Ni hah yang dikongsikan semalam…mudah sangat sampai live kite pun jadi cepat sangat semalam….hehe… masuk je semua dlm blender!
Jangan lupa temu janji kite utk #SeleraAbangBrian pada kul 9pm malam nanti live di FB!!!
Kalo malas nak buat sendiri….lunch dan desserts boleh order ngan @abangbrianscafe
KEK PISANG COKLAT LELEH
2 telur
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan minyak sayuran
4 pisang (lebih kurang 1 cawan)
4 sudu besar yogurt
2 cawang tepung naik sendiri
1 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
1 cawan gula kaster
coklat leleh
70g coklat gelap
140ml krim
1. Masukkan kesemua bahan dalam blender mengikut urutan disenaraikan.
2. Kisarkan sehingga lumat.
3. Tuangkan dalam loyang dan bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C untuk 45-50 minit atau sehingga masak sepenuhnya. Keluarkan dari loyang dan biarkan menyejuk.
4. Panaskan krim dan masukkan coklat. Gaul sehingga coklat cair dan sebati. Sejukkan sedikit dan tuangkan atas kek yang telah disejukkan.
#TipsAbangBrian:
- adunan ni cukup cukup untuk periuk Midas 16cm yang boleh dicabut pemegangnya dan digunakan dalam ketuhar. Kalo nak guna loyang yang lebih kecil atau lebih besar boleh bahagikan atau gandakan resipi yer…
- boleh gaulkan masuk cip coklat dalam adunan sebelum dibakar sekiranya nak
#coklat #chocolate #halal #resipihalal #resipi #sup #resipisup #quickrecipes#malaysianfood #malaysianrecipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #101kesihatan #kesihatan #resipimudah #leleh #resipileleh #coklatleleh #cakes #bakingrecipes #cakerecipes #chcolaterecipes #dessertrecipes #bananabread #bananacake #kekpisang #resipikek
同時也有6部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Rasaflix,也在其Youtube影片中提到,Simple betul resepi kek pisang ni..cuma lima step je dah dapat rasa kek yang lembut dan gebu..lagi sedap bila ada rasa cip coklat tu sekali..penggemar...
「kekpisang」的推薦目錄:
- 關於kekpisang 在 Abang Brian Facebook 的最佳解答
- 關於kekpisang 在 Abang Brian Facebook 的最讚貼文
- 關於kekpisang 在 Abang Brian Facebook 的最佳貼文
- 關於kekpisang 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
- 關於kekpisang 在 Yatt Hamzah Official Youtube 的精選貼文
- 關於kekpisang 在 Dapur Chef Zam Youtube 的最佳貼文
- 關於kekpisang 在 Kekpisang - Home | Facebook 的評價
- 關於kekpisang 在 7 Kekpisang terbalik moist ideas - Pinterest 的評價
- 關於kekpisang 在 Kek Pisang Gebu Guna Blender | Edisi Niaga - YouTube 的評價
kekpisang 在 Abang Brian Facebook 的最讚貼文
Slm rabu semua!!! yang banyak beli bersama kami semalam, tq atas sokongan anda...tunggu pengumumannya yer…. ada yang beli bahan basah yang ditawarkan semalam masa live cam ayam cincang, ikan sardin, sotong dan pisang yang akan menang LOBSTER (nilai Rm100)
sambil keputusan diumumkan, ni abg brian payungkan resipi buat mereka yang beli pisang montel 1kg RM3.00 semalam di @nakbeli_
#AbangBrianCooks
LOAF PISANG TERLEBIH MONTEL
Bahan A
* 2 cawan tepung gandum
* 1 1/2 kecil soda bikarbonat
* 1/4 sudu kecil garam
* 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Bahan B
* 1/2 cawan mentega, suhu bilik
* 3/4 cawan gula perang
* 2 telur Gred A
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 1/3 cawan yogurt
* 2 cawan pisang montel, dilenyekkan
* 3/4 cawan kacang walnut
1. Panaskan ketuhar pada suhu 175C.
2. Dalam mixer pukulkan kesemua bahan B sehingga sebati. Masuk satu per satu ikut turutan yang disenarailkan.
3. Masukkan kesemua bahan A yang telah diayak bersama secara perlahan-perlahan (elakkan babak “frozen” kat dapur yerr…)
4. gaulkan masuk pisang dan kacang walnut. Tuangkan dalam loyang dan bakar utk 45-50 mins atau sehingga masak sepenuhnya.
#tipsAbangBrian:
- selepas 30 min, tutupkan loaf/kek pisang dengan kertas aluminium utk elakkan bahagian atasnya menjadi terlalu perang atau….hangitttt
- kalo takde kacang walnut boleh digantikan buah badam
- nak lagi sihat gantikan gula dengan madu
- boleh jugak masukkan coklat cip kalo suka atau curahkan topping coklat ganache!
#bananabread #bananaloaf #kekpisang #pisangmopntel #baking #loaf #healthyrecipes #kesihatan #101kesihatan #resipimudah #malaysianfood #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #asianrecipes #baking #resipi #bakingrecipes
kekpisang 在 Abang Brian Facebook 的最佳貼文
Nilah resipi kek pisang yang menjadi viral akibat perangai sesetengah pihak semasa PKP aritu…hehehe…
#AbangBrianCooks
KEK COKLAT PISANG KLUSTER “Have-have”
Bahan A (Diayak bersama)
1 3/4 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
BahanB
1 3/4 cawan gula kaster
2 telur Gred A
1/2 cawan minyak jagung
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
Bahan C (dicampur)
1 cawan kopi dibancuh biar pada suhu bilik
1/2 cawan susu
1 cawan pisang lenyek
segenggam kacang walnut, dicincang kasar
Ganache
225g coklat gelap
3/4 cawan krim putar
1 sudu besar mentega
1. Dalam mangkuk besar, pukulkan bahan B sehingga sebati.
2. Masukkan 1/3 Bahan A dan gaul sebati. Tuangkan masuk 1/3 Bahan C dan gaul sebati. Ulangi sehingga habis menggunakan bahan A dan C.
3. Campurkan masuk pisang dan kacang walnut.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah dilapik kertas pembakar dan bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan poada suhu 180C untuk 40-45 mins atau sehingga masak sepenuhnya. Biarkan menyejuk.
5. utk Ganache, cairkan kesemua bahan atas api rendah. tuangkan atas kek yang telah disejukkan.
#tipsAbangBrian
-lagi elok kalo gunakan pisang yg betul-betul masak
- kalo takde walnut, boleh digantikan dengan kacang badam
#bananacake #chocolatecake #chocolate #baking #tkekcoklat #malaysianfood #malaysianrecipes #asianrecipes #recipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resipimudah #resipi #kekpisang #kek
kekpisang 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
Simple betul resepi kek pisang ni..cuma lima step je dah dapat rasa kek yang lembut dan gebu..lagi sedap bila ada rasa cip coklat tu sekali..penggemar kek pisang kena cuba ni..
Resepi Kek Pisang Cip Coklat | Banana Cake With Chocolate Chips Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-bahan (Kek Pisang)
3 biji pisang
1 cwn gula kastor
1 cwn minyak
4 biji telur
1 sb serbuk penaik
1 sb esen vanila
1/2 cwn cip coklat
1 sk garam
2 cwn tepung gandum
Cara memasak (Kek Pisang)
1. Pukul pisang menggunakan mixer sehingga lumat. Kemudian, masukkan gula kastor, minyak dan telur. Pukul adunan tersebut sehingga kembang.
2. Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik dan gaul sebati menggunakan spatula.
3. Masukkan esen vanila dan garam. Gaul sebati.
4. Sediakan loyang beralaskan kertas minyak dan tuangkan adunan kek 3/4 daripada loyang.
5. Taburkan cip coklat ke atas adunan tersebut dan bakar pada suhu 170°c selama 1 jam.
Nota: Kurangkan suhu pada 150°c sekiranya lapisan kek menjadi keperang-perangan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ingredients (Banana Cake)
3 bananas
1 cup of castor sugar
1 cup of oil
4 nos eggs
1 tbsp of baking powder
1 tbsp of vanilla essence
1/2 cup of chocolate chips
1 tsp of salt
2 cups of wheat flour
Cooking methods (Banana Cake)
1. Mash bananas using a mixer until smooth. Then, add in castor sugar, oil and eggs. Beat the mixture until fluffy.
2. Sift flour and baking powder altogether and mix well using a spatula.
3. Add in vanilla essence and salt. Mix well.
4. Prepare a bread loaf mold lined with parchment paper and pour in cake batter to 3/4 of the mold.
5. Sprinkle chocolate chips over it and bake at 170°c for 1 hour.
Note: Reduce to 150°c if the top of the cake turns brown.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#kekpisang #bananacake #cipcoklat #chocolatechips #cake #kek #bakery #pisang #banana #recipe #resepi
#kisahdunia #rasaflix
#dapoqmanis #lemankakap #mr_lovva #rinrinchan #sya #nntaca

kekpisang 在 Yatt Hamzah Official Youtube 的精選貼文
RESEPI KEK PISANG PALING MUDAH - GEBU LEMBUT JE.. BOLEH BLEND JE SEMUA BAHAN LAGI CEPAT.. KURANG SEJAM SIAP!
BAHAN2
1. Pisang 5 biji
2. Tepung gandum 1 1/2 cup
3. Minyak + butter 1 cup (Minyak 3/4 cup, butter 3 sudu)
4. Gula perang 3/4 cup (add more if suka manis)
5. Baking soda 1 t/s
6. Baking powder 1 t/s
7. Bread improver/softener 1t/s (optional)
8. Cinnamon powder 1/2 t/s (optional)
9. Telur 3 biji
10. Vanilla essence
CARA2
1. Lenyekkan pisang.
2. Pukul telur dengan gula dan vanilla.
3. Masukkan minyak dan pisang lenyek. Gaul sebati.
4. Ayak tepung, baking soda, baking powder, bread improver dan cinnamon powder.
5. Kemudian Masukkan bahan2 yg telah diayak ke dlm bancuhan pisang. Gaul sebati.
5. Grease loyang pembakar dan tuang semua adunan ke dlm loyang.
6. Bakar pada suhu 170-180°C selama 40-50 minit mengikut jenis oven. Pada 10 minit terakhir turunkan suhu ke 150°C.
SIAP ALHAMDULILLAH..??❤?
P/S - KALAU NAK MUDAH BLEND JE SEMUA BAHAN NI PG SENANG..HEHE.. SELAMAT MENCUBA..?

kekpisang 在 Dapur Chef Zam Youtube 的最佳貼文
#resipiChefZam #kekpisang #ChefZam #cheflife #bananacake #kek #ChefZam #baking #homebaking
Bahan-bahan:
235gm tepung gandum
100gm gula kastor
100gm gula perang
1 sudu besar soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil serbuk kayu manis
500gm pisang masak ranum
2 biji telur
1/2 cawan kelapa muda parut
115gm mentega/marjerin- dicairkan
2 sudu teh esen vanila
Cip coklat/walnut/badam/Nutella

kekpisang 在 7 Kekpisang terbalik moist ideas - Pinterest 的推薦與評價
2019 Okt 30 - Explore Azman Hamzah's board "kekpisang terbalik moist" on Pinterest. ... <看更多>
kekpisang 在 Kek Pisang Gebu Guna Blender | Edisi Niaga - YouTube 的推薦與評價

Kali ni Che Nom kembali dengan Edisi Niaga, berkongsi resepi kek pisang klasik yang tak jemu dimakan dan tak lapok dek zaman. ... <看更多>
kekpisang 在 Kekpisang - Home | Facebook 的推薦與評價
Kumpul keluarga, temen dan geng arisannya bisa makin seru kayak topping kekpisang yang juga makin seruu.. Tebel keknya..seru toppingnya. ... <看更多>