayar pon. Tapi tetaplah rasa bersalah. So setiap kali nak naik tram kita tap dulu siap2 sebelum tram sampai.
Sebab stesen dia terbuka. Tak ada palang tak ada apa. Jadi tendency untuk lupa tap lagi-lagilah kita yang baru pertama kali jejak kat situ. Lagilah tak biasa 😂 tapi pengalaman hari pertama tu buat kita alert.
Jadi hari berikutnya kami pakai Go Card lebih jimat sebab pergi balik je naik tram. Tup-tup satu haritu ada pegawai tram check kad kita tap ke tak.. fuh dup dap jugak walaupon memang akan tap setiap kali naik tram hehehe
Begitulah kisah kami menggunakan tram di Gold Coast Australia.
p/s: ada kisah jugak Zyzool hilang kat Brisbane. Yang tahu tu tahulah 😂
#gogoldcoast #tramgoldcoast #zyzoolmiratravelgoldcoast #goldcoastaustralia
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「tramgoldcoast」的推薦目錄:
tramgoldcoast 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
tramgoldcoast 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
tramgoldcoast 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
tramgoldcoast 在 Gold Coast Trams - G Link Light Rail in Surfers ... - YouTube 的推薦與評價
Gold Coast Trams - G Link Light Rail in Surfers Paradise, Australia (Queensland Railway Australia). ... <看更多>
tramgoldcoast 在 每週7天運輸往返 的推薦與評價
【黃金海岸輕軌地圖GOLD COAST Tram network】 黃金海岸輕軌電車(Light Rail G : LINK)16個車站服務從黃金海岸大學醫院站(Gold Coast University Hospital)至黃金海岸 ... ... <看更多>