Ulang kaji,
Sesungguhnya, jenayah rogol adalah 100% salah perogol, Ianya bukan salah mangsa sebab ada mangsa seorang baby, ada juga kanak kanak, ada juga nenek, ada juga kambing, ada juga orang OKU, ada juga kes mayat berkain kapan kena rogol dan sebagainya.
Kenapa rogol ni salah perogol?
Sebab Orang yang benar benar beriman tak akan rogol walau ada wanita datang telanjang. Perogol pulak orang tutup litup pun di rogolnya.
Sama macam kes pencuri.
Orang yang benar benar beriman tak akan mencuri motor orang tertinggal kunci, tak akan masuk rumah orang lain yang pintu terbuka luas, tapi pencuri, dah kita kunci dengan mangga ikat dekat tiang pun di potong dan angkut dengan lori, rumah kunci siap system alarm pun mereka pecah masuk!
Jadi perogol dan pencuri, kata Nabi, waktu mereka lakukan jenayah itu, Iman mereka keluar dari hati, sebab tu 100% salah si perogol.
Tapi ada beberapa orang islam komen tak setuju, katanya punca rogol sebab ada orang pakai seksi, ada yang salahkan kerajaan benarkan artis seksi, ada yang salahkan internet sebab ada porn, ada yang salahkan muzik sebab naikkan nafsu dia, ada yang salahkan dadah yang dia ambik, ada yang salahkan arak yang dia minum, ada yang salahkan syaitan sebab goda dia, adohai..
Balik bab agama, pada mana mana pendosa, ketahuilah, Syarat Taubat di terima, kena mengaku bersalah 100%, kena menyesal 100%.
Bayangkan jika doa taubat macam ni,
"Ya Tuhan aku mengaku bersalah merogol anak jiran, tapi kesalahanku hanya 90%, lagi 10% adalah salah anak jiran sebab pakai seluar pendek depan rumah.., "
Agak agak diterima tak taubat macam tu? dalam islam ada ajar ke dalam taubat, salahkan orang lain? takde?,
Syarat Taubat, adalah: Mengaku bersalah, Tinggalkan dosa serta merta, dan Tebus balik kesalahan, jika mencuri pulangkan, jika rogol kena minta maaf kepada walinya, dan kena pastikan mangsa mendapat keadilan!
Akhir kata, orang perempuan tutuplah aurat, dan orang lelaki tunduklah pandangan.
Kita semua pendosa, dan sebaik baik pendosa adalah mereka yang Bertaubat.
Apa itu Taubat?
Mengaku bersalah 100 peratus dan Janji tak nak ulang lagi.
Semoga kita semua Woha sampai syurga!
「wanita pendosa yang bertaubat」的推薦目錄:
wanita pendosa yang bertaubat 在 Facebook 的最讚貼文
(Terdampar Ke Pentas Ceramah Zakir Naik)
Lampu lampu terang menyuluh wajah saya, kedengaran dari jauh orang menjerit:
“Naik!”
“Naik!”
“Naik!”
Sayapun toleh belakang, dan melihat lautan manusia. Di depan saya ada pentas besar, bersama kerusi dan microphone.
“Naik!”
Jerit orang ramai. Secara spontan saya terus naik dan duduk di kerusi, tiba tiba semua orang diam.
Lantas berlarilah seorang lelaki berkopiah ke arah saya, di telinganya ada alat bantu dengar, tangan kirinya menyentuh nyentuh alat itu.
“Mana Zakir Naik?”
Tanya dia, bukan pada saya, tapi pada alat bantu dengar sebab matanya tak pandang pada saya.
“Habis tu macam mana? Orang dah ramai ni”
Kata mamat berkopiah tu lagi.
“Ok OK”
Baru sekarang dia pandang wajah saya, dan berkata:
“Maaf Bro, patut Zakir Naik duduk sini,tapi dia ke tandas pula, jadi sementara dia datang, boleh tak bagi ceramah tentang Islam dan Sains?”
Belum sempat saya angguk, dia terus blah.
Suasana sunyi sepi.
Sayapun apa lagi, terus berceramah di pentas Zakir Naik dengan gaya perasan bagu, adohai.
*****
“Asalamuailaikum
Saya bukan Zakir Naik, Saya Keretamayat Naik!
Brothers semua!
Dunia ini penuh dengan formula sains, air mempunyai formula kimia H2O, bermakna bahawa satu molekul air terbina daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Ia boleh digambarkan secara ionik sebagai HOH, dengan satu ion Hidrogen H plus yang terikat kepada ion Hidroksida OH ,minus. Ia berada didalam keseimbangan dinamik di antara cecair dan wap yang berada pada suhu dan tekanan piawai. Pada suhu bilik, ia adalah cecair yang sangat jernih.
(saya berhenti telan air liur dan sambung ceramah)
Siapa cipta air? Allah!
Siapa cipta Hydrogen? Allah!
Siapa cipta Oksigen? Allah!
Siapa cipta formula H2O? Ahli sains kah? No! Allah! Yes! Allah!
Bila formula ini wujud? Kata ahli sains, hidrogen dan oksigen wujud selepas Big Bang. Tapi Formula H2O wujud bila? sebelum Big Bang? Atau selepas Big Bang?
Bagi kita orang islam percaya dan yakin, Allah cipta air, dan Allah cipta formula bagi air.
Dunia ini dijadikan sempurna dengan formulanya, dari formula simple, panjang darab lebar untuk dapat luas, kepada lebih rumit seperti daya bahagi luas permukaan akan mendapat nilai Tekanan, dan bagaimana perubahan suhu boleh mempengaruhi nilai Tekanan dan Kadar Aliran, sehingga kepada formula yang lebih rumit seperti pembentukkan besi, tembaga, perak dan emas!
Jika lihat pada system suria, setiap planet bergerak pada orbit dengan kiraan yang tepat, bumi berputar 24 jam menjadualkan siang malam, bulan berputar selama 30 hari mengelilingi bumi menghasilkan jadual bulan, dan bumi berputar 360 mengelilingi matahari menghasilkan jadual tahun masihi dan tahun lompat.
Siapa yang cipta semua ini? - Allah!
Siapa yang cipta pada factor gravity, halaju, pressure, temperature, flow, mass, density pada setiap planet sehingga mereka tidak berlanggar antara satu sama lain? - Allah!
Apabila Allah yang cipta alam ini dengan sangat sempurna, sehingga jika ada letupan bintang lalu muncul meteor sesat nak hentam bumi, tapi tiba tiba kerana gravity di planet lain lebih kuat menyebabkan tahi bintang raksasa itu jatuh ke planet lain. Formula juga tu!
Nampak seolah-olah kewujudan planet lain ni sebagai satu kaedah bagaimana Allah nak lindungi bumi guna formula yang ahli sains belum jumpa.
Yang kita tahu, jika ada tahi bintang terlepas daripada radar gravity planet Mustari, ada lagi Sembilan planet lain yang menjadi perisai bumi, dan andai kata ada komet yang terlepas, bulan juga ada gravity yang mengelilingi bumi setiap bulan untuk menhadang hentaman tahi bintang, tak percaya cuba teropong bulan, penuh dengan kawah hasil hentaman tahi bintang, dan bulan juga bertindak sebagai pasang surut air laut agar nelayan mudah buat kerja, dan andai komet besar masih berjaya lepas dari gravity bulan sebab arah paksi yang berbeza, tiba tiba tahi bintang itu akan terbakar dan jadi batu kecil bila berlanggar dengan atmpsohera.
Subhanallah, kenapa bumi masih selamat?, kenapa blue planet ini so-so protection? Jawapannya, sebab Allah yang cipta alam ini, dan Allah telah guna hokum logic untuk jaga alam ini, kerana dunia darul asbab.
Teringat kisah Nabi Isa turun dari langit ke masjid aqsa, sampai di bumbung mintak tangga, orang tanya: kenapa mintak tangga?, Tuan baru turun dari langit dengan cara terbang.
Jawab nabi Isa: Dunia ni darul Asbab.
Nak kalahkan Dajal, Nabi isa guna pedang, waktu perang badar, nak lawan orang kafir yang lengkap bersenjata, ada sahabat bagitahu tiada pedang, jadi tak nak pergi perang, Nabi suruh guna kayu. Bermakna kena guna asbab, atau dalam bahasa sains, logic, formula, common sense. Inilah dunia, tapi orang islam, bila sakit, perlu makan ubat, Cuma jangan yakin ubat boleh bagi sembuh.
Pendek kata, orang kafir, guna sains dan yakin dengan sains.
Manakala orang islam guna sains, tapi jangan yakin dengan sains, guna dengan tangan, tapi dalam hati nafi makluk, dan isbatkan Allah sahaja, Ini adalah hakikat iman.
Balik kepada formula tadi, formula faktor gravity, halaju, pressure, temperature, flow, mass, density pada setiap planet sehingga mereka tidak berlanggar antara satu sama lain, subhanallah.
Itu kat luar angkasa, kat dalam badan kitapun ada formula.
Ahli sains panggil Artificial Inteligent, akan bagaimana proses makanan dalam perut, mengasingkan zat, pembebasan peluh, proses asing air kencing, kejadian tahik, pengeluaran kuku, pecutan air mani, cirit birit, dan macam macam lagi.
Semua tu ada formula, kalau kaji, iman kita akan meningkat, Subhanallah.
Tapi saya lebih suka nak cerita formula dalam bab agama.
Sebab dalam bab dosa dan pahala pun ada formula sebenarnya.
Contoh, Nabi adam dan Siti Hawa, pasangan manusia pertama di cipta Allah. Bagaimana mereka yang boleh berdialog dengan Tuhan tiba tiba buat dosa.
Ada formula dia.
Dan Allah benarkan kejadian dosa ini berdasarkan formula, seperti mana hari ini jika kita masak nasik, nasik masak sebab ada formula. Orang kafir bunuh orang islam, mati orang islam sebab orang kafir bunuh guna formula, Allah benarkan kejadian itu, sebab dunia darul asbab.
Tapi Allah Maha berkuasa, boleh ubah formula yang sudah sunatullah, waktu tu munculah istilah “mukjizat” atau “keramat” yang ahli sains panggil “paranormal” atau black magic, atau nisbah satu dalam sejuta.
Contoh waktu Nabi Ibrahim a.s kena campak dalam api, ikut formula, akan terbakarlah nabi Ibrahim a.s, tapi Allah telah ubah dengan firman pada api: Sejuk dan sejahtera. Maka api yang sama hanguskan tali yang mengikat tubuh Nabi Ibrahim, (ikut formula asal), tapi api yang sama menyejukkan dan menyejahterakan Nabi Ibrahim hingga rasa sejuk selesa macam dalam ‘air cond’.(Allah ubah formula baru terpakai untuk nabi Ibrahim sahaja)
Jadi balik kisah Nabi adam dan Siti Hawa buat dosa, apa formula dia?
Pertama nafsu, dalam syurga Allah cipta pohon larangan, boleh makan semua buah, kecuali dari pohon larangan, nafsu makan, nafsu nak rasa, ada pada Nabi adam dan Siti Hawa, tapi mereka masih mampu tahan. Lalu datang syaitan memujuk nafsu, Allah benarkan syaitan datang dengan kuasa memujuk, tapi syaitan takde kuasa nak ambik buah dan suap ke mulut Nabi adam dan Siti Hawa, tapi syaitan tahu, tak jalan jika pujuk Nabi adam, so syaitan fokus pada Siti Hawa. Panjang cerita, lengkap semua formula, akhirnya Hawa buat dosa pertama, dan dihukum di buang dari syurga.
Nabi adam pula akhirnya buat dosa juga, tapi formulanya lebih sikit, selain pujukan syaitan dan nafsu, ada tambahan pujukan dari perempuan.
Lalu Nabi adam dan Siti Hawa terbuang di dunia sebagai pendosa, lalu mereka bertaubat, dan Allah ampunkan dosa mereka, akhirnya mereka kembali ke syurga.
Masuk syurga pun ada formula, iaitu bertaubat dan zahirkan taubat.
So formula terbuat dosa dah ada, formula ampunkan dosa pun ada, iaitu Taubat Nasuha.
Tapi dalam bab dosa, Allah tak buat formula simple macam formula nak buat air, H2O misalnya, tapi Allah letak pemalar x.
Contoh nak cari kecerunan, Y=mX + c. yang mana X adalah pemalar.
Maka dalam berbuat dosa, selain hasutan syaitan, godaaan nafsu, faktor persekitaran, genetik dan sebagainya, masih ada pemalar x, iaitu tahap iman kita, inilah yang bakal menentukan dosa terbuat atau tak? Di tentukan oleh Pemalar kita sendiri.
Disinilah firman Allah, Bukan saya yang menzalimi kamu, tapi kamu yang menzalimi diri kamu sendiri.
Pemalar tu, yang merupakan “kuasa membuat pilhan” telah di salah guna buat Nabi adam dan Siti Hawa berdosa, dan kita ulang lagi dosa yang sama, namun berita baik, Allah Maha pengampun lagi Maha Mengasihani, ada formula untuk Taubat di terima juga, dah di cerita dalam Al quran dan hadis, tinggal nak amal sahaja.
Faham tak?
Tanya saya pada audience yang kelihatan tertidur, adohai.
Lepas tu bangun sorang laki berserban dan berjamban menjerit:
“Woi Naik?, kami mahu Zakir naik! Bukan Mayat naik! Apa merepek formula bagai?”
Nampaknya formula untuk menarik perhatian audience gagal, Nampak sangat pemalar x saya fail. Hu hu.
Habis tu Zakir Naik mana? Saya kat mana ni? Saya dah mati ke? Kenapa saya duduk sini? Bukan saya sepatutnya pergi iktimak Tabligh ke? Adohai.
Eh? Rasa nak kencing pulak, Tahan jangan tak tahan!
Belum sempat saya turun dari pentas Zakir Naik, tiba tiba ada ramai penonton cuba bertanya soalan pada saya.
Arghh, sudah, saya bukannya terer macam Zakir Naik.
“Salam malam wahai saudara Hamka”
Tanya sorang penonton memakai tudung labuh. Perempuan yang masih muda berkaca mata.
“err, salam malam”
Jawab saya. Wanita tadi terus bertanya soalan:
“Apa pendapat anda tentang Vaksin yang masuk benda haram dalam tubuh manusia? Halal ke haram?.”
Alamak, susah gila soalan, tapi saya jawab jugaklah, sebab nanti brother pakai kopiah tu marah, susah nanti.
Brother, sister! Bila sakit ada formula, amalan imunisasi dan vaksinisasi ini juga ada formula, dan ada kaedah racun jadi ubat bila betul dia punya formula, rujuk kalam al-Imam Nasirussunnah Muhammad ibn Idris as-Syafie rahimahullah di dalam kitab induk mazhab Syafie, al-Umm telah berKata as-Syafie :
“Sesungguhnya meminum ubat yang mengandungi sebahagian racun di dalamnya, dan yang kebiasaanya kesembuhan akan terhasil daripadanya: maka dia tidak berdosa apabila meminumnya, kerana dia tidak meminumnya untuk memudaratkan dirinya dan bukan juga untuk menghilangkan kewarasan akalnya.”
Tiba tiba semua orang tepuk tangan! Jawapan saya sangat hebatkah? Saya toleh belakang rupanya Dr Zakir Naik telah ada di belakang saya dan hulurkan salam, tapi tiba tiba saya terdengar hon yang sangat kuat, lalu lampu lampu pentas bertukar menjadi lampu lori.
Saya rupanya sedang duduk kerusi kiri keretamayat, sahabat saya encik Zaki sedang pandu keretamayat lengkap dengan PPE SOP punya pakaian, Lori besar Berjaya kami elakkan, saya toleh belakang keretamayat, ada mayat berbungkus plastik putih.
Kami rupanya sedang menuju tanah perkuburan Islam, hari ini giliran orang lain, sampai masa giliran kita. Cantik kan gambar ini? Ini sebenarnya gambar dari dalam keranda dalam keretamayat.
Sungguh keretamayat itu sahala jalannya, buat sehabis baik sebelum tumpang.
Woha!
wanita pendosa yang bertaubat 在 Facebook 的最佳解答
Ada orang bukan Islam tanya, kenapa Allah tak hentikan Rogol?
Mereka nak dunia ni akan auto stop bila buat jenayah, mereka nak bila orang nak buat jahat, terus keluar malaikat stop perkara tu.
Bayangkan dunia macam tu?
Bayangkan orang terpandang Wanita cantik, tiba tiba buta, orang nak pergi rogol, tiba tiba mati pucuk, orang nak mencuri tiba tiba lumpuh, orang tidur masuk waktu solat, tiba tiba malaikat kejut, angkat, dan dirikan suruh solat.
Orang nak makan, tiba tiba pinggang terbalik sebab dah makan lebih dari had?
Best ke hidup macam tu? Jadi robot? semua orang buat baik sahaja sebab jika buat sikap, tangan jadi keras, kaki jadi lumpuh, mata jadi buta? nak macam tu? tiada peluang taubat? buat salah terus terhukum?
Apa jadi jika hidup macam tu? Tak ada kebebasan memilih? Semua kena ikut program macam robot?
Padahal Tuhan dah buat babi yang makan najis, tak pernah ubah menu, Tuhan dan buat harimau makan daging sejak beribu ribu tahun tak pernah ubah menu? Kenapa?
Kerana hidup binatang ni tiada kebabasan memilih, mereka akan kekal bertelanjang, makan menu yang dah ditakdirkan, dan hidup bebas ikut nafsu! Tuhan dah buat makluk yang takde akal macam manusia.
Best ke jika hidup macam binatang yang takde idea langung nak tukar menu makanan? hidup nafsu nafsi, berak kencing tak payah basuh, bebas!
Deep sikit, binatang macam teruk sangat contohnya, tahukah anda, Tuhan juga dah cipta malaikat yang takde nafsu, hidupnya ibadat sahaja siang malam, tiada syurga neraka untuk Malaikat.
Tiada yang berkahwin, tiada yang makan, semua ibadat sahaja, Tuhan dah buat makluk macam tu.
Kemudian Tuhan cipta manusia makluk paling unik yang dikurniakan kebolehan pilih apa sahaja nak buat, hidup adalah ujian, buat baik balas baik, buat jahat di balas jahat.
Maka menu makanan manusia tak sama tiap tahun, berubah rubah, ada nasi goreng kampung melayu, mee goreng mamak india, nasi goreng cina, mee pedang korea, nasi goreng USA, macam macam! Tuhan benarkan, nak makan babi pun Tuhan tak lumpuhkan mulut, tapi ingat, hidup ini ujian. semua itu ada mahkamah menanti lepas mati.
Pakaian juga macam macam fesyen. 60-an, 90-an, GenX, Gen Y, macam macam! Semua Tuhan benarkan. Nak seksi nak seksa, Tuhan benarkan, takde yang sedang seksi tiba tiba kena sopak, tapi ingat, semua itu uJian, ada mahkamah menanti lepas mati.
Nak Beragama pun macam macam pilihan, ada yang sembah batu, sembah kayu, sembah anak Tuhan, sembah duit, tak sembah apa apapun ada, tiada yang tiba tiba tak percaya tuhan jadi gila, takder, tapi ingat, hidup ini ujian, semua itu ada mahkamah menanti lepas mati.
Maka perkara yang sama dalam jenayah, nak bunuh orang, nak rogol, nak mencuri, ustaz buat jahat, semua tu takde tiba tiba lumpuh atau kena sawan, korang boleh bebas buat jenayah, tapi ingat, hidup ini ujian. semua itu ada mahkamah menanti lepas mati.
Maka kerana bebas memilihlah dunia ini menjadi indah dengan pelbagai pilihan, nak buat baik boleh, nak buat jahat pun boleh.
Jika nak hidup yang dikawal macam robot, Tuhan dah buat babi yang makan tahik tadi, makan sahaja najis tak perlu fikir apa apa, sampai masa mati jadi tanah.
Tapi manusia, Tuhan cipta dengan kuasa memilih, bagi akal, bagi fikiran, bagi nafsu, dan dengan akal fikiran semua manusia sangat percaya negara terbaik adalah Negara yang ada system keadilan, ada mahkamah, yang akan hukum orang bersalah.
Hari ni bila Hitler bunuh sejuta Yahudi termasuk wanita dan kanak kanak lepas tu Hitler pergi bunuh diri, nampak macam lepas di mahkamah dunia, tapi mahkamah Akhirat ada sedia menanti.
Hari ni jika anak kecik kita kena culik dengan ustad jahat, lepas tu dia liwat dan rogol, lepas tu dia tanam mana mana, lepas tu dia bunuh diri, nampak macam lepas di mahkamah dunia, tapi akhirat, ustad tu tak boleh lari sebab Mahkamah Allah sangat adil.
Hari ni jika kita kemalangan sebab orang langgar lari, kita lumpuh, anak isteri mati, dan orang tu kita tak tahu lari ke mana, nampak macam dia lepas mahkamah dunia tapi dia tak akan dapat lari dari mahkamah akhirat, itu pasti! dan itulah keadilan!
Dan orang orang yang sedang memperokol olokkan Islam, hina Allah, kutuk agama islam, tapi masih kekal sihat, dapat makan, belum lumpuh, juga masih boleh melihat kerana Allah sangat rasional dan memberitahu tahu dalam Al quran, mereka akan diberikan tempoh (untuk enjoy) dan dikirimkan utusan. (untuk menegur)
Dan jika hina pulak utusan Allah, tidaklah terus Allah azab mereka, bagi lagi mereka peluang untuk berfikir, kadang diuji sikit susah agar ingat kita ni lemah, tapi orang sombong tetap nak lawan Allah.
Tak lama kemudian semua mati kecuali Allah!
Maka Kematian adalah Keadilah terbaik ciptaan Allah, semua akan mati, dan semua akan masuk mahkamah Allah.
Mangsa rogol, mangsa bunuh, akan dapat keadilan hidup si syurga!
Anak anak orang bukan islam yang mati sebelum baligh, akan terus masuk syurga!
Orang OKU yang sabar akan dapat syurga.
Orang yang merogol, bunuh orang, munafik, kafir, akan masuk neraka!
Dan Hidup ini hanyalah mimpi, kita bila bangun dari mimpi ngeri tak rasa pun susah dan sakit, begitulah perasaan ahli syurga, akan anggap susah di dunia hanya mimpi.
Perkara sama yang menimpa ahli neraka, senang didunia hanya rasa bagai mimpi.
Maka kita semua tak payah sombong lah, sebab hidup terlalu singkat untuk bergaduh dengan Tuhan, esok lusa semua mati, Tak akan ada yang mampu hidup selamanya, semua akan ke mahkamah Allah,
Dan tolong jangan bercakap macam pintu Taubat dah tertutup, atau macam korang dah di jatuhkan hukuman ke dalam neraka, sebab Pintu taubat masih terbuka, maka semua orang kafir yang masih hidup boleh bertaubat.
Orang islam pun bukan semua ke syurga, kena bertaubat dulu! Sebab semua orang akan berdosa namun sebaik baik pendosa adalah yang minta ampun pada Allah dan berjanji tidak akan buat dosa lagi!
“Tapi Hamka , Masalah islam ialah, islam tak boleh ada flaw sebab Tuhan sepatutnya perfect . Even kalau ada 1 flaw pun, islam itu adalah palsu. Cuba buka minda dan fikir,berapa flaws yang mungkin ada dalam islam? Poligami?, wanita dipinggirkan? Puasa tahan lapar 12 jam? Kuasa cerai tangan suami? Wanita kena bertudung? Murtad hokum bunuh? Dan lain lain, Itu semua adalah kecacatan dalam Islam, Islam have flaws. That’s why god doesn't exist”
Adohai, jika nak bantah memang tak habis 1400 tahun pun, sedanh hidup 63 tahun lebih dari cukup, senag beginilah, Islam datang dari Tuhan, dan datang dalam betuk arahan, dan arahan ni ada yang pandang perfect(believer) dan ada yang pandang flaws(atheist), sebagai contoh dalam Al quran Allah perintah makhluk lain sujud pada Nabi Adam.
Bagi malaikat, perintah ini perfect, merekapun sujud, tapi bagi syaitan, perintah sujud pada Adam, di anggap flaws, syaitan bantah, siap dengan hujah, tapi akhirnya syaitan masuk neraka.
So just because islam look flaws from devil eyes, doesn’t mean God does not exist.
I rest my case!
Ps: semoga Alla berikan hidayat kepada kamu, kami, dan kita semua. Amin.